BAB 4
Zainab tersenyum bahagia berada disamping suami
tersayang. Setelah hampir 22 tahun berjanda, akhirnya dia bertemu jodoh yang
baru. Syukur ke hadrat Ilahi. Bisik hatinya. Jam sudah menghampiri 12.30
tengahari. Semua barang-barang yang diingini sudah terbeli. Suaminya memang baik
namun dia tidak akan menggunakan kebaikan suaminya itu untuk disalahgunakan.
“Jom kita makan dulu la Nab. Lepas ni balik. Kejap lagi
dah nak masuk waktu zuhur”. Cadang encik Ismail. Zainab sekadar mengekor. Dia
tidak kisah. Mereka sampai disebuah kedai makan. Nampak ramai orang. Mesti
sedap. Bisik hati encik Ismail. Itulah petua yang selalu dipakai itu walaupun
kadang-kadang tidak menjadi.
“Nab nak makan apa?” Soal encik ismail. Mereka sama-sama
membaca menu yang ada. Setelah hampir lima minit mereka tiba barulah pelayan
muda datang mengambil pesanan mereka.
“Nab ikut je apa abang makan”. Jawab Zainab lembut. Dia
makan je apa yang ada.
“Kita makan nasi ayamlah. Ok tak?” Soal encik Ismail. Dia
tidak suka membuat keputusan sendiri bagi pihak orang lain. Takut ada yang
tidak kena pula nanti.
“Ok je. Bagi teh o ais limau yer.” Jawab Zainab sambil
memesan air.
“ Nasi ayam 2 dengan air suam.” Balas encik ismail pula.
Pelayan lelaki itu sekadar mengangguk sambil menulis sesuatu pada buku
catatannya kemudian berlalu untuk ke bahagian dapur.
“ Kita keluar berdua ni kak Leha tahu tak bang.” Soal Zainab.
Sekadar bertanya. Risau juga dia kalau puan Zaleha mengata dia lebih-lebih
pula.
“ Tahu. Abang ada bagi tau dia tadi. Nab tak payah risau
la... kak Leha tu baik je orangnya. Dia tak mudah fikir negatif pasal orang
lain.” Pujuk encik Ismail. Takut isteri keduanya itu tidak senang hati.
“ Nab saje je tanya.” Jawab Zainab. Dia tidak mahu
suaminya fikir dia cuba memburukkan puan Zaleha. Dia tahu, encik Ismail
berkahwin dengan dia lebih kepada dasar kesian bukannya cinta. Mungkin ada rasa
cinta tapi tidak sedalam rasa cintanya terhadap puan Zaleha.
“Nab tak payah risau. Abang janji... antara Nab dengan
kak Leha tak de perbezaan layanannya. Begitu juga Nur dengan Sarah dan Mai.”Janji
encik Ismail. Dia menggenggam jari isterinya yang muda 5 tahun darinya itu.
Zainab tersenyum bahagia mendengar kata-kata suaminya. Sejuk hatinya. Dia kenal
sangat suaminya. Seorang yang berpegang pada janji.
“Terima kasih bang...” Balas Zainab sambil membalas
genggaman suaminya. Drama romantis itu terhenti seketika ketika pelayan muda
itu datang kembali untuk menghantar hidangan mereka.
“Dah... Jom makan. Nanti lewat pulak kita.” Gesa encik Ismail.
Dia membaca doa makan. Zainab sekadar menurut perintah dengan senyuman yang
berbunga dibibir.
Umairah mengeringkan rambutnya yang basah. Dia baru
selesai mandi. Penat menghadiri kelas sepanjang hari ini masih terasa meski pun
dia sudah menyegarkan diri. Di ambil handphone yang diletak diatas meja.
Kot-kot ada mesej atau panggilan penting ketika dia berada dibilik air tadi.
Dia membuka inboxnya lalu melihat nombor yang cukup sinonim dalam hidupnya. Dia
membuka mesej itu lalu dibaca satu-satu.
“Abah dah masukkan duit. Nanti pergilah check ade ke
tak”. Itu lah mesej yang diterima dari ibunya. Umairah pelik. Masa bila pulak
aku mintak duit ni. Sejujurnya dia memang tiada duit buat masa ni kerana ptptn
belum lagi masuk tetapi Ifran ada memasukkan duit kepadanya. Duit daripada ibubapa
mertuanya! Mengingatkan lelaki itu menyebabkan Umairah rasa geram sendiri.
Menyampah! Hari tu dia nampak Atikah dan Ifran bersembang.. Nak kata mereka
satu kumpulan untuk siapkan tugasan tak juga rasanya. Memang Atikah tu
perempuan yang tak tahu malu. Dengan suami orang masih nak menggatal.
‘Ahh.....lupakan.
Ada baiknya aku berehat dari fikir tentang mereka. Buat penat otak je.’
Desis hati Umairah sambil menekan nombor yang sinonim dengan hidupnya itu tadi.
Selepas beberapa minit, panggilan telefon yang dibuat bersambut.
“Assalamualaikum ibu. Apa khabar?” soal Umairah sebagai
pembuka bicara.
“Waalaikummusalam. Khabar baik. Mai macam mana?” Jawab
puan Zaleha. Terkenang anaknya yang jauh di negeri orang. Dia di negeri
Terengganu.. Anaknya di Kuala Lumpur.
“Mai sihat je bu. Ini Mai nak tanya kenapa abah
susah-susah je masukkan duit. Mai ada duit lagi la”. Umairah terus ke topik
utama. Kreditnya tidak cukup banyak untuk bersembang terlalu lama.
“Apa salahnya. Mai kan anak abah. Lagi pun duit ptptn tak
masuk lagi kan.” Balas puan Zaleha. Dia sempat menjeling suaminya yang sedang
memandang kearahnya. Bertanya siapa yang telefon dan adakah anaknya itu mahu
bercakap dengannya.
“Mana ibu tahu duit ptptn tak masuk lagi? Sarah bagitau
ye. Tapi Mai ada duit lagi lah. Kalau Mai tak ada duit baru mai mintak yer...” Umairah
membalas lembut. Tahu ibu bapanya sangat menyayanginya.
“Macam la ibu tak tahu, kalau Mai dan Sarah tak de duit
bukannya nak mintak dengan ibu. Malu sangat. Ni nasib baik Nur yang cakap.
Tunggu Sarah yang bagitau ptptn tak masuk lagi...Hmmm.. Sama lah macam tunggu Mai
yang bagitau.” Bebel puan Zaleha. Kata-kata puan Zaleha menimbulkan kejutan
pada Umairah.
‘Nur yang beritahu? Eee mengada betul kakak tirinya tu. Aku
selama ni tak pernah nak menyusahkan ibu dan abah, tapi masuk aje dia dalam
famili aku terus macam-macam pulak dimintanya.’ Umpat Umairah didalam hati.
Tangannya mencubit bantal yang dipegang, membayangkan kakak tirinya adalah
bantal tersebut! Puas hati.
“Ooo patutlah abah baik sangat masukkan duit. Rupanya nak
transfer sekali dekat anak kesayangannya tu.” Tuduh Umairah melulu. Puan Zaleha
terkesima dengan bicara kasar Umairah. Tahu sangat dia yang Umairah begitu anti
dengan Nur. Dia pun tidak faham mengapa.
“ Mai.. Apa cakap macam tu. Nur tu kan anak abah jugak.”
Tegur puan Zaleha tegas namun perlahan. Tidak mahu suaminya mendengar perbualan
mereka disaat itu. Pasti suaminya akan berkecil hati sekiranya tahu tentang perbualan
mereka. Puan Zaleha tidak suka anak-anaknya bersikap negatif macam tu. Baginya
Nur dan Zainab sudah seperti keluarga sendiri. Mereka anak beranak itu sangat
baik orangnya. Nur pun dah dianggap anak sendiri.
“ Anak tiri je kot......” Bidas Umairah selamba.
“Anak tiri pun tanggujawab abah jugak. Kalo tak bagi
berdosa. Mai nak abah tanggung dosa ke.”Bebel puan Zaleha. Anaknya yang sorang
ni memang seorang yang kuat cemburu dan berfikiran negatif. Umairah yang
mendengar kata-kata ibunya mendengus geram. Ibunya sanggup memarahinya hanya
kerana perempuan tu. Betul-betul menyakitkan hati!
“ Tak apa la bu... Lain kali la Mai telefon lagi. Mai nak
rehat jap. Baru habis kelas ni.” Umairah memberi alasan. Dia mahu memutuskan
talian. Dia malas mahu berbual dengan ibunya pada waktu ini. lagi-lagi setelah dimarahi kerana mengata Nur.
“Haa...merajuk la tu. Dah jadi bini orang pun masih kuat merajuk.” Puan Zaleha terus terusan membebel. Kenal
sangat dengan perangai Umairah. Pantang kena marah sikit nak merajuk. Mungkin
itu salah dia juga kerana terlalu memanjakan Umairah. Anak sulunglah katakan.
Umairah diam sahaja di hujung talian. Hatinya malas untuk menjawab.
“Mai.....Ibu cakap ni benda betul. Mai kan dah besar cuba
fikir betul ke tak ape yang Mai cakap tu. Ibu marah bukan sebab ibu pilih kasih
ke ape. Ibu marah sebab Mai memang salah.” Nasihat puan Zaleha lembut. Umairah
diam. Kata-kata ibunya ditelan tanpa kata. Cuba ditimbang-timbang. Memang betul
tapi hatinya tetap kecewa.
“Abah pun macam tu Mai. Abah sayang kat Mai sama macam abah
sayang kat Sarah dan sama jugak kat Nur. Mai tak boleh pertikaikan.” Pesan
ibunya lagi. Umairah masih diam. Dia sekadar mendengar. Baginya leteran sebegini
tidak perlu dijawab takut makin panjang jadinya. Yang sakit telinga dia juga
nanti.
“Mai ade tak lagi tu.....” Soal puan Zaleha. Manalah tahu
anaknya dah meletakkan telefon dan dia hanya bercakap seorang diri sepenjang
tadi.
“Ada...” Balas Umairah sepatah.
“Nak cakap dengan abah tak. Abah ada kat sini. Tengah
baca surat khabar.”Soal puan Zaleha lagi.
“Tak apa la ibu... Lain kali aje la. Tak ada kredit nak
cakap lama-lama. Kirim salam je lah dekat abah.” Balas Umairah malas. Dia mahu
berehat. Mahu menganalis kata-kata ibunya tadi dan mahu menghilangkan rasa
sakit dihati.
“Hmmm ye la tu. Jangan lupa telefon abah. Abah selalu
mengadu yang Mai jarang telefon dia.” Pesan puan Zaleha. Mendengar kata-kata
itu buat hati Umairah mencebik.
‘Ala anak kesayangan kau kan ada. Suruh je la anak
kesayangan kau tu telefon hari-hari. Apa susah.’ Tapi kata-kata itu hanya
dihati. Karang kalau diluahkan pasti dia akan dibebel lagi. Tak kuasa dia
mendengar leteran ibunya.
“Ye la-ye la bu. Ibu tak pe la. Mai nak rehat jap. Malam
ni pulak ade discussion.. Assalamualaikum”. Balas Umairah. Setelah mendengar
salamnya dijawab barulah dia mematikan telefon. Dia meletakkan handphonenya
diatas meja study kembali. Dia kemudiannya berbaring malas diatas tilam untuk
menenangkan fikiran. Tutup sahaja mata, wajah–wajah yang dibenci mula muncul
didalam benaknya. Satu persatu orang yang dibenci muncul diingatannya dengan
senyuman yang sangat mengguris hati.
No comments:
Post a Comment