BAB 15
Setelah
hampir sebulan kejadian yang menimpa Shazrina di kantin, hubungan dia dan Aliff
semakin rapat. Malah mereka sering sahaja meluangkan masa bersama.
“Awak dah study sudut dongakan dan sudut
tunduk?” Soal Shazrina terhadap Aliff lembut. nota matematik moden dibuka dan
diletakkan dihadapannya. Aliff mengangguk.
“Dah...
Susah jugak sebab kena banyak imagin... Tapi alhamdullilah boleh la setakat
ni... Awak?” Jawab Aliff penuh berhemah.. Shazrina tersenyum senang.. Banyak
perubahan yang sudah dibuat oleh Aliff.. Aliff jauh berbeza dengan Aliff yang
pertama kali ditemui di tangga lebih kurang 2 bulan yang lepas. Aliff kini
jelas lebih berkarisma dan berkeyakinan... Bukan dia sahaja yang menyedari
tentang perkara itu malah ramai pelajar termasuk guru-guru memuji perubahan
positif yang agak drastik berlaku keatas Aliff... Malah, Aliff kini menjadi
pelajar yang digilai ramai kerana mempunyai pakej yang lengkap... kacak, pandai
dan nakal!
“Alhamdullilah
dah... Kalo macam tu boleh kita buat latihan sama-sama... Kita tengok sapa yang
lagi power.. nak?” Ajak Shazrina.. Kadang-kadang suasana belajar menjadi lebih
menarik kalau terdapat saingan yang sihat...
“Boleh
jer... Sapa kalah dia kena belanja ais krim.. okey?” Aliff pula membuat cabaran.
Shazrina mengangguk setuju.. Mereka meletakkan masa selama satu jam untuk
menjawab soalan yang terdapat didalam buku rujukan.
“Nah.”
Shazrina menghulurkan ais krim cone yang dibeli dikedai berhampiran sekolah...
Mereka sama-sama berjalan untuk menuju ke rumah masing-masing.. Menjadi kelebihan
kerana mereka menggunakan jalan yang sama... Jalan raya agak sunyi memandangkan
sudah pukul 4 petang.
“Thank...”
Balas Aliff sambil mengambil ais krim yang di hulur oleh Shazrina.. Pertandingan
menjawab soalan tadi dimenangi oleh dirinya. Rasa tak percaya pula dia berjaya
mengalahkan pelajar terbaik sekolah.
“Bangga
la tu...” Ejek Shazrina apabila perasan wajah Aliff yang tersengih-sengih sejak
keputusan pertandingan mereka tadi diwar-warkan...
“Mesti
lah.. Bukan selalu dapat kalahkan best student..” Usik Aliff.. Shazrina
mencebik.. Malu pon ada apabila dia kalah dengan pelajar kelas paling corot.. Tapi,
apabila ditilik sebenarnya Aliff bukanlah tidak pandai tetapi hanya malas
sebelum ini.. Betul kata Farah!
“Eleh...
Macam pandai sangat..” Bebel Shazrina perlahan namun masih didengari oleh Aliff..
Aliff tersengih cuma mendengar bebelan dari Shazrina.
“Kalo
saya tak pandai... awak lagi tak pandai sebab awak kalah dengan saya!” Giat Aliff
lagi dengan ketawa riang.. Suka dia kalau dapat mengenakan Shazrina.. Tak
sangka selepas hampir 11 tahun belajar disekolah akhirnya merasa juga dia
perasaan gembira ke sekolah. Selama ini, dia sibuk membuat perangai demi untuk
dibuang sekolah... Baginya sekolah adalah suatu yang membosankan dan tidak
menarik.
“Ooo
tak pe.. Kita tengoklah lepas ni sapa lebih pandai...” Jawab Shazrina tidak
puas hati.
“Okey
fine.” Suasana sunyi seketika selepas balasan dari Aliff.
“Shaz...”
Panggil Aliff perlahan demi mengusir suasana yang tiba-tiba menjadi kaku antara
mereka. Shazrina memandang kearah Aliff... Mengguna kuasa matanya meminta Aliff
menyambung kata-kata.
“Kita
punya percubaan dah dekatkan...” Aliff berkata dengan nada yang teragak-agak.
Shazrina menghentikan langkah lalu memandang wajah Aliff dengan kerutan
didahi.. Tidak faham apa yang cuba Aliff sampaikan kepadanya.
“So?”
Soal Shazrina ringkas..Ais krim ditangannya terus dinikmati dengan lahap...
“Sudi
tak awak...............” Ayat Aliff yang agak tergantung itu buat dada Shazrina
bergelora. Dia nak luahkan perasaan ke? Shazrina menelan liur satu persatu... Cuba
menenangkan rasa getar didalam jiwa. Kalau dia luahkan perasaan nak jawab apa?
Terus terima atau jual mahal?
“Sudi
tak apa?” Shazrina memberanikan diri bertanya. Aliff menarik nafas panjang
untuk meluahkan keinginan dihatinya. Wajah Shazrina dipandang serius.
“Kalo
saya berjaya masuk dalam top 10 result keseluruhan percubaan nanti, sudi tak
awak jadi girlfriend saya?” Aliff membalas laju.. Tebal rasa kulit wajahnya
meluahkan isi hati yang terpendam. Shazrina diam.. Wajahnya turut memerah
menahan malu.
“Boleh
tak?” Tanya Aliff lagi. Shazrina diam. Cuba menimbang baik buruk perkara yang
bakal dibuat. Kalau ikutkan hati memang dia sudah mula menyukai Aliff tetapi
bukankah mereka bakal menempuh SPM tidak lama lagi.. Satu keluhan perlahan
dilepaskan. Aliff dapat merasa Shazrina tidak menerima tawarannya mungkin gadis
ini tiada perasaan padanya.
“Boleh..”
Jawapan pendek lagi ringkas dari Shazrina mengejutkan Aliff... Terkebil-kebil
dia melihat kearah Shazrina dengan wajah yang tidak percaya. Melompat
kegembiraan Aliff mendengar persetujuan Shazrina untuk menjadi kekasihnya
sekiranya dia berjaya tersenarai dalam top 10 pelajar terbaik sekolah.
BAB 16
Shazrina
berdebar-debar sendiri... Bukan keputusan percubaannya yang dirisaukan tetapi
Aliff... Adakah Aliff berjaya menempatkan diri dalam top 10 pelajar terbaik di
sekolah mereka?
“Asal
kau nampak nervous semacam je? Aku rasa kita dah boleh agak kau dapat nombor
satu melalui markah-markah yang kau dapat.” Tegur Farah... Jelas dimatanya
Shazrina kelihatan gabra untuk melihat keputusan yang sudah pon ditampal pada
papan kenyataan..
“
Bukan result aku yang dirisaukan sekarang...”
“Habis
tu result siapa? Baik bebenor kau tolong risaukan result orang lain...” Sela
Farah selamba.. Ketawa mengekeh dirinya dengan kata-kata sendiri.. Shazrina
tersengih cuma.. Agak terhibur dengan kata-kata lucu dari Farah.
“Aliff...”
“Dah
kenapa kau nak risau result dia?” Potong Farah cepat apabila Shazrina
melontarkan segaris nama lelaki yang disukainya.. Hatinya mula tidak senang
melihat sikap Shazrina yang kononnya nervous untuk melihat keputusan Aliff....
Siapa Shazrina untuk gabra lebih berbanding Aliff? Mengada-ngada jer lebih!
Kutuk hati Farah tatkala hatinya diamuk rasa cemburu.
“Kalau
aku bagitau kau jangan terkejut...” Permulaan ayat dari Shazrina buat Farah
mula berdebar.. Terasa boleh mengangak apa yang bakal Shazrina luahkan padanya.
“Kenapa
aku mesti terkejut? Ceritalah.” Suruh Farah... Satu senyuman kurang ikhlas
dilemparkan kepada Shazrina.. Hatinya sudah mula menggelegak meskipun perkara
sebenar belum lagi terluah.
“Aku
akan jadi girlfriend Aliff kalo dia berjaya tersenarai top 10 sekolah.” Jelas
Shazrina... Farah yang mendengar kata-kata Shazrina terhenti langkahnya.
Dipandang wajah Shazrina dengan riak terkejut namun jauh dihatinya terasa amat
terbakar.
“Tengok
kau pon terkejut...Aku rasa aku dah mula suka kat dia... Dia tak sama seperti
yang aku bayangkan sebelum ni.” Sambung Shazrina perlahan.. Farah diam disebelah
Shazrina tanpa berkata apa-apa.. Shazrina menjeling kearah Farah sambil
mengerutkan dahinya... Pelik apabila mendapat respon bisu dari kawan baiknya.
“Kau
kenapa diam je? Tak nak komen apa-apa ke? Okey ke tak okey ke?” soal Shazrina
pelik.
“Ikut
kau la Shaz... Kalau kau rasa okey, okey la... Kalau tak okey tak kan kau
terima dia kan...” Balasan dingin dari Farah buat Shazrina tersentap.. Aik
kenapa Farah macam marah je? Dia cemburu ke? Entah-entah dia ada hati pada
Aliff..
“Kau
suka Aliff ke?” Soal Shazrina teragak-agak... Dipandang wajah Farah.
“Apa
pulak kau merepek? Mana ada.” Dalih Farah apabila mula menyedari dia terlalu
emotional.
“Dah
tu asal macam cemburu jer..” Bidas Shazrina.
“Aku
bukan cemburu... Tapi ye la kitakan dah nak SPM tapi kau boleh pulak nak
bercintan-cintun masa nak exam nih.. Karang hilang pulak focus nak exam.” Farah
beralasan.. Mustahil dibiarkan Shazrina tahu rasa hatinya lagi-lagi apabila
melihat Aliff dan Shazrina semakin rapat semenjak dua menjak ini.. Malah dia
dapat rasakan Aliff menyukai Shazrina bukan dirinya.. Mustahil dia mahu
memalukan diri disaat dirinya hanyalah insan ke 3 dalam hubungan mereka..
“InsyaAllah
aku akan cuba tidak hilang focus...” Balas Shazrina lembut.. Apa pon yang
berlaku dia akan letakkan Aliff nombor 3 didalam hidupnya kerana yang pertama
dia akan utamakan mama dan papa, kedua pelajaran dan yang ketiga barulah Aliff.
Ketika
Shazrina dan Farah tiba dipapan kenyataan pada waktu rehat kelihatan beberapa
pelajar turut ada untuk melihat keputusan masing-masing.. Terselit Aliff dari
salah seorang pelajar berkenaan... Lelaki itu kelihatan tidak sedar dengan
kehadiran Shazrina dan Farah.
“Dah
tengok result macam mana?” Tegur Shazrina sambil berdiri disebelah Aliff..
Aliff sedikit tesentak dengan sapaan tanpa salam. Kelihatan Farah turut serta
berada disebelah Shazrina dan seperti biasa gadis itu menghadiahkan senyuman
manis menggula kepadanya.
“Belum...
Awak?” Balas Aliff bersama soalan yang ringkas.. Hatinya cukup berdebar-debar
untuk mengetahui keputusan percubaan SPM.
“Belum...”
Jawab Shazrina pendek.. Sama-sama berdebar untuk melihat keputusan dia dan
Aliff.
“Jangan
risaulah Aliff... Mesti result awak okey punya...” Farah memberi kata semangat.
Senyuman bertenaga dihadiahkan kepada Aliff agar lelaki itu lebih kuat.
“Harap-haraplah...”
Aliff mara ke papan kenyataan setelah tiada lagi pelajar menanti giliran untuk
melihat keputusan. Aliff melihat satu persatu keputusan yang ada.. Dilihat
dahulu keputusan kelas 5 Perdagangan... Alhamdullilah dia masih kekal nombor
satu. Kemudian matanya beralih pula pada keputusan keseluruhan tingkatan 5... Mencari
satu persatu namanya...
“Shaz....”
Panggil Aliff lembut. Shazrina segera menghampiri Aliff lalu melihat apa yang
ditunjukkan Aliff kepadanya.
“10.
Muhammad Aliff Iskandar bin Mahmood...” Baca Shazrina perlahan... Matanya
seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihat.. Digosok matanya
berkali-kali untuk mengesahkan kebenaran apa yang dilihat..
“Tahniah....”
Ucap Shazrina gembira.. Dia tumpang senang dengan kejayaan Aliff yang cukup
membanggakan.. Hanya dengan 4 bulan sahaja Aliff berjaya membawa dirinya masuk
dalam lingkungan pelajar terbaik sekolah.
“Terima
kasih....” Balas Aliff gembira.. Masih belum percaya yang dia mampu buat
sebegini baik.. Patutlah orang kata usaha tangga kejayaan.. Kalau tak usaha
memang tak tahu macam keputusan yang bakal diperolehi.
“Awak
kekasih sayakan....” Tambah Aliff lagi sambil merenung dalam mata Shazrina..
Shazrina mengangguk dengan senyuman mesra.. Dua hati yang saling menyukai
antara satu sama lain telah pon bersatu... Supaya hubungan mereka kekal ke
jinjang pelamin meski pon masih awal untuk bincangkan perkara itu. Namun tanpa
mereka sedar, Farah yang melihat babak cinta yang mula memekar menjeling penuh
rasa marah dan dengki.. Terasa tidak adil apabila Shazrina berjaya merebut
cinta Aliff sedangkan dia mempunyai pakej yang lebih baik daripada Shazrina.
“Nah.....”
Hulur Aliff semasa dia dan Shazrina sama-sama menikmati hidangan pada waktu
rehat... Bilangan pelajar mulai berkurang di kantin apabila masa rehat tinggal
lagi 10 minit. Shazrina teruja dengan pemberian dari Aliff.. Meski pon tidak
mahal tetapi asalkan datangnya dari Aliff buat hatinya gembira.
“Apa
ni...” Soal Shazrina sekadar berbasa-basi. Cuba menutup perangai gelojoh meski
pon dia sangat excited dengan barang yang diberikan oleh Aliff.
“Awak
tengoklah...” Suruh Aliff. Beg kertas pemberian Aliff ditilik dan dikeluarkan
sesuatu dari beg bekenaan.
“kek?
Kek apa ni?”
“Kek
keju.. Cubalah rasa.. Sedap tak...” Suruh Aliff. Shazrina memotong kecil kek
keju itu lalu dimasukkan kedalam mulutnya... Hmmm... Sedapnya. Lembut dan cukup
rasanya.. Apabila terkena lidah terus cair kek yang dimakan..
“Sangat
sedap... Awak beli kat mana ni?” Balas Shazrina dengan wajah yang berseri-seri.
Kalo bab makan jarang wajahnya menjadi kelat... Dia memang suka aktiviti
makan-makan tetapi sayang dia tidak pandai memasak... Kalau tak pasti dicuba
semua resepi makanan yang ada didunia ini.
“Beli?
Saya yang buat kek tu.... Okey?” Jawapan dari Aliff yang selamba buat Shazrina
terkejut... Gila pandai mamat ni bab masak memasak.. Patut dia marah benar
kalau orang perlekehkan bidang masakan.
“Ni
bukan okey... Sangat okey!!” Puji Shazrina melambung-lambung.. Bukan kerana
Aliff kekasihnya tetapi kerana memang dia sukakan kek pemberian Aliff.. Teramat
sedap pada deria rasanya.
“Iye
la tu... Pandai ek bodek..” Usik Aliff.
“Mana
ada bodek... Memang sedap pon... Pandai awak buat.. Memang boleh bukak kedai
lah kalau dah macam ni..”
“Amin..”
jawab Aliff pendek dengan kata-kata akhir Shazrina.. Senang hatinya melihat
Shazrina suka dengan kek buatannya. Semoga cita-citanya tercapai. Itulah doanya
kehadrat Ilahi selama ini.