“awal kau balik hari ini?” sapa Nurain
sambil meletakkan nasi bungkus yang dibeli diatas meja kopi didepan televisyen.
Sebentar lagi dia mahu makan sambil mengadap drama Akasia selepas selesai mandi
dan solat maghrib. Farah yang terbaring diatas lantai bersama kusyen kerusi
sekadar tersenyum tawar. Matanya kembali ralit menonton siaran televisyen yang
dia sendiri tidak pasti apa ceritanya.
“aku tak sihat hari ni… tu pasal balik
awal sikit.” Jelas Farah serba ringkas. Nurain yang sedang melepaskan lelah
diatas kerusi panjang sekadar mengangguk kecil. Faham penerangan teman rumahnya
itu. Selendang yang masih kemas dikepala dibuka perlahan-lahan.
“kau dah makan ke?” Nurain sekadar
berbasa-basi. Dia sendiri pon tidak pasti apa yang boleh dibualkan bersama
Farah memandangkan mereka tidak terlalu rapat. Mereka jarang bersembang mahupun
meluangkan masa bersama-sama. Hanya sesekali sahaja mereka berbual untuk
perkara yang perlu.
“ dah… balik kedai tadi terus tapau
nasi bungkus.” Tutur Farah perlahan. Dia bingkas bangun, kusyen yang dijadikan
alas kepala diletakkan kembali ditempat asalnya.
“aku masuk bilik dululah… nak
sembahyang maghrib.” Pinta Farah lembut.
“aku pon nak pergi mandi sembahyang.”
Tambah Nurain turut mengekori langkah Farah untuk menuju ke bilik
masing-masing.
“Farah…” panggil Nurain agak lantang.
Langkah Farah yang sudah didepan muka pintu biliknya terhenti. Dipandang wajah
Nurain dengan kerutan halus didahi.
“apa?”
“lupa nak beritahu… hujung minggu ni
aku balik kampung kat Negeri Sembilan. Abah aku tak sihat.” Farah mendengar
penjelasan Nurain dengan tekun. Kepalanya teranguk-angguk memahami perkhabaran
yang dibawa.
“jadi… kau okey tak tinggal kat rumah
ni sorang-sorang? Kalau kau takut nak duduk rumah ni sorang-sorang, kau boleh
ikut aku balik kampong…” tawar Nurain sekadar berbahasa. Namun sekiranya Farah
ingin mengikutnya pulang ke kampong dia tidak kisah. Dia ikhlas mengajak teman
rumahnya itu.
“tak pe la Nur… aku tak kisah duduk
rumah ni sorang-sorang… dah biasa.” Tolak Farah bersama senyuman kecil.
Sememangnya dia sudah biasa tinggal sendiri, hampir 4 tahun dia duduk berjauhan
dari keluarganya tanpa sebarang berita. Setakat berpisah beberapa hari dengan
Nurain bukanlah perkara luar biasa padanya.
“kalau macam tu tak apalah… tapi kau
hati-hatilah sikit.” Pesan Nurain. Sehabis menutur kata-kata itu dia bergegas
menuju kearah biliknya yang hanya bersebelahan dengan bilik Farah.
Usai solat Isyak, Farah terus
menghenyakkan punggungnya diatas katil bujang sambil mengadap tingkap yang
masih terbuka. Rasa dingin angin malam langsung tidak mampu menyejukkan hati
dan perasaannya. Perbualan antaranya dan Nurain petang tadi ditambah pula
pertemuan yang tak terduga antara dia dan Zafrul pagi tadi cukup buat jiwanya
sesak. Rasa rindu yang bertali arus terhadap keluarganya mula terasa.
Perasaannya hampir sama seperti menyambut hari raya Aidilfitri tanpa keluarga
disisi.
“ abah dan ibu apa khabar agaknya?
Sihat ke tak? Adakah mereka rindukan aku seperti mana aku rindukan mereka?
Atau…” fikiran Farah terhenti disitu. Dia tidak rasa ibubapanya rindu mahupun
ingat padanya. Mereka benci padanya setelah apa yang berlaku.
“kenapa abah langsung tak percayai aku?
Kenapa ibu sanggup meragui kejujuran aku? Hanya kerana aku bukan anak
kandungnya, tergamak ibu buat aku macam ni. Zafrul?
Dia hanya pandai meletakkan kesalahan
pada bahu aku sahaja… langsung tak ada usaha untuk menyelidik hal sebenar dengan
lebih dalam.”
“apa yang aku perlu buat sekarang?
Perlukah aku lari lagi daripada bertemu Zafrul? Perlukah aku korbankan kedai
jahit aku semata-mata untuk mengelak darinya? Atau aku perlu kembali kepada
mereka? Memohon ampun atas segala kesilapan yang aku tak pernah lakukan?” Farah
buntu! Kepalanya senak memikirkan masalah lama yang muncul kembali.
“ah! Aku tak boleh mengalah. Kenapa aku
yang perlu merayu kemaafan pada mereka sedangkan aku tak bersalah? Kenapa aku
perlu mengelak dari bertemu Zafrul? Aku tak bersalah, dia pon tak bersalah!
Orang yang tak bersalah tak perlu takut. Aku dan Zafrul masing-masing merupakan
mangsa fitnah perempuan tak guna tu. Aku tak boleh kalah. Kali ini aku mesti
balas balik segala perbuatan dia pada aku. Aku mesti rampas segala haknya dan
hanya Zafrul sahaja harapan aku masa ini. Pertemuan aku dan dia bukanlah suatu
dugaan tetapi adalah suatu kelebihan. Aku patut hargai peluang yang ada depan
mata dan kau Elya, bersedialah merasa segala keperitan yang aku rasa selama
empat tahun ini.” Tekad Farah penuh berkobar-kobar. Riak sendu tadi kini sudah
lama hilang diganti dengan wajah penuh dendam kesumat yang tak akan padam. Kini
Farah nekad, apa pun yang berlaku dendamnya terhadap Elya pasti dilunaskan.
Zafrul menolak daun pintu rumahnya.
Langkah malas diatur menuju tangga untuk ke
biliknya. Dia perlukan rehat setelah sepanjang hari bertugas diklinik.
“Zaf…” teriak Sarimah yang sedang
menonton televisyen. Langkah panjang Zafrul terhenti pada tangga kedua.
Dipandang wajah emaknya yang sememangnya sedang merenung kearahnya.
“ apa mama?” soal Zafrul sopan. Tidak
jadi niatnya mendaki tangga untuk ke bilik. Dia bergegas menuju kearah emaknya
yang sedang bersantai.
“dah makan ke belum?”
“dah… petang tadi dengan staff klinik.”
Jawab Zafrul ringkas. Badannya yang melekit dengan peluh dihempas ke atas sofa.
Baru lega rasa segala urat saraf sendinya.
“kesian anak mama penat… ni mama nak tanya pasal Zaf dengan Elya macam mana sekarang?”
“macam mana apa mama? Macam biasalah,
okey tak ada gaduh-gaduh besar.”Zafrul kerling wajah mamanya kurang mengerti.
Serasanya hubungan dia dan Elya elok ajer. Sebut tentang Elya terus ingatannya
hinggap pada Farah yang ditemui hari ini. Mengingati wajah itu sahaja sudah
cukup buat hatinya meluat. Dasar perempuan tak tahu malu!
“ bukan itu maksud mama… korang berdua
bila rancang nak kahwin? Bertunang bukan main lama, kahwinnya tak jugak. Zaf
pun bukan muda lagi. Dah 32 tahun dah tahun ni. Elya pon sama. Dah 29 tahun.
Takkan tak bersedia lagi.” Bebelan Sarimah melenyapkan ingatan Zafrul pada
Farah. Kini mindanya tertumpu pula persoalan yang sudah acap kali diutarakan
oleh mamanya.
“Elya tu sibuk mama… dia tak sempat nak
fikir pasal kahwin ni.”
“alah macam dia seorang saja yang
sibuk… kamu pun sibuk jugak tak ada pulak buat alasan tak nak kahwin.” Cantas
Sarimah kurang senang. Zafrul mengeluh kecil, balik-balik itu sahaja modal
emaknya.
“mama… sibuk dia tak sama macam sibuk
Zaf. Dia tu personaliti tv, model pulak tu.
Mestilah dia nak jaga periuk nasi dia. Lagi pun mama tak payah risaulah.
Elya pernah cakap, paling-paling lambat dia akan kahwin umur 30. Tinggal setahun
je lagi. Sabar ye mama.” Pujuk Zafrul sehabis lembut, berharap dengan
kata-katanya itu emaknya tidak lagi menimbulkan soal perkahwinannya yang masih
belum direncana.
“mama ni bukan apa Zaf… Cuma tak
elokkan bertunang lama-lama. Korang bukannya baru bertunang setahun, tapi dah
empat tahun. Tak ke tak manis macam tu.”
“mama… kalau kita mampu bersabar empat
tahun, kenapa kita tak boleh tunggu setahun je lagi. Sabar yer mama… Elya pon
ada cita-cita dan impian dia. Kita kenalah hormat keputusan dia.”
“iye la tu Zaf… kamu jer yang nak kena
fikir pasal dia, dia tu langsung tak terfikir pasal kamu. Nasiblah mama dapat
bakal menantu gila kerja macam ni.”
“aik mama… bukan ke mama yang berkenan
sangat-sangat kat Elya sebelum ni. Tu pasal tak menyempat-nyempat suruh Zaf
dengan Elya bertunang padahal kami bercinta pon tak lagi masa tu.” Usik Zafrul.
Wajah cemberut emaknya sudah bertukar riak. Mamanya sudah mampu tersenyum.
“ mama tak nak kamu gigit jari,
terlepas si Elya tu. Zaf tu bukannya boleh harap sangat bab-bab cinta ni.
Lembab! Nak kena orang tolong semua benda.” Kutuk Sarimah selamba. Zafrul
ketawa dengan kritikan emaknya. Langsung tidak berkecil hati dengan kata-kata
wanita itu.
“Zaf pulak yang kena. Iye la mama.
Sayanglah sangat bakal menantu mama tu.” Desis Zafrul sambil bingkas berdiri.
“Zaf masuk dululah mama… nak rehat.”
Pinta Zafrul perlahan. Setelah melihat anggukkan emaknya, dia terus mara menuju
ke biliknya untuk mandi, solat dan tidur. Dia perlu rehat yang cukup untuk
melaksanakan tanggungjawab sebagai
doctor gigi yang cemerlang keesokkan harinya.
No comments:
Post a Comment