Bab 7
Nazim melunjurkan kakinya sambil menonton televisyen yang
menayangkan berita terkini. Sebiji bantal yang menghiasi sofa ditarik dan
dipeluknya. Matanya ralit dengan berita-berita yang dipapar pada kaca tv.
“Zim...” sergah Fatimah. Dia duduk disebelah anak terunanya
sambil menonton sama berita yag disiarkan oleh tv3 itu.
“hmm?” gumam Nazim perlahan. matanya mengerling wajah
tenang emaknya.
“Zim ingat tak hari ni hari apa?” soal Fatimah perlahan.
Nazim memusingkan wajahnya untuk memandang Fatimah yang kelihatan tersenyum
nipis. Dia dapat mengagak topik perbincangan mereka malam ini.
“esok mak akan beritahu Mak Cik Siah yang kamu bersetuju
untuk bertunang dengan Julia.” Tambah Fatimah lagi dengan nada yang gembira.
Nazim mengeluh kecil. Masih adakah harapan untuknya memujuk sang ibu untuk
membatalkan rancangan dua keluarga ini?
“mak...” panggil Nazim lembut. Cuba memujuk emaknya buat
kali terakhir.
“Zim tak nak...”
“Zim jangan lupa janji Zim pada mak 2 minggu yang
lepas... jangan nak jadi lelaki yang munafik Zim... mak tak ajar Zim macam tu.”
tegas Fatimah mencatas segala bicara Nazim yang sudah diagak isinya. Dia bukan
tidak kenal sikap anaknya yang sedaya upaya mengelak daripada dijodohkan dengan
anak jiran tetangga mereka.
“ tapi mak... Zim...”
“tak ada tapi-tapi... keputusan mak muktamad. Zim nak
atau tidak, sebulan lepas ni Zim dan Julia akan bertunang dan 3 bulan lepas tu
korang berdua akan berkahwin.” Pintas Fatimah sekali lagi. Wajah sayu anaknya
dipandang sekali imbas. Tidak mahu bersimpati lagi pada anak terunanya ini. dia
tidak boleh beri muka pada Nazim lagi, kali ini dia perlu bertegas dalam
menyatukan Nazim dan Julia.
“Zim tak cintakan Julia mak... Zim tak boleh nak kahwin
dengan orang yang Zim tak cinta.” Luah Nazim dengan harapan emaknya menarik kembali
keputusan yang telah dibuat. Fatimah tersenyum sinis. Langsung tidak termakan
dengan kata-kata anaknya yang cuba meraih simpati dari dirinya.
“cinta, sayang, suka semua tu boleh dipupuk, boleh
dibina. Dia tak akan datang bergolek Zim. Jadi tak payahlah Zim nak cakap Zim
tak cinta semua tu sedangkan Zim tak pernah usaha pon untuk cintai Julia. Dah
mak tak nak dengar lagi alasan Zim... cukup sebulan dari tarikh ni, Zim dan
Julia akan ditunangkan. Noktah!” balas Fatimah. Badannya tadi disandarkan pada
sofa empuk kini bangkit berdiri. Dia berlalu meninggalkan Nazim sendirian.
Nazim mendengus kasar. Diraup wajahnya untuk menghilangkan rasa kecewa yang
merantai dijiwanya saat ini. tidak sangka, hari untuk dia lupakan Soffiya tiba
jua. Mampukah dia lupakan Soffiya? Mampukah dia menyayangi Julia lebih daripada
Soffiya? Sesungguhnya hatinya kini amat buntu.
“ cantiknya anak ibu... mesti tak berkelip mata Nazim
pandang Julia nanti.” Puji Siah melambung-lambung melihat kejelitaan anak
gadisnya yang cukup memukau pandangan semua jejaka. Julia tersenyum malu namun
cukup berbangga dengan pujian ikhlas ibunya.
“ada-ada je ibu ni... keluarga abang Nazim nak datang
pukul berapa?” soal Julia ingin tahu. Dipandang wajahnya pada cermin dengan
rasa gembira. Berharap bakal suaminya dapat melihat wajahnya yang cukup jelita
hari ini. pasti Nazim akan jatuh cinta pada aku. Bisik hati Julia teruja.
“kejap lagi sampailah tu... kenapa? Dah tak sabar ke nak
bertunang dengan Nazim? ibu berkenan sungguh dengan anak mak cik Timah kamu tu.
baik sungguh orangnya. Beruntung anak ibu dapat bakal suami macam tu.”
“abang Nazim pon beruntung dapat anak ibu ni... tak
gitu?”
“mestilah sayang... anak ibu gadis cukup sempurna. Dah la
cantik, lembut, sopan santun... mesti Nazim tak akan pandang perempuan lain
dah. Percayalah cakap ibu ni.” luah Siah sambil membelai lembut kepala anak
gadisnya. Julia tersenyum bahagia. Gembira mendengar kata-kata ibunya. Dia berharap
kata-kata ibunya akan menjadi kenyataan. Nazim akan jatuh cinta padanya dan
tidak akan memandang perempuan lain selain dia.
“nanti lepas bertunang, Jue kenal-kenallah dengan Nazim
tu... ambil mood sebelum kahwin. Tapi ingat, jaga batas pergaualan korang
berdua. Korang baru bertunang, bukannya suami isteri lagi.” Pesan Siah dengan
nada yang tegas. Dia tidak mahu perkara yang tidak elok berlaku sepanjang
tempoh pertunangan anaknya. Budak-budak muda zaman sekarang bukannya boleh
percaya sangat. Iman pon boleh kalah kalau ikut sangat nafsu tu.
“ibu... tahulah Julia pantang larang dalam perhubungan
ni. ibu jangan risau yer.” Pujuk Julia dengan senyuman meleret. Makin tidak
sabar rasanya untuk memiliki cinta Nazim yang sudah lama didambakan. Dia akan
pastikan Nazim jatuh hati padanya. dia akan tundukkan keegoan Nazim yang
terang-terangan mengaku tidak mencintainya. Dia mahu lihat, sampai bila Nazim
mampu mempertahankan hatinya daripada tidak jatuh cinta padanya. senyuman
sekali lagi terukir manis dibibir Julia. Penuh makna yang tersirat.
Fatimah menghampiri katil anak terunanya dengan perasaan
risau. Dipegang dahi Nazim untuk membandingkan suhu badan antara mereka.
“panas sangat badan kamu ni... Zim rehat dekat rumah je
la... tak payah pergi majlis pertunangan tu. biar mak dengan yang lain-lain je
yang pergi.” Arah Fatimah yang duduk dibirai katil bujang anaknya. Nazim hanya
mengangguk kepalanya dengan lemah. Bagus juga arahan emaknya, dia sendiri pon
tiada hati untuk kemajilis pertunangannya yang direncanakan pada hari ini.
“dah makan ubat ke belum ni?” soal Fatimah lagi. Risau
pula melihat anaknya yang tiba-tiba sahaja tidak sihat. Sedih sangat gamaknya
dipaksa bertunang.
“dah...” pendek sahaja jawapan daripada Nazim. Dia tidak
larat untuk berkata-kata memandangkan rasa perit yang teramat didalam tekaknya.
Fatimah menganggukkan kepalanya tanda mengerti.
“kalau macam tu mak pergi dululah... Zim rehat kat rumah
baik-baik. Zim kena ingat, mulai hari ini Zim dah ada tunang. Lupakan gadis
khayalan Zim buat selama-lamanya.” Pesan Fatimah perlahan. dipandang wajah sayu
anaknya. Nazim memejamkan matanya tanpa membalas bicara emaknya. Tanpa pesanan
itu pon dia sudah tahu apa yang perlu dilakukan kini. Soffiya harus dikuburkan
daripada hati dan perasaannya. Mulai hari ini, tiada lagi insan bernama Soffiya
didalam kamus hidupnya. Dia perlu redha dengan ketentuan ini.
“ pang...” pinggan yang ditarik Soffiya terjatuh dari
pegangannya. Wardah yang sedang mengacau minuman tersentak. Terus matanya
memandang Soffiya yang sedang memegang kepalanya.
“Ya Allah Piya...” Jerit Wardah. Cepat-cepat dia memangku
badan Soffiya yang hampir tersungkur menghempap bumi. Wajah pucat gadis itu
dipandang dengan rasa risau.
“Piya... kenapa ni? kau tak sihat ke?” bertubi-tubi
soalan muncul dari bibir mungil Wardah. Dipegang dahi Soffiya. Tidak panas!
Tapi kenapa Soffiya macam ni?
“Wawa...” Seru Soffiya perlahan. ada beberapa titik air
mata meluncur laju membelah pipinya. Wardah makin tidak mengerti dengan air
mata yang membasahi pipi saudara tirinya ini.
“kenapa ni Piya... kau cedera ke?” tanya Wardah lagi.
Ditilik kaki dan tangan Soffiya yang mungkin terkena serpihan kaca. Soffiya
menggeleng lemah kepalanya. Tubir matanya masih lagi dipenuhi air hangat.
“aku tak sedap hatilah Wawa... aku rasa macam ada benda
yang tak kena jer hari ni...” luah Soffiya satu persatu. Air matanya terus
mengalir tanpa henti. Bagaikan ada sesuatu yang tidak elok telah berlaku tanpa
pengetahuannya.
“tak ada apa-apa Piya... perasaan kau jer tu. dah bangun.
Kau masuk berehat, biar aku kemaskan tempat ni.” arah Wardah lembut. Dia
memimpin Soffiya berdiri memandangkan gadis itu seperti kehilangan tenaga.
Entah apa yang berlaku sebenarnya Wardah tidak pasti.
“cikgu Nazim... aku rasa ada benda tak elok berlaku pada
cikgu Nazim...” jelas Soffiya. Hatinya makin berdebar-debar, badannya terasa
letih yang teramat sangat dan perasaannya cukup bercelaru. Dia yakin ada
perkara yang tak diingini telah terjadi. Dia cukup pasti dengan gerak hatinya.
“Piya... sudah-sudahlah tu. Lupakan cikgu Nazim.
Entah-entah dia sekarang tengah berbahagia dengan isteri dia. Kau je yang masih
meracau nama dia. Sudahlah tu. aku rasa dah tiba masanya kau mulakan hidup
baru. Buang nama cikgu Nazim sepenuhnya dari hati kau.. Aku tak sanggup tengok
kau menderita macam ni. mak dan abah pon selalu risaukan kau. Bukan sehari kami
tengok kau begini, dah lapan tahun Piya. Dari awal aku kenal kau sampai
sekarang, kau masih lagi gilakan cikgu Nazim tu. Tolonglah jangan terus seksa
diri kau hanya kerana seorang lelaki yang tak tepati janjinya pada kau.” Rayu
Wardah. Selama ini dia masih boleh bertahan dengan kebodohan Soffiya, tapi kali
ini dia tidak akan berdiam diri lagi. Soffiya perlu lepaskan Nazim untuk terus
bahagia. Dia sedih tengok Soffiya hidup tak serupa seperti wanita-wanita lain.
“tapi Wawa...”
“Sudah Piya... kalau kau tak nak tengok aku marahkan kau
baik kau jangan sebut lagi nama jantan tu depan aku. aku tak akan paksa kau
terima mana-mana lelaki, tetapi cukuplah kau lupakan cikgu Nazim tu. itu pon
dah cukup Piya.” Tinggi suara Wardah. Dia marah bukan dia benci, tetapi kerana
sayangkan Soffiya yang tidak pandai hargai diri sendiri. Sampai bila Soffiya
mahu hidup begini? Tak cukup lagi ke 8 tahun Soffiya membodohkan diri sendiri?
“dah sekarang kau masuk bilik, tidur, rehat sepenuhnya.
Mulai esok, kau jangan sebut, jangan ingat, jangan mengigau pon nama cikgu
Nazim tu. sekali lagi aku dengar kau sebut nama dia, memang aku takkan bercakap
dengan kau sampai bila-bila. Kau ingat tu Piya.” Ugut Wardah dengan mata yang
membulat. Soffiya hanya menganggukkan kepalanya. Mungkin benar kata Wardah, dia
perlu lepaskan Nazim sepenuhnya. Mungkin dengan cara itu hidupnya akan lebih
tenang dan tenteram selepas ini. Wardah membawa Soffiya kebilik mereka.
Dibaringkan Soffiya diatas katil dan diselimuti gadis itu dengan kain gebar.
“terima kasih Wawa... sekurang-kurangnya aku tahu dalam
dunia ni aku ada kau yang selalu sayang pada aku.” ucap Soffiya dengan perasaan
sebak. Wardah yang mendengar bicara Soffiya mula mengalirkan air mata.
“mestilah aku sayang kau... kitakan adik beradik... bukan
aku jer yang sayang kau, mak pon sayang kau, abah pon sama. Cuma kau je yang
tak sayang diri sendiri.” Balas Wardah yang turut menangis. Terharu mendengar
kata-kata Soffiya. Soffiya tersenyum dalam tangisan. Untuk keluarga yang
tersayang, dia tahu cintanya untuk Nazim perlu dikorbankan. Dia tak nak
keluarganya risaukan dia lagi. Dia tidak mahu jadi beban kepada mereka yang
amat disayangi. Perlahan-lahan matanya dipejam... serentak itu segala memori
kenangan silam lapan tahun yang lalu mula melayari ingatan.