IKLAN NUFFNANG

Monday, September 10, 2018

DIET ATKIN MAKAN SEDAP! FASA 1.

Hai semua...

alhamdulillah. Eniey baru je lepas makan malam. apa menu yang Eniey makan tadi?? haa itulah yang Eniey nak kongsikan. walaupun Eniey sekarang tengah diet atkin fasa 1(hari ke 9) tetapi masih boleh makan makanan yang menyelerakan. Eniey post gambar menu hidangan santapan malam Eniey tadi:




apa yang Eniey makan tu. yang pertama sayur goreng dengan ikan bilis, kedua bebola ikan buat sendiri (tanpa tepung) bercheese, dan ketiga menu kegemaran Eniey cheese muffin+ skinny chocolate + peanut butter no sugar. apa yang menariknya bahan-bahan yang Eniey gunakan hari ini semua lulus atkins fasa 1 (carb mesti 20-25g sahaja dan tanpa gula).

semua menu tu Eniey masak sendiri kecuali bahan-bahan tambahan la seperti cheese, peanut butter no sugar, dan skinny chocolate, cream cheese. dalam masakan biasanya mesti letak gulakan. jadi untuk itu Eniey guna equal gold yang dalam sachet kecil-kecil tu. Equal gold boleh didapati difarmasi atau watsons berdekatan korang.

mana nak dapat peanut butter no sugar tu? Eniey beli dekat kuantan baru-baru ni. tetapi jangan risau, Eniey dah buat lawatan window shopping di Shopee, peanut butter no sugar tu pon ada dijual shopee. jadi kalau korang berminat boleh memborong disana. skinny chocolate rasanya bagi yang tegar atkins pon mesti dah biasa dengarkan. ini coklat rendah carb. cara pembuatannya tak menggunakan bahan-bahan yang dilarang dalam atkins. jadi korang teringin nak makan coklat tengah-tengah diet tu boleh la mencuba skinny coklat. rasanya sedap tapi janganlah korang bandingkan dengan coklat cadbury atau kinder bueno tuh!
kalau ada yang tertanya bagaiamana rupa peanut butter no sugar yang Eniey beritahu tadi, diatas ada Eniey lampirkan. apa yang menarik, walaupun Eniey makan macam-macam benda yang nampak tak sesuai untuk orang diet tetapi percayalah ketosis masih ada. jadi Eniey yakin dan percaya, diet Atkins Eniey masih lagi berada dijalan yang lurus. nak tahu resultsnya okay atau tidak nanti Eniey akan update berat terbaru Eniey dientry yang akan datang. Byee...



No comments:

Post a Comment