hai korang... lama Eniey menyepi daripada menulis coretan kisah2 jiwang. hari ni Eniey akan sajikan sebuah kisah yang sudah bertahun Eniey tulis (masih ongoing) tapi baru hari ni Eniey berkesempatan untuk berkongsi. semoga korang terhibur.
BAB 1
Farah memandang lama kain pasang yang
terbentang elok dihadapannya. Gunting yang berada dalam genggamannya hanya kaku
tanpa sebarang pergerakan. Langsung dirinya kelu sambil merenung tajam kearah
kain pasang bercorak kosong itu tanpa berbuat apa-apa. Waktu ini bukan kain
pasang yang dilihatnya, bukannya kerja-kerja menggunting yang difikirnya tetapi
raut wajah lelaki yang baru sahaja dijumpainya sebentar tadi.
Pandangan, riak
wajah dan tutur kata lelaki itu masih
lagi bertali arus didalam mindanya. Farah mengeluh kecil, lemah urat- urat
sendinya memikirkan renungan lelaki berkaca mata itu. Setelah empat tahun
mereka tidak bertemu, setelah empat tahun dia cuba melupakan lelaki itu,
sungguh dia tidak sangka mereka akan bertemu lagi.
Buat hati dan jiwanya merana,
buat perasaannya gundah gulana dan yang pastinya luka lama yang kian sembuh
kini berdarah kembali. Farah ketap bibir kuat-kuat. Dia cuba melupakan raut
wajah jejaka itu dari meracau fikiran. Dia mahu tumpukan perhatian pada
kerja-kerjanya yang masih belum bermula. Mengingatkan pertemuan yang
berlangsung hampir setengah jam itu hanya buat hatinya membara sahaja.
“ jauh termenung Farah… payah benar ke
nak potong kain tu?” tegur Jannah,
wanita awal 30 an yang sedang menggosok kain pasang yang bakal dipotong
sebentar lagi. Farah yang masih larut dalam menungan kosongnya tersentak. Terus
panahan matanya beralih kepada Jannah yang ralit menggosok kain ela itu.
“apa Jannah? Aku tak dengar.” Pinta
Farah perlahan. Sungguh dia tidak perasaan pertanyaan Jannah padanya. Ekor
matanya sekadar memandang pelik kearah Jannah yang tersenyum penuh makna.
“aku tanya payah sangat ke nak potong
kain tu?”
“payah? Tak adalah…. Macam biasa jer.”
Jujur Farah kurang mengerti. Dahinya mula mempamirkan jalur-jalur halus.
“ dah tu pandang lama-lama sangat kain
tu kenapa? Potongnya tidak… kau berangan yer?” usik Jannah dengan senyuman yang
tidak putus-putus. Kain yang sudah siap digosok itu dihampar untuk dipotong
sebentar lagi.
“mana ada…” potong Farah pendek. Tidak
berminat untuk menyatakan alasan. Kerjanya yang tertangguh itu disambung
semula.
“kalau dah diam tak buat apa-apa tu
bukan berangan ke namanya? Kau berangankan siapa? Boyfriend?” Jannah belum puas
mencungkil rahsia… wajah dingin Farah direnung dalam. Terasa serkap jarangnya
teramatlah jarang.
“tak adalah Jannah… dah tak payah cakap
banyak. Cepat sambung kerja.” Arah Farah dengan perasaan kurang senang.
Langsung wajah Jannah tidak dipandang. Dia berpura-pura tekun dengan
tanggunggjawabnya kini.
Jannah mengeluh kecil. Kepalanya digeleng-gelengkan
perlahan. Sungguh dia tidak faham perangai Farah yang sukar untuk dibawa
bersembang. Gadis itu sentiasa serius dan tidak banyak bercakap. Hendak dengar
dia ketawa jauh sekali.
‘ ah malaslah aku nak fikir masalah orang,
peduli apa aku… asalkan aku kerja dapat gaji sudah. ‘ hati Jannah berbisik
sendiri. Tangannya kembali menyambung tugas yang tergendala.
Farah memicit-micit dahinya. Entah
kenapa sejak tengahari tadi lagi kepalanya berpusing seakan kereta roda yang
meluncur pada garisannya di taman tema. Keluhan demi keluhan dilepaskan bebas
menerusi terowong hidungnya, sedaya mungkin mencari ketenangan di dalam diri.
Farah sedar sakit kepala yang dihadapi saat ini bukanlah berpunca daripada
cuaca panas membahang tetapi lebih kepada masalah emosi yang kian kacau sejak
pertemuan antaranya dan doctor gigi pagi itu tadi. Wajah sinis dan tegang
doctor muda itu masih lagi berlegar didalam benaknya.
Membuatkan denyutan pada
saraf kepalanya semakin menjadi-jadi. Fikirannya benar-benar terganggu. Segala
kisah perit yang cuba dilenyapkan dari ingatan bertali arus diingatan tanpa
dapat ditahan.
“ Farah tak sihat ke?” cetus Jannah
yang perasaan perubahan sikap Farah. Gadis itu kelihatan pucat tak bermaya.
“kalau kau tak sihat, balik je la. Biar
aku jer yang uruskan kedai hari ni.” Sambung Jannah lagi. Matanya yang asal
ralit pada mesin jahit kini beralih arah. Wajah pucat tanpa darah milik Farah
direnung dengan rasa simpati. Farah geleng kepala lemah. Dia cuba menyambung
kerja yang masih bertangguh.
“aku okey jer.” Jawab Farah ringkas sambil jemarinya menyambung
jahitan yang terhenti.
“jangan degil sangatlah Farah… kau nak
buat kerja macam mana dalam keadaan macam ni. Karang makin melarat sakit tu.
Pergi jelah balik, rehat dekat rumah. Esok baru sambung kerja kau tu.” Arah
Jannah lebih tegas. Dia layak memberi arahan kepada Farah memandangkan kedai
jahit ini adalah perkongsian mereka berdua meski pun selama ini Farah yang
lebih banyak memegang kuasa dalam membuat sebarang keputusan.
“tak bolehlah Jannah… aku kena jugak
siapkan jugak 2 pasang baju ni… esok tuannya nak datang ambil.” Jelas Farah
dengan kepala yang tertunduk-tunduk membetulkan jahitannya. Jannah mengeluh
kecil, riak Farah yang berkerut-kerut menahan sakit dipandang lama.
“biar aku yang sambung kerja kau tu…”
Farah diam sejenak mendengar tawaran rakan kongsinya itu. Wajah Jannah yang
penuh keikhlasan itu direnung dalam-dalam.
“ tak payah fikir lama-lama la… dah
pergi balik sekarang. Biar aku sambung kerja kau ni.” Ujar Jannah sekali lagi sambil
bergerak pantas mendapatkan beg tangan milik Farah yang diletak diatas meja. Beg tangan itu cepat-cepat diserahkan kepada
gadis muda itu. Farah teragak-agak mahu menerima bantuan temannya itu. Hatinya
sedikit keliru untuk membuat keputusan. Matanya terkebil-kebil merenung tingkah
laku Jannah yang menolak badannya dari kerusi yang diduduki saat ini.
“ ke kau tak percayakan aku?” dengan
suara yang agak rendah Jannah membuat tekaan apabila Farah masih lagi membukam
ditempat duduknya. Sikap Farah yang sering menolak pertolongannya sedikit
sebanyak melukakan hati kecilnya. Farah seperti memperlekehkan kemampuannya dan
meragui kejujurannya sedangkan kedai jahit yang dibina ini adalah hasil
perkongsian modal mereka berdua.
Memanglah modalnya lebih kecil berbanding
modal yang disalurkan oleh Farah namun sebagai rakan niaga, Farah patut lebih
mempercayainya. Kalau gadis itu menolak untuk mempercayai kejujurannya buat apa
dia dipilih untuk menjadi rakan niaga? Farah patut memilih orang lain yang
lebih dia percayai!
Farah diam lagi memikir bait bicara Jannah yang kedengaran
cukup kecewa. Sedikit sebanyak rasa bersalah mula timbul dipermukaan hatinya.
“bukan macam tu maksud aku… ye la kerja
kau pun tak siap lagi. Aku tak sampai hati pulak nak susahkan kau.” Dalih Farah
demi menolak segala tuduhan Jannah yang tepat terkena jantungnya. Memang dia
tidak percayai Jannah namun untuk mengakui fakta itu pasti tidak akan
dilakukan. Dia tidak bodoh untuk merosakkan hubungan niaganya bersama Jannah.
Jannah senyum nipis mendengar jawapan akhir daripada Farah, dia yakin itulah
perasaan gadis itu buat masa ini.
“ yang tu kau tak payah risau. Aku punya
baju ni lusa baru tuannya nak datang ambil. Sempatlah aku siapkannya nanti.”
Pujuk Jannah dengan senyuman lebar dibibir. Farah mati akal, tak tahu alasan
apa lagi yang boleh diguna pakai untuk menolak pertolongan Jannah yang
bersungguh mahu membantunya. Dengan rasa terpaksa dia mengangguk kepalanya
lebih-lebih lagi apabila denyutan di kepalanya semakin menggila.
No comments:
Post a Comment