IKLAN NUFFNANG

Wednesday, September 5, 2018

APA ITU KETONE STRIPS DAN KETOSIS DALAM DIET ATKINS

Yuhuuuu... hai semua.

Eniey agak excited hari ni sebab barang yang Eniey tunggu-tunggu telah tiba. apa yang Eniey tunggu sangat tu. apa lagi kalau bukan Ketone Strips. seperti yang Eniey ceritakan dalam entry yang lepas, Eniey sekarang dalam proses diet atkins fasa 1. kalau ada yang tertanya-tanya tentang apa itu diet atkins fasa 1 nanti Eniey akan kongsikan dimasa akan datang. kenapa Eniey nak diet?? sebab berat Eniey sudah semakin mencanak naik semenjak berakhirnya bulan ramadhan lalu. jadi kali ini Eniey berazam penuh tekad untuk buat diet atkins fasa 1 sekurang-kurangnya dalam tempoh sebulan. target Eniey tak banyak, cuma mahu turunkan 5 kg sahaja dan melonggarkan kembali baju-baju Eniey yang mulai ketat.

okey berbalik semula dengan kisah Ketone Strips tadi. apa kaitannya dengan diet atkins. memang berkaitan. untuk orang yang baru belajar diet Atkins amat digalakkan memiliki barangan ini untuk memastikan diet Atkins korang adalah pada jalan yang lurus, bukan tersesat dilautan dalam. Ketone Strips adalah untuk memastikan Atkiner dalam keadaan ketosis. Ketone strips ini bukan alatan membantu kurus ye semua, tetapi cuma untuk menunjukkan badan Atkiner dalam keadaan ketosis.

apa itu ketosis? ketosis adalah suatu proses lemak didalam badan seseorang bertukar menjadi tenaga. maksudnya dekat sini, lemak-lemak kita semua yang menebal itu bakal berkurang kerana telah bertukar menjadi tenaga. sebab itulah para Atkiner semua amat mengejar ketosis kerana apabila berlakunya ketosis bermakna berlakunya pengurangan lemak didalam badan aka tubuh kita semakin kurus. dan sebab itulah atkiner memerlukan Ketone Strips supaya dapat membuktikan yang sebenar-benarnya badan sedang mengalami ketosis.


Taddda... itulah rupa bentuk Ketone Strips yang Eniey cerita sepanjang entry ni. dalam botol tu terdapat 100 strips. harganya pula bawah rm 20 ( Eniey beli di shopee). macam mana nak guna? caranya korang kena diet dulu (kalau tak diet membazir je), lepas 3 hari korang buat fasa 1 korang boleh la test pada air kencing. pada gambar tu ada skala warna yang mana menunjukkan makin gelap warna ketone strips tu bertukar makin tinggilah tahap ketosis dalam badan. tetapi, menurut sahabat-sahabat atkiner Eniey di facebook tak digalakkan ketone Strips itu berubah menjadi warna yang paling gelap kerana mampu memberi masalah kepada buah pinggang. jadi seeloknya cuba dapatkan warna tengah-tengah.

Eniey hari ni dah 3 hari atkins fasa 1. balik sahaja dari kerja tadi, tanpa buang masa terus Eniey check air kencing. alhamdullilah Eniey dapat warna yang ke 4(purple) maksudnya proses diet Eniey berjalan dengan lancar. harapan Eniey supaya korang yang membaca entry ini sedikit sebanyak jelas tentang ketone strips dan ketosis. dan kalau ada yang berminat dengan ketone Strips ni mohon jangan tanya Eniey sebab Eniey tak jual benda alah ni. korang boleh dapatkan di farmasi atau pun secara online (shopee/lazada/seller facebook). itu jer, mohon doakan Eniey mampu bertahan dengan diet atkins fasa 1 selama sebulan. amin. adiossss.

No comments:

Post a Comment