BAB 2
Daun pintu yang masih berlabel ‘Open’
itu ditolak lalu kaki kanannya melangkah keluar dari perut kedai jahit. Sempat
matanya menjeling klinik gigi disebelah disaat dirinya sedang menyarung kaki
pada sandal yang diletakkan diluar kedai. Hatinya berdoa agar lelaki yang
ditemui tengahari tadi tiada disitu dan nyata doanya itu dimakbulkan. Zafrul,
pemilik klinik gigi bersebelahan kedai jahitnya memang tiada disitu. Mungkin
sedang merawat pesakit barangkali. Teka hatinya rambang. Farah mempercepatkan
langkahnya menuju kearah kereta Viva putih yang tersadai didepan kedai. Dia
sebolehnya tidak mahu berjumpa Zafrul lagi, dia tidak bersedia dan mungkin
tidak akan bersedia untuk selama-lamanya.
“ sayang, abang jemput sayang petang ni
yer.” Satu suara memecah keheningan waktu itu membuatkan dada Farah mula
bergetar hebat. Spontan matanya menghala kearah empunya suara yang kedengaran
cukup hampir pada telinganya. Jantung Farah hampir sahaja meletup apabila
jejaka itu turut memandang kearahnya. Terus sahaja badannya menggigil menahan
pelbagai rasa yang menyesakkan jiwa. Kunci kereta yang elok dalam genggaman
jatuh menghempap bumi. Farah hilang kawalan, kudrat yang dimiliki seolah-olah
ditarik pergi tanpa dapat ditahan. Zafrul yang menekapkan telefon bimbit kemas
pada telinganya hanya tersenyum sinis melihat tingkah Farah yang resah gelisah.
“ Sorry sayang… abang masih ada kat
sini. Apa sayang cakap tadi?” pinta Zafrul dengan mata yang masih tajam menikam
riak Farah yang kelihatan kalut membuka pintu kereta.
“ooo… sayang tak boleh keluar ke petang
ni. Takpe-takpe, abang faham.” Balas Zafrul perlahan. Tingkah Farah yang masih
lagi belum stabil dipandang guna ekor mata. Tak ingin matanya terus menerus
memandang wajah wanita tidak tahu malu itu.
“abang buat apa tu? Lain macam jer
suara…” tegur wanita yang dipanggil sayang ditalian sana. Zafrul senyum nipis,
mempamerkan riak jelik kepada Farah yang masih lagi berusaha menghidupkan enjin
keretanya. Dia tahu Farah sedang mencuri dengar perbualannya dengan Elya, sang
tunang kesayangan.
“ abang tak ada buat apa-apa… Cuma
seronok tengok kucing kurap tengah kepanasan.” Zafrul sengaja menguatkan
suaranya agar Farah mendengar sindiran yang memang ditujukan khas kepada wanita
itu. Senyuman sinis masih lagi bersisa diwajahnya. Farah ketap bibir keras,
cukup terasa dengan kata-kata sinis doctor muda itu. Hampir sahaja air mata
yang sudah mula bertakung dalam kolam matanya meleleh keluar. Namun Farah cuba
kuatkan dirinya. Dia tidak akan mengalah, dia sudah berjanji untuk tidak
menumpahkan setitik pun air mata untuk segala kenangan pahit yang pernah
dilalui masa lalu.
“ aik… apa yang seronoknya tengok
kucing kurap… I tahulah you tu sukakan kucing, tapi takkkanlah tengok kucing
kepanasan pon You boleh terhibur.” Soal Elya yang tidak tahu menahu makna
sebenar disebalik kata-kata tunangannya. Zafrul ketawa kecil, agak lucu
mendengar persoalan bendul daripada Elya. Farah yang sudah mampu bertenang
tidak tahan lagi menjadi bahan gurauan Zafrul. Tanpa menunggu lama, dia
bergerak keluar dari parkir lalu menuju kerumah sewanya untuk menyejukkan jiwa
yang kehangatan.
Sehingga ke saat ini langsung wajah milik Zafrul tidak lekang dari ingatan.
Ekor mata jejaka itu yang memandangnya penuh jelik dan benci masih lagi bermain
diminda. Dia sedar Zafrul meletakkan segala kesalahan yang berlaku beberapa
tahun yang lalu sepenuhnya pada dirinya. Padahal lelaki itu tidak tahu dia juga
mangsa keadaan malah nasibnya beribu kali lebih teruk kalau nak dibandingkan
dengan lelaki itu. Farah memejamkan matanya sejenak. Cuba menenangkan perasaan
yang berombak didadanya. Fikirannya terkenang kembali pertemuan kali pertama
yang berlaku antara dirinya dan Zafrul pagi tadi.
“Cik Farah Kamelia…” panggil wanita
yang baru sahaja membuka pintu bilik rawatan. Farah terkocoh-kocoh bangun lalu
menghampiri bilik rawatan itu dengan rasa gementar. Sudah lumrah manusia memang
takut untuk menerima rawatan gigi namun demi kesenangan dimasa akan datang,
dugaan ini patut dilalui dengan berani. Farah menapak bilik itu dengan senyuman
kecil, perasaan gugup yang bertandang cuba dilupakan. Namun senyuman itu
menjadi kejung tatkala matanya menyapa pandangan doctor gigi yang sedang
memandang kearahnya.
Perutnya jadi memulas, perasaan gugupnya bertukar rentak.
Zafrul selaku doctor gigi itu turut terperanjat dengan kehadirannya namun ia
hanya untuk seketika. Sekelip mata sahaja Zafrul berubah wajah, jejaka itu
memandangnya penuh rasa benci dan menyampah membuatkan dirinya kembali
terkenang sejarah lama antara mereka berdua. Lama mata mereka bertaut antara
satu sama lain, masing-masing seolah-olah tenggelam dalam memori yang cuba
dilupakan.
“Cik…” tegur pembantu doctor. Pelik dia
melihat tingkah pesakit yang teragak-agak untuk naik ke atas kerusi rawatan.
Farah dan Zafrul tersentak. Masing-masing kembali semula kedunia realiti.
“cik Farah… sila duduk dekat sini. Nak
tampal gigikan.” Arah Zafrul tanpa sebarang emosi. Dia mula memakai penutup
mulut sebagai tanda bersedia untuk merawat pesakit. Sedaya upaya perihal
peribadi yang berlaku antaranya dan Farah diletakkan jauh dari sudut hati. Dia
mahu bersikap professional dalam tugasnya. Farah sekadar mengangguk, dengan
perasaan berbelah bagi dia menghampiri dan berbaring diatas kerusi rawatan itu.
Perasaan takut untuk mendapatkan rawatan gigi hilang entah kemana diganti
dengan perasaan sedih dan kecewa yang mula merasuk jiwanya.
No comments:
Post a Comment