IKLAN NUFFNANG

Saturday, September 8, 2018

TURUN 1.4 KG DALAM MASA 6 HARI TANPA PRODUK KURUS

Yezza gitu tajuk entry Eniey untuk kali ini. seperti tajuk yang tertera, itulah cerita Eniey nak gebang hari ini.

Eniey mula diet hari tu pada hari ahad (2/9/2018 pada pukul 10 pg- sebelum tu dah melantak macam macam) dengan berat 56 kg. atas rasa keinsafan yang tinggi apabila banyak baju Eniey mula ketat melekat, Eniey pun mulakan diet Atkins fasa 1 pada hari ahad, pukul 10 pagi. setelah hampir seminggu berlalu, pagi sabtu jam 6.30 pagi Eniey segera naik ke penimbang yang Eniey beli di D.I.Y. tengok-tengok berat sekarang 54.6 kg.

sebenarnya Eniey ada kecewa juga la tengok penurunan tu. pada Eniey agak sedikit sebab setahu Eniey kalau buat atkin ni cepat je berat turun. selalu Eniey ikut rakan-rakan facebook yang atkiner bercerita mereka turun berat 0.5 - 1 kg sehari. tapi itu biasanya untuk orang yang jauh dengan ideal weight. untuk Eniey yang dah ideal cuma nak lebih kurus je lagi memang agak sukarlah. jadi Eniey bersyukur sangatlah dengan penurunan 1.4 Kg tu.

lagi pun, melihat kelambatan penurunan tu buat Eniey sedar bahawa gaya hidup Eniey sebelum ni salah. iye la Eniey boleh dikatakan hampir 3 tahun dengan atkins. tetapi, sejak dah mencapai saiz s/m, Eniey jadi lupa diri. biasanya, Eniey akan diet dalam 6 hari lepas tu cheat untuk beberapa hari. kadang-kadang tu makan masa berminggu-minggu. sudah la cheat tu makan macam orang kebulur. sebab tu la berat Eniey naik dengan mencanak-canak. sedar dengan kesilapan gaya hidup itu, Eniey sekarang ni cuba mengubah gaya hidup yang lebih sihat. kalau dulu Eniey diet semata-mata, tapi untuk 6 hari ini Eniey gabung sekali dengan senaman. kalau dulu asal cheat je melantak macam orang tak pernah jumpa makanan, tapi untuk kali ni Eniey akan cuba tidak cheat dan kalau cheat makan berpada-pada sesambil pujuk diri dengan mengatakan makanan kegemaran Eniey (coklat / meggi/ jajan/ fast food) itu tidak berkhasiat. pendek kata tujuan diet kali ini lebih kepada mahukan gaya hidup yang lebih sihat disamping menguruskan badan.

apa yang Eniey buat selama 6 hari ni. Eniey makan menu atkins fasa 1. senaman (aerobik dalam 20 minit), sauna (30 minit) dan minum air masak 2 liter sehari. untuk mengukuhkan semangat Eniey, Eniey pesan pada diri sendiri kalau dulu Eniey punya berat 65 Kg boleh turun jadi 50 Kg. apalah sangat 56 Kg nak menjadi 50 Kg semula. kalau Eniey ambil masa 3 bulan untuk naik berkilo kilo, takkan Eniey nak kurus dalam masa 1 minggu sahaja. jadi doa Eniey supaya Eniey berjaya mengekalkan hidup sihat ini. aja!!


No comments:

Post a Comment