IKLAN NUFFNANG

Sunday, September 2, 2018

PERJALANAN DIET ATKINS BERMULA

hai....

seperti yang digebang oleh Eniey dalam entry sebelum ni, hari ini bermulalah hari pertama diet atkins versi ketat. alhamdulillah, Eniey berjaya memulakan diet pada jam 10.00 pagi sehinggalah saat Eniey menulis ini pada 8.00 malam. kenapa Eniey mula pukul 10.00 pagi?? sebab Eniey dah sarapan dahulu dengan roti dan air kopi. tapi tak apalah yang penting Eniey mulakan diet juga hari ini.

berat Eniey sekarang tidak pasti, tapi minggu lepas Eniey timbang berat Eniey mencecah 55.5 kg. berat sangat berat sebab Eniey pendek orangnya. dengan berat itu, Eniey dah menuju kearah overweight. apa pun, niat Eniey diet kali ni mesti capai berat Eniey yang sebelumnya iaitu 50-51 kg.

setakat beberapa jam diet hari ni, Eniey dah berjaya exercise ( zumba seorang diri) selama 30 minit. Eniey hanya dengar lagu rancak (lagu korea) lepas tu joget la sampai berpeluh. lepas tu Eniey mula bersauna dalam 20 minit. harapnya, apa yang Eniey buat hari ni berkekalan la sekurang-kurangnya sehingga mencapai berat yang diidamkan Eniey.

menu yang Eniey ambil petang tadi sebagai makan malam adalah sup ayam + sayur hijau + teh hijau. Eniey tak makan banyak walaupun lapar sebab penat exercise jadi macam tak ada selera gitu ( harap-harap malam nanti tak kebulur). dan niat Eniey, untuk selama seminggu ni memang itulah menu Eniey. semoga Eniey berjaya kurus dengan segera. harapan Eniey, pembaca yang sedang diet (tak kisah la diet atkins ke, kalori, diet rekaan sendiri ke) turut berjaya istiqamah dalam diet. semoga kita diberi nikmat kurus yang diidam-idamkan itu.

 ok ni alatan senaman yang Eniey guna. Eniey beli di DIY je. harga lupa pulak tapi dalam belas-belas ringgit. satu tu beratnya bersamaan 2 kg jadi kalau 2 tu maksudnya 4 kg. fokus Eniey memang nak kuruskan bahagian lengan dan juga bahu. harap-harap niat tu termakbul.
ni pulak menu makan malam tadi. sikit kan Eniey makan. dalam mangkuk kecil je. sebab Eniey penat sangat exercise tadi. kalau tak diet tak adanya Eniey makan sesedikit itu.

No comments:

Post a Comment