BAB 7
Ifran bersantai ditepi tasik yang luas sambil memerhati permandangannya
yang begitu menarik sekali. Kawan-kawannya Ahmad dan Zarif sedang menjamu
keropok lekor panas yang dibeli dari pasar malam tadi. Sesekali dia membaham
satu ketul. Memang sedap makan benda yang panas sebegini di waktu petang yang
berangin.
“Kau balik bila cuti sem ni? Ke kau tak balik?” Zarif
memecahkan kesunyian diantara mereka. Dia masih khusyuk menelan keropok lekor
panas kegemarannya tu
“ Berani kau tanya
soalan macam tu Rif... mestilah aku balik. Mau menangis mak aku kalau anak
kesayangannya ni tak balik”. Seloroh Ahmad. Jejaka dari Kelantan itu memang
suka benar membuat lawak.
“ Iye la kau tu... Entah-entah mak kau berdoa siang malam
tak nak bagi kau balik...”. Bidas Ifran. Mereka bertiga memang sudah rapat dari
semester satu lagi. Kebetulan mereka mengambil jurusan yang sama dan tinggal di
bilik yang sama menjadikan hubungan mereka semakin rapat.
“ Agak-agak la bro...... Lain la kau ada bini menunggu
kau balik”. Selamba Ahmad mengenakan Ifran balik. Ifran ada cerita padanya
tentang situasi rumah tangganya dan rancangannya untuk kembali kepada Atikah.
Tapi dia tidak sokong perkara itu. Baginya, Ifran mesti bertanggungjawab dengan
apa yang dilakukan. Selepas melafazkan akad nikah, Umairah sudah menjadi
tanggungjawab lelaki itu sepenuhnya. Jahat ke baik ke suke atau tak, nak tak
nak itu memang tanggungjawab seorang suami. Sekiranya isterinya seorang yang
tidak elok perangainya, dia seharusnya mendidik isterinya kejalan kebaikan.
Perkahwinan bukanlah tentang cinta semata-mata. Itulah pendapatnya.
“ Banyak kau menunggu. Penunggu ada la dia tu”. Kutuk
Ifran. Memang dia betul-betul benci terhadap gadis itu. Tak ada langsung
sekelumit rasa suka terhadap Umairah apatah lagi sayang... Cinta jauh sekali.
“Eh kau ni...Penunggu-penunggu pun bini kau. Bukan bini
aku mahupun bini Ahmad.” Zarif pula menyampuk...
“Memang la bini aku bukan bini kau mahupun bini Ahmad...
Aku tak kata pun tu bini kau mahu pun bini Ahmad”... Ulang Ifran perkataan yang
sama berulang kali. Saja nak perkena Zarif. Mereka sama-sama tergelak dengan
ayat Ifran yang terakhir.
“ Umairah tu orang Terengganu kan... Kau balik Terengganu
ke?”Soal Zarif dengan nada yang mula serius. Keropok lekor itu sudah habis
dimakan. Kini masanya untuk menyedut minuman berais pula. Lega rasanya tekak.
“ Tak de maknanya aku nak ikut dia balik Terengganu. Baik
aku tinggal dekat kolej dari duduk kat kampung dia tu.” Tingkah Ifran. Anti sungguh
dia dengan Umairah. Sebelum ini, ketika dia bercinta dengan Atikah, dia dan Umairah
sangat rapat. Dia sering bertanya itu dan ini tentang Atikah melalui Umairah.
Sebab itulah apabila Umairah menuduh Atikah curang, dia mudah percaya kerana hubungannya
yang amat rapat dengan Umairah.
“Amboi...Sombong... Nanti apa pulak kata mak mertua kau.”
Ahmad tidak puas hati. Nak kena marah ni.
“Nak buat apa risau pasal mak dia. Baik risau pasal mak
aku. Tu yang paling pentingkan...” Balas Ifran selamba.. Bercakap tentang Umairah
buat hatinya mudah panas . Tak boleh sejuk.
“ Memang la.... Tapi kau kena pentingkan dia dan famili
dia jugak. Diakan menantu pilihan mak kau. Mesti lah mak kau tak kisahkan. Aku
rasalah mak kau pun fikir benda yang sama macam aku.” Nasihat Ahmad. Antara
mereka bertiga Ahmad lah yang paling alim sekali. Kalau sembahyang bersama-sama
Ahmad lah yang akan jadi imam.
“ Ala kecoh la kau ni. Dari aku balik rumah dia baik aku
bawak balik dia rumah aku. Tapikan mustahil dia nak balik rumah aku. Dia tu kan
tak suka dengan aku.”
“Ala apa susah beb.......Kau bukannya hodoh
sangat...Tackle la dia...Kalo berjaya semestinya dia tak anti dah dengan kau...”.
Zarif cuba menyampuk dengan lawak bodoh. Tidak mahu suasana menjadi tegang
gara-gara Umairah. Dulu dia ada jugak rasa minat terhadap Umairah apatah lagi Umairah
selalu juga lepak dengannya dan Ifran. Dari situ dia dapat mengenali Umairah...
Tetapi, selepas apa yang jadi kepada Atikah dan Ifran buat dia terus berubah
hati. Dia pantang dengan orang macam tu. Sanggup menikam kawan sendiri dari
belakang. Kalau kawan baik pun dia boleh buat cam tu... Orang lain apatah lagi.
“ Aku ni memanglah hensem....Aku tahu kenyataan tu..”.Balas
Ifran sambil ketawa. Ahmad dan Zarif
menjuihkan bibir.
“ Boleh tahan pekak jugak telinga kau ni If! Rif kata kau
tak hodoh bukannya hensem.. Perasan la kau ni”. Sindir Ahmad sambil
menggeleng-gelengkan kepalanya.
“ sama la maksud dia tu. Kau tu jeles kan.”
“Aku bukan apa, setekat nak mengorat minah tu sampai dia syok
gila kat aku tak de masalah la.. Tapi masalahnya aku ni yang tak hingin nak pikat
dia. Dari aku tackle dia baik aku tackle kau Mad...”. Ifran bergurau namun serius.
“ Sorry....Aku tak berminat kaum sejenis”. Tolak Ahmad
sebelum menyambung kembali kata-katanya.
“ Tak payah berlagak sangat la If. Si Umairah tu aku
tengok bukannya jenis layan sangat lelaki. Aku rasa betul kot kata-kata dia,
tunggu malaysia bersalji baru dia suka dekat kau... kalau lah betul dia senang
nak jatuh cinta dekat kau mesti dia dah ada perasaan pada kau masa korang
berkawan dulu. Ini tak, dia sendiri cakap dia kawin dengan kau pasal Atikah.
Berangan je la kau.” Panjang lebar Ahmad berkata.
“ Bagus la macam tu. Aku pun tak nak perempuan berbahaya
macam dia tu suka dekat aku. Tak tenang hidup aku nanti.” Acuh tak acuh Ifran
menjawab.
“ Tapi kenapa ye
dia cakap Atikah punca dia kawin dengan kau. Tak paham aku. Atikah tu punya la
baik.” Soal Zarif yang masih tertanya-tanya motif Umairah. Atikah tu cukup
cantik orangnya malah seorang yang sangat baik. Tapi sayang, dia ditikam oleh
kawan baik sendiri. Sungguh menyedihkan.
“Entah la aku... Perempuan
tak malu macam dia tu, kau pun boleh jadi reason dia nak kawin dengan aku.”
Ifran malas nak fikir. Kata-katanya yang agak melucukan itu mendatangkan ketawa
rakan-rakannya.
“Eh.. Dah-dah la cakap pasal dia.. Tersedak karang minah
tu.” Ifran mahu menghentikan perbualan tentang Umairah. Buat apa bercerita
tentang sesuatu yang menyakitkan hati. Membazir masa sahaja.
“ Caring nampak.” Usik Ahmad dengan ketawa riang. Bibirnya
melebarkan senyuman nakal. Ifran buat muka tiada perasaan dengan usikan itu. Namun
dia tidak menjawab. Lagi dijawab lagi banyak yang dia terkena nanti.
“ Aku rasa la.... Sebelum si Umairah tu suka kat kau....Kau
dulu yang tergila-gilakan dia.”. Tembak Zarif pula. Zarif turut ketawa dan ketawanya
bergabung dengan ketawa Ahmad. Sengaja mereka mengenakan Ifran.
BAB 8
Deringan telefon diatas meja study betul-betul mengganggu
Umairah yang sedang berehat diatas katil. Dia kurang sihat hari ini. Dia di
serang demam dan gastrik sekali gus. Mahu pitam rasanya. Hampir 3 kali dia
masuk keluar toilet untuk memuntahkan segala isi perutnya. Roomatenya ada
mengatakan ingin membawanya ke klinik namun ditolak dengan baik. Dia memang
tidak suka ke klinik. Pasti macam-macam yang difikirkan. Umairah memanjangkan
tangan demi mengambil telefon yang tidak berhenti-henti berbunyi. Dia menjawab
panggilan tanpa melihat pemanggilnya.
“ Hello...Assalamualaikum.” Soal Umairah lemah. Badannya tidak punya tenaga kerana tidak menyentuh
sebarang makanan.
“ Apasal lembab sangat angkat phone....” Marah Ifran.
Hampir tiga kali dia cuba menghubungi gadis ini namun satu pun tidak berangkat.
Apa Umairah fikir dia banyak sangat masa dan kredit.
Umairah terkedu dihujung talian. Tak ada ribut, tak ada
taufan tiba-tiba sahaja Ifran menelefonnya dengan nada marah. Umairah bingkas
bangun lalu menyandarkan badannya yang lemah pada kepala katil. Sedikit
sebanyak badannya menjadi lebih sihat apabila mendengar suara Ifran. Rasa marah
dalam diri membuatkan dia lupa rasa sakit yang bertandang.
“ Kot ye pon nak marah jawab la salam dulu...” Tempelak Umairah
geram. Entah apa-apa je jantan ni.
“ Ehh... Kau tak payah nak berlagak baik. Aku dah jawab
dalam hati tadi.” Tipu Ifran. Mustahil di biarkan harga dirinya jatuh dimata Umairah.
Dia lekas menjawab salam didalam hati.
“Apahal telefon aku? Dapat kredit free ke?” Sindir Umairah.
Mana mungkin lelaki ini nak menelefonnya. Mungkin jijik nak mendengar suaranya.
“ Aku nak jumpa kau sekarang. Kat tempat parking bawah
asrama kita nih.” Arah Ifran. Dia terus ke topik utama. Tiada masa nak bergaduh
dengan perempuan tak guna ini.
“ Sekarang? Esok je la.. Aku ada hal ni.” Dalih Umairah.
Dia sebenarnya tidak larat untuk bertemu dengan suaminya. Memanglah dekat sahaja
tempatnya tetapi dalam keadaannya sekarang ni, dia memang tidak mampu.
“ Kau jangan nak banyak songeh! Aku kata sekarang, maksudnya sekarang la. Apa
kau ingat aku nak sangat jumpa kau?” Jerkah Ifran kuat supaya Umairah mengikut
kata-katanya.
“ Hei suka hati akulah. Nasib baik aku setuju nak jumpa
kau. Itu pon dah cukup baik!” Umairah turut berkeras. Dia tak akan biarkan
Ifran sesuka hati mengarahkan itu dan ini kepadanya. Lelaki ini memang berbakat
dalam sakitkan hati orang, entah macam manalah si Atikah tu boleh
tergila-gilakan lelaki tak berguna macam ni. Menyesal pulak kawin dengan Ifran.
Ingatkan baiklah sangat.
“ Amboi amboi amboi, kau jangan nak melampau. Aku kata
datang jumpa aku sekarang maksudnya sekarang. Kenapa? Kau takut nak jumpa aku
ke?” Ifran mengguna teknik lain. Sengaja memprovok Umairah. Dia tahu gadis ini
pantang diprovok.
“ Eh please la. Kejap lagi aku datang. Dah dah dah.... Buat sakit telinga je cakap
dengan kau lama-lama.” Marah Umairah di corong telefon. Ifran ditalian sana
tersenyum sumbing. Tahu sangat cara untuk berurusan dengan Umairah. Mereka
memutuskan talian. Umairah bergegas ke
bilik air demi membersihkan wajahnya. Dia mahu kelihatan segar supaya wajah
pucatnya tidak dilihat Ifran. Dia tidak mahu ditindas Ifran kerana wajahnya
yang tidak bermaya. Melihat Umairah bersiap-siap mendatangkan tanda tanya
dihati Aini, teman sebilik Umairah.
“ Kau nak pergi mana. Dah sihat ke?” Soal Aini yang
menyandar badan pada kepala katil. Dia sedang membaca novel andai itu
takdirnya. Asyik menangis sahaja dari tadi.
“ Aku nak turun bawah kejap. Laki aku nak jumpa.” Balas Umairah
ringkas. Dia mengambil barang-barang yang perlu. Aini yang mendengar jawapannya
tersenyum penuh makna...
“ Hai orang dah kahwin macam tu la. Bila suami nak jumpa
terus hilang sakit tu.” Usik Aini dengan sengihan nakal. Terasa aura romantik
dengan kata-kata Umairah itu tadi. Umairah sekadar tersenyum tawar. Dia malas
mahu melayan usikan temannya itu disamping
tekaknya terasa amat perit malah tenaganya juga terasa tidak mencukupi.
Kepalanya terasa berpinar. Mungkin orang lain akan sihat kalau mahu berjumpa
dengan suami...Tapi tidak dia, terasa makin sakit ada lah. Hampir 15 minit
kemudian dia bergegas ke parking yang di maksudkan. Suasana yang panas terik
sekali lagi menyakitkan kepalanya. Makin kuat denyutan dikepala sekaligus
mengganggu konsentrasinya.
“ Assalamualaikum....” Tegur Umairah apabila wajah Ifran
mula terlayar dimatanya. Langsung tiada senyuman dihadiahkan kepada lelaki itu,
dia lebih senang menayang wajah cemberut daripada bermanis-manis muka dihadapan
kekasih Atikah. Dari ekor matanya dia dapat melihat Ifran sedang memandang
kearahnya sambil menyandar badan tinggi lampainya itu pada kereta miliknya. Pasti
Ifran baru balik dari sesuatu tempat. Baru lepas bertemu Atikah barangkali! Teka
Umairah rambang. Ifran jawab salam yang diutarakan dengan perlahan.
“ Nak apa?” Umairah bertanya ringkas. Malas membazir
tenaga. Tenaga yang hanya tinggal secubit itu perlu dijimatkan sebaiknya. Dia
memandang lama wajah kacak milik Ifran agar jejaka itu membalas pertanyaannya
dengan segera. Ifran tatap wajah pucat Umairah. Lama. Jelas dimatanya kelihatan
Umairah agak menggigil seolah-olah menahan kesejukan padahal suasana begitu
panas sekali.
‘Ketagih dadah ke apa minah ni. Menggigil tengah-tengah
panas terik macam ni.’kutuk Ifran didalam hati.
“Mak aku ajak kau balik rumah hujung minggu ni. Kan dah
nak start cuti.” Ifran menyampaikan pesanan ibunya yang baru diterima semalam. Mustahil
itu pesanannya. Umairah diam. Otaknya ligat berfikir sejenak. Menimbang
kata-kata Ifran sebelum membuat keputusan.
“Kau beritahu mak kau, aku tak boleh balik rumah dia
minggu ni.” Jawab Umairah. Baru ingin menyambung ayatnya, Ifran sudah
memerlinya macam-macam.
“ Kenapa aku pulak nak kena bagitahu. Kau tepon lah
sendiri mak aku. Dulu bukan main kau rajin menyinggah rumah aku. Tapi lepas kawin malas
pulak....” Herdik Ifran dengan wajah sinis. Puas hatinya dapat menyakitkan hati
Umairah. Perasaan Umairah mula mendidih... Geram dengan tuduhan melulu Ifran
padanya sedangkan dia masih belum habis menuturkan kata.
“ Aku dah beli tiket la bodoh...” Marah Umairah
berapi-api. Dia sudah tidak peduli dengan siapa dia bercakap saat ini. Sakit
hatinya dengan ejekan Ifran. sudah la kepalanya sakit, mulut Ifran pula melaser
tak kena masa.
“ Apa kau panggil aku? Bodoh? Kau tu la yang bodoh! Dasar
perempuan tak sedar diri. Perosak kebahagiaan orang. Pentingkan diri sendiri....”
Tengking Ifran puas. Dah lama dia menunggu saat-saat untuk memaki hamun Umairah.
Umairah tersentap dengan amarah suaminya yang tiba-tiba. Rasa pening makin mencucuk-cucuk
dikepalanya dengan jerkahan kasar lelaki itu.
“ Mulut tu elok-elok sikit, karang ada jugak yang makan
penampar sekali lagi.” Turun naik dada Umairah melempiaskan rasa marah. Suasana
terasa makin kecil dimatanya. Wajah Ifran kian kelam dan badannya mula
terhuyung- hayang. Tak sampai beberapa detik dia kemudiannya tidak sedarkan
diri lagi.
Ifran terkejut melihat Umairah yang tiba-tiba terkulai
dihadapannya. Cepat-cepat badan kecil molek milik Umairah dihampiri. Dia tidak
tahu apa yang perlu dilakukan memandangkan ini kali pertama dia melihat orang
pengsan betul-betul dihadapannya. Dia memangku tubuh Umairah yang tidak
sedarkan diri. Ditampar-tampar lembut pipi Umairah beberapa kali bagi
menyedarkan wanita itu.Tangannya menjamah dahi gadis itu. Panas! Tidak tahu apa
yang patut dibuat, akhirnya Ifran mengangkat Umairah lalu di masukkan kedalam
keretanya. Destinasinya hanya satu iaitu hospital.
Ifran memandang wajah doktor wanita yang berusia 35 tahun
dalam anggarannya itu tepat. Dia mendengar satu persatu penerangan doktor itu
tentang kesihatan isterinya.
“ Puan Umairah di serang gastrik dan demam panas
serentak. Jadi badannya sangat lemah sekarang. Jadi malam ini, puan Umairah
akan ditahan di hospital. InsyaAllah kalau esok dia dah sihat, dia dah boleh
balik.” Doktor Munira berkata lembut. Ifran terangguk-angguk. Faham kata-kata
doktor muda itu. Dalam hatinya sempat mengutuk Umairah. Padan muka. Itulah
lawan lagi cakap suami, kan dah dapat tulah!
“ Nanti bila dia dah sihat, pesan dekat dia supaya jaga
waktu makan. Dia jadi macam ni sebenarnya pasal gastrik. Kalau tak jaga waktu
makan memang jadi macam ni lah.” Kata doktor muda itu lagi.
“ Encik Ifran boleh la balik sekejap ambik pakaian untuk
puan Umairah.” Pesan doktor lagi.. Dia memandang wajah kacak milik lelaki di
depannya. Bertuah Umairah dapat suami seperti ini. Desis hati doktor muda itu.
Dia mahu berlalu ke biliknya sekarang.
“ Terima kasih doktor....” Ucap Ifran. Dia sekadar
menghantar pemergian doktor dengan pandangan matanya. Ifran memandang wajah
pucat Umairah yang terbaring lesu diatas katil hospital. Hatinya terdetik
simpati namun rasa benci terhadap gadis itu mencantas segala perasaan itu. Dia
duduk di sebelah katil Umairah. Memikirkan cara untuk mendapatkan bekalan pakaian
dan peralatan lain milik Umairah. Dia tidak kenal dan tahu siapa teman bilik Umairah
sekarang. Setelah agak lama mencongak, akhirnya Ifran mendapat idea yang bernas.
Tetapi dia tidak pasti sama ada gadis itu mahu membantunya atau tidak. Namun
itu sahaja caranya kini. Ifran menelefon Atikah. Beberapa panggilan dibuat barulah
gadis itu sudi menjawab panggilannya.
“ Assalamualaikum.” Sapa Ifran pada telefon bimbitnya.
Dia mendengar Atikah menjawab malas salam yang diberi. Tahu sangat yang Atikah
tidak mahu melayannya lagi. Segalanya sudah tidak seperti dulu lagi. Semuanya kerana
sikap pentingkan diri Umairah. Sempat matanya menjeling marah kearah Umairah
yang belum sedarkan diri itu.
“ If nak apa?” Soal Atikah. Terus ke topik seterusnya.
Dia memang suka dapat panggilan lelaki itu namun dia cepat sedar yang pemanggil
itu adalah suami kepada sahabat baiknya. Dia harus terima kenyataan itu.
“ Boleh minta tolong tak?” Ifran terus kepada tujuan
utamanya. Dia perlu lupakan perasaannya terhadap Atikah buat masa ini.
Tanggungjawabnya ini lebih penting. Buruk macam mana pon hubungannya dan
Umairah, kenyataan dia suami wanita itu tetap tidak boleh berubah. Jadi, dia
perlulah menggalas tanggungjawabnya sebagai suami dengan baik meski pun hatinya
tidak ikhlas.
“Pasal ape pulak?” Nak tak nak sahaja Atikah bertanya.
Ada-ada saja Ifran ni. Dia merasakan panggilan itu sekadar alasan untuk Ifran
untuk berbual dengannya. Namun jauh dari sudut hatinya dia suka dengan
panggilan tak terduga ini. Terasa aura cinta mula memekar didalam sanubari.
“ Awak tahukan dekat mana bilik kawan baik awak tu?” Soal
Ifran. Atikah berfikir sekejap. Kurang mengerti pertanyaan ringkas daripada
bekas kekasihnya.
“Kawan baik? Siapa?” Soal Atikah. Tidak tahu siapa yang Ifran
maksudkan.
“ Kawan baik kesayangan awak tu la.” Balas Ifran malas.
Buat sakit hati saja bila bercakap tentang Umairah. Kadang-kadang menyebut nama
wanita itu pun dia tidak sudi. Perasaan bencinya terhadap Umairah telah
mengatasi segala-galanya.
“ Mai ke? Takkan awak tak tahu kat mana bilik isteri
awak.” Pantas Atikah membalas. Faham akhirnya maksud kawan baik yang ditekankan
oleh Ifran. Nampaknya perasaan benci terhadap Umairah masih lagi menggunung
dihati Ifran. Lelaki itu langsung tidak mahu menyebut nama gadis berwajah putih
bersih itu.
“ Saya tahu. Tapi saya tak boleh pergi sana.” Balas Ifran
perlahan. Dia mengerling kearah Umairah. Mungkin Umairah sudah tersedar. Namun
gadis itu masih beku di pembaringannya.
“ Kenapa?” Soal Atikah. Rasa ingin tahu melonjak naik.
Segala tanggapannya terhadap Ifran tadi hilang begitu sahaja. Ditadahnya
telinga untuk menanti balasan seterusnya daripada Ifran.
“ Tolong packing barang selama dua hari dekat dia, termasuklah
ubat gigi n berus gigi semua tu. Dia dekat hospital sekarang ni.” Terang Ifran
satu persatu. Atikah dihujung talian terkejut besar. Mahu terlepas rasanya
telepon ditangan mendengar kata-kata Ifran.
“ Mai dekat hospital? Kenapa? Apa awak dah buat sampai
dia masuk hospital?” Mulut Atikah menghamburkan persoalan. Berdebar-debar
jantungnya menanti balasan Ifran. Terus pelbagai andaian yang tidak elok
bermain dimindanya.
“ Hei apa awak merepek ni? Dia pitam tadi, demam.” Balas
Ifran sambil ketawa kecil. Dia seolah boleh membaca fikiran Atikah tentang
dirinya. Pasti Atikah fikir dia mencederakan Umairah. Dia tak sejahat itu lah.
“Ooooo.......Sorry sorry. Awak dekat hospital mana. Kejap
lagi saya sampai.”
“Saya dekat hopital UKM ni.” Balas Ifran. Belum sempat
lagi Ifran mengatakan bilik mana, Atikah sudah mengutarakan salam lalu
memutuskan talian mereka. Ifran sekadar tersenyum dengan perangai gelabah Atikah
yang dirasakan comel itu. Namun senyumannya mati tatkala melihat wajah
dihadapannya saat ini. Wajah yang menyusahkan hidupnya selama ini.
BAB 9
Umairah membuka matanya perlahan-lahan. Badannya yang
terasa lemah kini sedikit bertenaga. Dia melihat wayar yang bersambung pada
lengannya. Dia yakin, pasti kini dia berada di hospital namun dia tidak berdaya
untuk berfikir bagaimana dia boleh sampai dan berbaring disitu. Dia dapat
melihat 2 wajah yang amat dibenci sedang tegak berdiri dihujung katil.
Wajah-wajah itu seolah-olah sedang bersorak gembira melihat dia terbaring lemah
disitu.
“ Kau okey Mai.... Nak minum ke?” Soal Atikah lembut. Risau
sungguh hatinya melihat keadaan Umairah. Hampir 4 jam Umairah tidak sedarkan
diri. Ifran sekadar mendiamkan diri, tidak berminat untuk mengetahui kondisi
isterinya. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia beredar selepas Atikah datang
menghantar barang keperluan Umairah namun tak jadi apabila Atikah memaksanya
untuk menunggu sehinggalah Umairah sedar.
Umairah diam sambil memandang wajah Ifran dan Atikah
silih berganti. Dia kabur dengan situasi saat ini. Atikah menuang air mineral
yang dibeli ke dalam gelas yang ada di hospital itu. Dia menghulurkan gelas itu
kepada Umairah yang memandang kearahnya dan Ifran silih berganti. Hatinya terbit
rasa risau. Janganlah Umairah cemburu mahu pun salah faham melihat dia dan Ifran
berada disitu. Kalaulah dia tahu macam ni, dia sepatutnya membiarkan sahaja Ifran
beredar pergi. Umairah memandang sinis kepada huluran minuman yang dihulurkan
oleh Atikah kepadanya. Tak ingin dia menyambut huluran yang entah ikhlas entah
tidak dari wanita itu.
‘Berlagak suci murni pulak minah ni!’ bentak Umairah
didalam hati sambil menepis tangan Atikah. Walaupun tidak sekuat mana namun
gelas plastik itu tetap terpelanting di atas lantai. Atikah kaku dan terkejut. Terkilan
sungguh perasaannya melihat tingkah laku Umairah padanya waktu ini. Apa silapnya
sehingga begini layanan yang diterima dari Umairah. Salah ke dia mahu melayan
Umairah dengan baik? Melihat tingkah laku Umairah yang kurang ajar itu
membuatkan hati Ifran geram sendiri. Dasar perempuan tak mengenang budi!
“ Kau jangan nak buat perangai bangang sangat boleh tak?
Kalau tak nak minum cakap. Tak payah nak tunjuk perangai macam ni!” Tinggi
suara Ifran. Dia marah dengan sikap kurang ajar Umairah dan dia juga marah
kerana orang yang dilayan secara kurang ajar adalah orang yang di sayangi.
Atikah tergamam, kaku berdiri di sebelah katil Umairah. Umairah buat muka
sardin seolah-olah tiada apa yang berlaku. Dia memandang wajah bengis Ifran
tanpa perasaan.
“ Kau tu dah la tak reti nak ucap terima kasih lepas tu
boleh pulak buat perangai pelik macam ni. Penat Tikah datang tolong bawak
barang untuk kau, tunggu kau sedar tapi ini yang kau balas dekat dia! Memang dasar
perempuan tak gunalah kau ni.” Maki Ifran lagi. Dia sudah tidak kisah sekiranya
amukannya ini mengganggu pesakit di sebelah yang sedang nyenyak tidur. Janji
hatinya puas dapat mengajar Umairah yang kurang ajar itu. Umairah masih lagi
memandang wajah tegang milik Ifran dan wajah kecewa milik Atikah. Senyuman
sinis terjungkit dibibirnya. Sebenarnya kejadian tadi bukanlah disengajakan.
Dia cuma mahu menolak minuman dari Atikah dan secara tidak langsung cawan itu terjatuh....
Mungkin dia terlalu jahat sehingga hanya dengan kesalahan kecil macam tu dia di
marah seolah-olah telah memukul Atikah dengan kejam. Hati perempuan mana tidak
sakit melihat suaminya dan bekas kekasih masih bersama-sama. Dia tidak cemburu tetapi
dia terasa kalah di tangan Atikah. Sepatutnya Atikah yang kecewa melihat
kebahagiannya dan Ifran.
“Dah lah Tikah. Jom kita balik. Kita biar je la minah tak
sedar diri ni dekat sini. Dasar manusia tak reti berterima kasih dengan
pertolongan orang.” Ujar Ifran sambil menarik lengan Atikah. Sengaja dia
bertindak begitu dihadapan Umairah supaya wanita itu makin sakit hati. Baru
puas hatinya jika hati Umairah hancur berkecai. Mungkin apa yang dia lakukan
belum cukup untuk membalas segala perbuatan kejam Umairah terhadap dia dan Atikah.
Atikah merampas kembali lengannya dari pegangan Ifran. Tidak suka dilakukan
begitu dan yang lebih utama urasannya kepada Umairah belum selesai. Atikah mara
menuju menghampiri Umairah yang sedang melihatnya tanpa mengerdipkan mata.
“Apa salah aku sampai kau benci sangat terhadap aku?” Soal
Atikah dengan perasaan sebak yang menggebu. Dia cuba menahan matanya dari
menumpahkan mutiara hangat. Umairah memandang kearah lain. Tidak berminat untuk
terus memandang wajah bekas sahabat baiknya. Kepalanya mula berdenyut kembali.
Adakah mereka berdua ini tidak faham atau sengaja menderanya yang tengah sakit.
Tidak bolehkah mereka menunggu dia sihat terlebih dahulu untuk diajak bergaduh?
“ Cakap Mai.... Apa salah aku sampai kau buat aku macam
ni. Dulu kita rapat sangat malah kau pernah cakap aku adalah orang yang paling
kau sayang selepas famili kau. Ke mana kata-kata kau tu?” Luah Atikah. Dia
masih ingat semasa tingkatan lima. Umairah pernah meluahkan perasaan itu
padanya selepas mereka menyambut hari lahir Atikah. Ifran membiarkan sahaja
perbualan antara dua sahabat itu. Untung-untung kalaulah Umairah sedar
kesilapannya, perkahwinan mereka bolehlah dibubarkan dan dia boleh bersama
kembali dengan Atikah.
“Dulu.... Kau selalu tolong aku. Kau ingat tak Fahmi? Lelaki
yang aku minat masa form 4. Kau jugak yang tolong adjust untuk aku. Kalau aku
nak kemana-mana kau selalu temankan walaupun kau banyak lagi urusan lain.... Kau
selalu datang rumah aku sebab nak teman aku yang tinggal sorang-sorang kalau
mak aku tak ada. Kalau hari aku lupa bawak duit kau selalu kongsi makanan kau
yang sikit dengan aku dan...” Atikah mengungkit segala kisah lama yang kini
jadi kenangan antaranya dan Umairah. Hati Umairah menggerutu. Marahnya kian
memuncak mendengar segala bait bicara Atikah yang jelik dihatinya.
“ Dah tak payah nak buat drama air mata dekat sini.. Aku
tak nak dengar apa-apa pon dari mulut kau! Apa kata kau balik sekarang. Aku nak
rehat.” Potong Umairah sambil mengiringkan badannya membelakangi Atikah.
Hatinya dilanda pelbagai perasaan dan dia amat penat untuk melayan karenah
Atikah dan Ifran.
“Kenapa? Kau dah lupa semua memori kita bersama? Kau tahu
tak Mai, masa kau rampas Ifran dari aku, aku rasa marah sangat, cemburu, sakit
hati dan terkilan sebab kawan baik aku sendiri buat macam tu dekat aku. Tapi
aku masih boleh terima sebab aku akui mungkin kau dan Ifran saling menyukai
antara satu sama lain..... Jadi tak ada sebab aku nak menghalang cinta kau dan
Ifran. Bagi aku lelaki tak sepatutnya jadi penyebab hubungan kita hancur. Tapi
aku pelik kau makin lama makin menjauhi aku. Sedangkan kalau nak diikutkan, aku
lah yang jadi mangsa keadaan sekarang. Kalau ada hak untuk membenci, hak itu
sepatutnya pada aku. Bukan pada kau. Aku tak faham Mai? Kau tak boleh ke fahamkan
aku?” Panjang lebar kata-kata Atikah. Dia memandang belakang tubuh Umairah yang
membelakangi dirinya. Umairah diam. Dia tidak mahu berkata apa-apa lagi. Dia
mahu rehat. Atikah geram melihat sikap Umairah yang tidak memberi sebarang
respon padanya lalu ditarik badan Umairah supaya mengadap wajahnya. Umairah merengus
kasar, benci diperlakukan begitu. Dia menolak sekuat hati tangan Atikah yang
mencengkam tubuhnya.
“ Kau boleh berambus tak Tikah. Aku benci kau! Dan aku
tak ingat dan tak kisah apa yang kau cakap. Boleh tak kau berambus sekarang
dengan boyfriend kesayangan kau tu. Kalau kau nak sangat berlakikan dia, kau suruh
dia ceraikan aku sekarang dan kalau kau nak ambik dia ambik la... Aku tak
heran!” Tinggi suara Umairah dengan nafas yang turun naik. Atikah tersentap.
Laju sahaja tangannya menampar wajah Umairah. Airmatanya sudah berjuraian ke pipi.
Ifran yang hanya jadi pemerhati sedari tadi terkejut. Tidak sangka gadis selembut
Atikah mampu berbuat begitu namun dalam hatinya tetap bersorak riang. Go
Atikah...Go Atikah... Sorak hatinya, cukup gembira melihat wajah isterinya
ditampar. Padan muka! Umairah mahu membalas namun tidak berdaya. Badannya sudah
kehilangan banyak tenaga kerana melayan karenah Atikah dan Ifran.
“ Itu ke yang kau fikirkan pasal aku? Itu ke sebab kau
benci aku? Kau takut aku rampas suami kau macam mana kau rampas boyfriend aku? Mana
pergi kepercayaan kau kepada aku? Dulu kau kata aku orang yang paling kau
percaya. Mana???” Bentak Atikah. Tak sangka Umairah sanggup berkata macam tu
terhadapnya. Umairah diam. Dia tidak menjawab. Suasana makin kelam dimatanya.
Terasa pipinya basah. Bukan kerana air matanya tetapi air mata Atikah yang
jatuh keatas pipinya. Umairah memandang kearah lain. Dia tidak larat untuk
terus berbalah dengan Atikah dan akhirnya dia memejamkan mata kembali. Atikah
melihat tingkah laku Umairah dengan perasaan terbuku. Dia fikir itu helah Umairah
untuk mengelak dari melayannya. Tanpa tunggu lama Atikah terus bergegas pergi
dari bilik itu. Dia sudah tidak mampu untuk mengadap Umairah yang jauh berubah
kini.
No comments:
Post a Comment