“amacam hari ni? Dah sihat sikit?”
tegur Jannah yang baru sahaja mencecahkan punggungnya diatas kerusi. Beg tangan
yang dibawa sudah lama singgah di meja kerja yang hanya ada sebuah di kedai
mereka. Farah yang kelihatan sibuk mengemas baju-baju yang sudah siap dijahit
dikerling.
“alhamdullilah… dah sihat. Terima kasih
ye pasal sudi tolong aku semalam.” Luah Farah berbasa-basi. Meski pun ada rasa
takut dan gemuruh untuk datang ke kedai jahit hari ini, Farah tetap gagahkan
diri jua demi sesuap nasi. Ini sahajalah punca rezekinya dan ini jugalah
tanggungjawabnya. Lagi pun sampai bila dia mahu mengelak daripada Zafrul
sedangkan kedai dan klinik mereka hanya bersebelahan. Nak tak nak dia kena
berani juga, dia tak sanggup mengorbankan kedai jahit yang baru sahaja mahu
meningkat maju semata-mata kerana tidak selesa dengan kehadiran Zafrul.
“tak ada hal la Farah. Hari ni aku
tolong kau, esok-esok kau pulak tolong aku. Macam tu la kehidupan kita.” Farah
sekadar mengangguk kecil, menyokong sahaja pendapat Jannah. Suasana antara
mereka kembali sunyi sepi. Masing-masing sibuk dengan kerja yang masih
menimbun.
“Assalamualaikum…” sapa satu suara
garau setelah daun pintu ditolak daripada luar. Tersembul seorang jejaka tinggi
lampai disebalik pintu tersebut. Farah dan Jannah jawab salam serentak.
Masing-masing melemparkan senyuman kecil pada pelanggan yang kunjung tiba.
“saya nak tempah baju melayu… boleh?”
soal lelaki berkulit hitam manis itu. Tampan orangnya. Sempat hati Farah
berbisik nakal.
“eh boleh ajer… baju kahwin ke?” sempat
Farah mengusik sambil-sambil mengushar status jejaka kacak dihadapannya. Jannah
yang sedang sibuk dengan jahitannya hanya tersenyum kecil.
‘Farah, Farah… dengan pelanggan bukan
main mesra. Pandai ambil hati orang dia tak kenal. Kalau dengan kawan-kawan nak
dengar dia bercakap satu huruf pon payah. Pelik betul minah ni.’ Jannah sekadar
mengumpat didalam hati. Kadang-kadang dia pelik dengan sikap Farah yang mudah
ramah dengan pelanggan mereka, tetapi dengan dia mahu pun dengan kawan-kawan
satu kelas mereka dahulu nak senyum pun payah. Muka tu berkerut 24 jam. Sebab
tu sampai sekarang tak ada kekasih agaknya.
“ish tak adalah… saya jadi pengapit
untuk kawan nak kahwin.” Tutur Nizam mesra. Sempat matanya meneliti wajah Farah
yang bertudung litup itu. Persis seseorang yang dikenali! Desis hati kecilnya.
“kalau awak nak kahwin sekali pon apa
salahnya. Eh ke awak dah kahwin?” Farah jadi serba-salah. Memandai-mandai dia
suruh orang yang tak dikenali kahwin, sekali lelaki ini suami orang. Tak ke
naya. Mahu dia kena ganyang dengan si isteri dibawah akta menghasut!
“belum! Girlfriend pon tak ada lagi.”
Balas Nazim dengan senyuman simpul. Lucu pula melihat riak serba salah tukang
jahit dihadapannya. Farah senyum sahaja. Dia segera mencapai kertas kecil untuk
menulis serba sedikit maklumat pelanggan.
“Bila nak baju ni?” Tanya Farah, tangannya
siap sedia untuk menulis tarikh yang bakal diketahui.
“minggu depan? Hari khamis.”
“ooo… 3 april yer. Nama encik apa?”
“Nazim…”
“no telefon?”
“013-9454333…” jelas Nazim serba
ringkas.
“nanti baju dah siap saya beritahu
encik Nazim yer.. sekarang encik Nazim berdiri kat sana. Saya nak ambil
ukuran.”
“saya ada sertakan baju sample.” Farah terkedu
sekejap. Cepat-cepat dia menyelongkar beg plastic yang mengandungi baju Nazim.
Memang disitu terdapat sepasang baju melayu berwarna ungu muda.
“ooo… okey.”
“itu jer kan…” persoalan dari Nazim
dibalas anggukan daripada Farah. Setelah melihat anggukkan itu, Nazim mula
minta diri untuk meneruskan kerjanya.
“tak lunch ke Farah? Aku dah nak keluar
lunch ni.” Jannah menyoal perlahan sambil mengemas segala pekakas jahitannya.
Sesudah itu dia mencapai beg tangan yang masih lagi elok diatas meja kerja.
Tanpa membuang masa beg tangan itu segera disangkut pada bahunya.
“ aku bawak bekal hari ni…” balas Farah
mudah. Nasi goreng yang dimasak pagi tadi diletakkan diatas meja kerja. Jannah
kerut dahi, pelik dengan tingkah Farah.
“aik… tak pernah-pernah bawak bekal
selama ni kenapa tetiba jer hari ni. Buang tebiat ke apa?” usik Jannah yang
sudah pun tegak berdiri dimuka depan pintu kedai jahit perkongsiannya dan
Farah. Tali beg tangan yang melorot jatuh ditarik dan diperkemaskan pada
bahunya.
“ saje!” mudah sahaja jawapan Farah.
Tanpa membuang masa tudung bekal yang dibawa dibuka. Jannah senyum sahaja. Tahu
Farah hantar isyarat supaya jangan menegur mahu pun bercakap dengannya lagi.
“aku pergi dululah… kalau kan nak pesan
apa-apa mesej je la.” Tambah Jannah sekadar penyedap ayat. Tanpa menunggu
jawapan Farah yang sememangnya tidak mahu membalas apa-apa, dia terus mara
kearah kereta Myvi miliknya. Setelah pemergian Jannah, Farah cepat-cepat menuju
kearah daun pintu lalu menukar papan tanda ‘open’ kepada ‘close’. Sempat
matanya mencuri pandang kearah klinik Zafrul yang tersergam disebelah kedai
jahitnya. Jelas dimatanya Zafrul bergerak menuju ke arah kereta buat dirinya
kelam kabut masuk semula ke dalam kedai.
Farah melepaskan keluhan lega, nasib
baik Zafrul tidak menyedari kehadirannya. Dia akui, meskipun dia sudah bertekad
untuk menghadapi Zafrul tanpa mengelak namun masih ada sisa-sisa rasa takut dan
kurang selesa untuk dia berpapasan dengan jejaka itu. Itulah sebabnya dia lebih
rela menghabiskan masa sepenuhnya didalam kedai jahit berbanding keluar makan
tengahari mahu pun membuat sebarang
aktiviti diluar kedai jahitnya. Dia takut untuk bertemu muka dengan Zafrul. Dia
perlukan masa untuk menghadapi lelaki itu seterusnya menjayakan rancangan yang
sudah diatur elok.
Jam pada pergelangan tangannya sudah
menunjukkan pukul 10 malam. Farah berlari anak menuju ke keretanya setelah
selesai mengunci pintu kedai. Dia mahu lekas-lekas beredar dari situ agar dia
tidak perlu bertembung dengan Zafrul. Langkah Farah yang agak kelam-kabut itu
terhenti tatkala badannya melanggar batang tubuh seseorang dari arah
bertentangan. Farah cuak! Beg plastic yang mengandungi baju yang masih belum
siap sepenuhnya jatuh menghempap jalan.
“maaf… maafkan saya.” Pinta Farah
sambil mengutip beg plastic yang jatuh itu tadi. Lelaki dihadapannya hanya diam
tak berkutik, langsung tidak membalas ucapan maaf darinya.
“maafkan saya… saya tak senga...”
kata-kata Farah terhenti. Darah merahnya mula berderau apabila matanya bertamu
pandangan Zafrul yang kini tegak dihadapan. Badannya mula berkeringat, sedikit
sebanyak mula menggeletar menahan rasa takut yang mendatang. Air liur terasa
tersekat didalam kerongkong, payah untuk dia menelan.
“ ketepi! Kau mengganggu jalan
aku.”bentak Zafrul keras. Matanya merenung tepat kedalam anak mata Farah yang
jelas tidak selesa.
“opp… maaf!” pinta Farah lagi.
Lekas-lekas dia menggerakkan badannya ketepi untuk memberi laluan kepada
Zafrul. Tanpa melengahkan masa, Zafrul segera beredar untuk mendapatkan
keretanya.
“abang Zaf…” panggil Farah tiba-tiba
Berjaya menghentikan langkah Zafrul. Jejaka itu berpusing kearahnya dengan
wajah menyinga.
“siapa abang kau? Aku anak tunggal, tak
ada adik perempuan!”
“ maksud Farah abang ipar…” Ujar Farah
seraya menghampiri Zafrul yang menayang wajah kelat.
“abang apa khabar? Sihat?” Farah cuba
beramah mesra. Wajah masam mencuka Zafrul dipandang lama. Perasaan takut yang
menghuni sekeping hatinya mula berlalu pergi diganti pula rasa terkilan dengan
sikap dan layanan Zafrul padanya.
“abang? Abang ipar? Tahu pulak kau, aku
ni bakal abang ipar kau. Ingatkan tak
tahu.” Tempelak Zafrul dengan ketawa sinis. Riak wajah mendung Farah dipandang
sepintas lalu. Langsung tak berputik rasa kesian dengan wanita itu. Dia tahu
sangat sikap Farah yang pandai berpura-pura dan berlakon teraniaya. Farah
mendesah perlahan. Sedikit kecewa dengan sikap Zafrul yang terang-terangan
masih lagi berdendam dengannya. Padahal apa yang berlaku bukanlah salahnya. Semua itu
salah faham sahaja.
“bakal abang ipar? Abang Zaf dengan kak
Elya tak kahwin lagi ke?” Farah cuba menahan sabar,dia masih berusaha untuk
bermesra dengan bakal abang iparnya. Raut wajah sehabis manis dilemparkan pada
lelaki itu.
“eh kau tak payah nak menyibuklah… aku
kahwin ke, tak kahwin ke tak ada kaitan dengan kau. Kalau aku tak kahwin sekali
pon bukannya aku nak kahwin dengan kau.” Jerkah Zafrul berang. Tanpa
mempedulikan Farah, terus langkah diatur ke keretanya yang hanya beberapa tapak
sahaja lagi. Dia tidak ingin untuk terus bercakap dengan perempuan seperti
Farah yang hanya tahu menyusahkan hidupnya sahaja.
“emo jer terlebih mamat ni… macam dia
sorang menderita! Puihh la!” bebel Farah setelah Zafrul dan keretanya hilang
dari pandangan. Perlahan-lahan langkah diatur kembali menghampiri kereta
Vivanya. Dalam diam Farah cuba merencanakan strategi untuk menjayakan misinya
iaitu kembali semula kepada keluarganya dengan cara penuh bermaruah! Dia akan
pastikan semua manusia yang terlibat menganiaya dirinya melutut memohon maaf
termasuk juga orang-orang yang sesenang hati menyalahkan segala yang berlaku
keatas pundaknya seorang! Itulah azamnya selama 4 tahun ini.
No comments:
Post a Comment