BAB 5
Umairah
berjalan dengan pantas menuju kearah perpustakaan. Dia perlu menghantar buku
yang dipinjam hari ini. Dia meminta Zizie masuk terlebih dahulu ke kelas demi
menanda tempat duduk memandangkan kelas akan bermula sekejap sahaja lagi.
Karang tak pasal-pasal kena duduk paling belakang atau paling hadapan. Matanya
dah la rabun. Dia tergesa-gesa menghantar buku kerana tak mahu didenda atas
alasan lambat.
Kalau
waktu ptptn dah masuk dulu dia tak berkisah sangat malah kadang-kadang hampir
satu bulan dia lambat hantar buku. Tapi kerana ketiadaan duit dia perlulah
berjimat cermat. Tanda-tanda ptptn akan masuk pun belum lagi kelihatan. Atas apa
silapnya, dia terlanggar seseorang. Umairah membebel dalam hati. Buta gamaknya
mamat ni. Main redah aje berjalan. Dia tidak sedar dia juga silap pada waktu
itu kerana berjalan seperti lipas kudung.
Umairah
duduk mengutip tiga buah buku yang jatuh berdentum diatas lantai dihadapan
pintu perpustakaan. Jejaka yang dilanggar itu membantu mengutip bukunya yang
bersepah. Terasa bersalah barangkali. Selesai mengutip buku-buku itu barulah
lelaki itu menegurnya.
“Sorry. Nah buku”. Pinta
Haikal sambil menghulurkan buku yang dikutip. Umairah senyum dalam terpaksa
seraya mengambil buku yang dihulurkan oleh lelaki yang dilanggar seketika tadi.
“Ok tak pe.” Umairah
membalas. Dia tidak pula meminta maaf, perasan dirinya tidak bersalah langsung.
“Eh...... Awak Umairah
kan?” Tegur lelaki itu tiba-tiba tatkala matanya bertentang mata Umairah. Baru
dia perasan gadis ini adalah wanita yang pernah dikenali. Umairah mengerutkan
dahinya. Lama dia menatap wajah yang dikategorikan boleh tahan dihadapannya.
Macam pernah tengok tapi dekat mana yer...
“awak siapa?” Soal Umairah
dengan kerutan didahi. Haikal tersenyum melihat wajah umairah yang
berkerut.
“ Saya Haikal. Mungkin awak
tak perasan tapi kita satu kelas untuk kelas kenegaraan.” Balas Haikal tenang.
Dia tersenyum mesra. Matanya dapat melihat wajah Umairah yang terangguk-angguk
bak burung belantuk. Haikal tidak memahami maksud anggukkan itu.
“Ooooooo... Saya ingat,
tapi tak tahu pulak nama awak Haikal.” Balas Umairah senang. Dia menjeling jam
tangan yang melilit kemas pada pergelangan tangannya.. Aku dah lewat gila ni.
Karang, tak pasal-pasal dapat pandangan sinis dari pensyarah yang skema itu.
“ Uum... Sekurang-kurangnya
awak kenal saya walaupun tak tahu nama.” Jawab Haikal girang. Tak sangka
Umairah perasan tentang kewujudannya meski pun terdapat hampir 100 orang
didalam kelas tersebut. Umairah sekadar membalas senyuman lelaki didepannya.
Dia tidak pasti ikhlas atau tidak dengan senyumannya itu.
“Sorry la
Haikal........Saya ada kelas lepas ni jadi saya kejar masa. Saya pergi dulu la
yer.” Pinta Umairah sopan. Kalau boleh dia nak berlari sekarang. Tapi agak
segan untuk membuat perangai kebudak-budakkan begitu..
“Eh sorry..sorry.. Kita
jumpa lagi kat kelas kenegaraan.” Pinta Haikal. Dia tersenyum lagi. Umairah
berlalu sambil melontarkan senyuman tawar.
‘Apesal la mamat tu suka
sangat senyum. Penat mulut aku ni balas senyuman dia. Tak balaskan kecik hati
pulak.’ Bebel hati Umairah. Haikal memandang Umairah yang kelihatan kalut
mengejar masa itu dalam-dalam. Ada kemajuan. Bisik hatinya. Memang sudah lama
dia memerhatikan Umairah, gadis itu sudah mula masuk ke hatinya dari hari
pertama mereka bersemuka lagi. Suatu hari nanti dia akan pastikan Umairah akan
jadi miliknya. Itulah janji hatinya.
Ifran
bergerak pantas. Cuba mengejar gadis berbadan kurus tinggi didepannya. Gadis
itu seolah-olah cuba mengelak darinya. Dia tahu cara dia meluahkan perasaan
sangatlah salah baru-baru ini namun Atikah tidak perlu buat perangai sebegini.
Meski pun mereka belajar dalam bidang yang sama, Atikah sedaya upaya mengelak
darinya walaupun sekadar berbalas pandang. Ifran menarik tangan Atikah yang
diselaputi lengan panjang. Nasibnya agak baik, tempat mereka itu agak lapang
dan tidak ramai orang lalu lalang ketika ini. Jadi, drama romantis yang yang
akan bermula kejap lagi tidaklah disaksi orang ramai.
Atikah
menarik tangannya kasar. Tidak suka diperlakukan begitu. Apa hak Ifran untuk
menyentuhnya meskipun dalam keadaan berlapik. Dia tak benarkan. Baginya, selagi
lelaki itu bukan suaminya mahupun keluarganya, tiada sesiapa akan boleh
memegangnya sesuka hati begitu. Ifran melepaskan pegangannya tatkala melihat sorotan
mata Atikah bak harimau kelaparan. Bukan takut tapi menghormati. Inilah salah
satu sikap yang ada pada Atikah yang amat disukainya.
“Apehal lagi.” Marah
Atikah. Dia sudah malas berfikir tentang cinta yang tidak kesampaian ini lagi.
Dia betul-betul sudah mengalah. Memang hati dan perasaannya masih ada pada
Ifran namun baginya itu tidak cukup. Hatinya sudah tawar. Lagi-lagi memikirkan
Ifran adalah milik sahabat baiknya.
“I’m sorry... Tapi tolong
la faham perasaan saya... Saya tahu awak pun masih sayangkan saya... Tak boleh
ke kita bersama balik?” Pujuk Ifran. Wajahnya sudah keruh demi meminta simpati.
Dia yakin kata hatinya, Atikah masih sayangkan seperti 6 bulan yang dulu.
Hanya kerana fitnah yang dilemparkan oleh Umairah menyebabkan dia ragu-ragu terhadap
cinta suci Atikah kepadanya. Dan kerana fitnah yang dilemparkan itulah yang
menyebabkan dia memutuskan hubungannya dengan Atikah dengan kadar yang segera
dan menerima Umairah yang kononnya amat mencintai dia. Kalau setakat cinta
Umairah belum tentu dia terima untuk berkahwin dengan gadis itu tetapi kerana
paksaan nenek dan mak kesayangannya yang amat berkenan dengan Umairah
menyebabkan mereka terpaksa dikahwinkan dengan kadar yang segera. Konon takut
Umairah disambar orang!
“Hello.. Jangan nak perasan
dekat sini. Ada saya cakap saya cintakan awak lagi... Hei ni bukan drama cinta
la...... 10 tahun berpisah masih ada rasa cinta...Sorry ok”. Tingkah Atikah
selamba. Dia perlu menyembunyikan isi hatinya sebenar demi keamanan rumah
tangga Umairah. Dia tahu Ifran masih sayangkan dia dan tidak mencintai Umairah
namun dia yakin perasaan Ifran itu mampu bertukar. Umairah ada tarikannya yang
tersendiri.
“ Tapi kita berpisah baru 6
bulan. Tak sampai 10 tahun lagi. Logik la kalau awak ada perasaan lagi dekat saya”.
Usik Ifran dengan sengihan nakal. Atikah tak perlu lah nak sorok perasaannya
itu kerana segalanya nampak jelas pada matanya. Cara atikah memandangnya pun
dia tahu yang gadis itu masih cintakan dirinya. Hati Atikah menggerutu.
Main-main pulak mamat ni. Orang tengah serius nak mampus boleh pulak dia buat
lawak.
“ Cara awak tengok saya pon
saya tahu awak masih suka kat saya. Alang-alang kita masih suka sama
suka........ Ada baiknya kita menyambung kembali hubungan kita yang dulu....
Saya sanggup berpisah dengan Umairah dan saya tahu dia pon tak kisah.” Pujuk
Ifran. Kata-kata Ifran itu membuat Atikah ketawa penuh jengkel. Sengaja membuat
Ifran sakit hati.
“Cara saya pandang awak pun
awak tahu saya masih suka kat awak......” Atikah mengulang kata-kata Ifran yang
hampir sama maksudnya itu tadi dengan nada yang sinis.
“Kalau macam tu, kenapa
dulu awak mintak putus? Awak tak nak dengar langsung penjelasan saya. Tup-tup
saya dapat kad kawin dari awak. Padahal masa tu saya masih sukakan awak. Tak
pulak awak nampak pandangan mata saya masa tu”. Tempelak Atikah. Sesakit hati
terhadap Umairah sakit lagi hatinya terhadap Ifran. Kerana kepercayaan Ifran
terlalu tipis terhadapnya lah menjadi penyebab perkara macam ini berlaku dan
kerana Ifran seorang yang tiada kesabaran yang tinggi menyebabkan dia cepat
sahaja menerima cadangan orang tuanya untuk mengahwini Umairah.
“Sayang... Masa tu saya
dihasut oleh ‘kawan baik’ awak tu... Sebab saya percayakan dia yang paling
rapat dengan awak dan juga saya. Saya tak tengok dengan mata hati langsung...”
Ifran cuba membela diri. Atikah mengeluh kasar. Marah dengan sikap lelaki ini.
Salah sendiri tak pernah nak mengaku. Detik hatinya.
“Awak jangan nak salahkan
Mai aje, awak pon salah.... Kalaulah awak cuba bersabar, ambik masa berfikir
betul-betul. Siapa-siapa pun yang hasut awak, awak tak akan mudah
percaya. Ini tak, terima je bulat-bulat je kata-kata orang . Langsung tak
siasat dulu kebenaran fitnah tu. Awak tak payah nak salah kan kawan
saya, dia memang salah dan saya akui benda tu tapi awak tetap bersalah...
Tak payah nak tunding jari dekat orang lain.” Bebel Atikah. Dia bukanlah nak
menyokong sangat Umairah tetapi dia tak tahan apabila Ifran asyik menyalahkan
Umairah seratus peratus sedangkan dia pun bersalah dalam hal itu.
“ Sebab saya tahu saya
salah la yang menyebabkan saya nak sambung balik hubungan kita..” Ifran masih
lagi cuba memujuk... Sekali lagi Atikah ketawa dengan ketawa yang sangat sinis.
“ Awak nak sambung balik
hubungan kita bukan sebab awak sedar dengan kesilapan awak, tapi sebab awak
hanya pentingkan perasaan sendiri aje.”. Atikah terhenti seketika. Semput
kerana bercakap terlalu banyak. Dia menyambung kata-katanya yang tergantung.
“Ada awak fikir perasaan
isteri awak yang sangat sayangkan awak, awak ada fikir perasaan saya. Awak
ingat apa...Kita senang-senang je boleh sambung macam tu. Hei, awak nak ke
dengar macam ni ‘hari tu kawan baik dia rampas boyfriend dia.. Ini dia pulak
rampas suami kawan baik dia’. Awak rasa tu satu gosip yang membanggakan ke?
Awak ada fikir tak pasal famili awak? Famili Mai? Kalau awak kawin sekadar nak
bercerai berai selepas tu baik jangan kawin dari awal-awal lagi. Buat perabis
duit je.........” Panjang lebar amukan Atikah.
“ Kenapa saya nak fikir
pasal dia dan famili dia? Dia sendiri mengaku yang dia kawin dengan saya kerana
awak. Dia sendiri cakap tunggu malaysia besalji dululah kalau nak dia jatuh
cinta pada saya. Kenapa saya nak fikir perasaan orang yang dah gunakan saya
untuk tujuan yang tak elok sedangkan dia tak fikir pun perasaan saya macam
mana.” Tinggi suara Ifran menegakkan kebenaran bagi pihaknya. Tak adil baginya,
apa hebat sangat Umairah sampai dia perlu fikir tentang perasaan gadis tak tahu
malu itu.
“ Awak tak payah nak
buruk-burukkan Umairah. Dia tak seteruk itu okey... Sebab apa dia nak kawin
dengan awak kalau dia tak cintakan awak. Kenapa pasal saya... Tak payah nak
buat fitnah tu semata-mata nak dapatkan saya balik. Saya dah tak peduli pasal
ni lagi. Walaupun saya masih ada hati pada awak, tapi untuk kembali kepada awak
adalah mustahil. Bak kata Mai tunggu malaysia bersalji. Dah la, saya dah
lambat.. Ada kelas pulak lepas ni”. Luah Atikah. Dia cepat-cepat beredar dari
situ dan berharap Ifran tidak mengejarnya lagi.
BAB 6
Haikal berjalan perlahan-lahan menuju ke dewan kuliah. Di
situ akan berjalannya kelas kenegaraan kegemarannya kerana hanya kelas itu sahaja
mampu menemukannya dengan Umairah. Hari ini dia sengaja datang lambat. Dia selalu
perasan kerusi disebelah Umairah biasanya kosong dan dia mahu mengambil kesempatan
ini untuk duduk disebelah gadis itu. Nasib baik dia tiada kenalan didalam kelas
ini jadi dia boleh duduk dimana-mana yang dia suka. Perkara normal apabila
menyusun jadual bersama-sama tetapi akhirnya dipisahkan jua. Pada asalnya dia
agak kecewa namun apabila dia tahu kewujudan Umairah didalam kelas berkenaan,
hatinya menjadi riang. Haikal menolak pintu dewan kuliah perlahan-lahan. Terus rasa
sejuk penghawa dingin menyengat kulitnya. Tepat sekali jangkaannya, kerusi sebelah
Umairah kosong.
“Hai...” Tegur Haikal ramah setelah menghenyak punggung
ditas kerusi bersebelahan Umairah. Umairah yang khusyuk mendengar kuliah dr.Zubaidah
sedikit tersentak, pantas matanya memandang sebelah. Apa pulak main hai-hai ni.
Tak reti bagi salam ke. Dia memandang wajah Haikal disisi. Zizie yang berada
disebelah Umairah turut sama menjeling pemuda itu.
“Hai”. Umairah membalas perlahan. Rasanya itu aje yang
dia hendak kot. Dalam masa yang sama otak Umairah bekerja keras mengingat
kembali gerangan pemuda disebelahnya kini. Ooo... Baru teringat... Mamat yang
dia terlanggar kat librari hari tu. Lupa la pulak nama mamat ni. Ahhh lantak
la. Tak penting mana pon!
“Dah lama ke kelas start?” Soal Haikal, cuba memancing
Umairah berbual dengannya. Dia membuka nota yang baru dicetakkan sebelum tiba
ke kelas tadi.
“Dalam 10 minit ”. Jawab Umairah malas. Pantang betul dia
orang banyak soal semasa dia tengah mendengar kuliah. Perasan dengan respon mahu
tidak mahu sahaja dari Umairah membantutkan mulut Haikal untuk bertanya lebih
lanjut. Dia cukup bersyukur kerana dapat duduk di sebelah gadis bertudung itu.
“Saya nak awak duduk dalam kumpulan. Satu kumpulan 3
orang yer. Kejap lagi saya akan edarkan tugasan pertama kamu”. Dr. Zubaidah
berkata setelah tamatnya tajuk ketiga mereka.
“Awak nak saya bagi atau nak pilih sendiri ahli kumpulan
masing-masing?” Soal dr Zubaidah itu lagi. Satu kelas sepakat untuk mencari
sendiri ahli kumpulan.
“Umairah....Awak dah cukup orang ke. Saya tak de group
la.”Tanya Haikal. Dia tahu Umairah tidak cukup satu kuota lagi. Umairah diam
seketika. Dia berpusing kearah Zizie. Bertanya sekiranya Zizie mahu atau tidak.
Zizie sekadar mengangkat bahu. Tanda tidak kisah. Apa salahnya.
“Ok. Awak joint kitaorang.. Awak dah kenal saya kan.
Sebelah saya ni Zizie. Nama penuh tanya sendiri la. Awak nama apa ek.. Saya
lupa la.” Umairah cuba berlagak selamba. Namun dalam hati terbit rasa serba
salah. Baru dua hari lepas dia bertembung dengan Haikal tapi sudah lupa pula
nama jejaka itu. Haikal tersenyum girang.
“Haikal. Muhammad Haikal bin zahari”. Balas Haikal
gembira. Lepas ni boleh la dia mendekatkan lagi diri dengan wanita berkulit
cerah ini. Umairah sekadar tersenyum.
“ Apa nama penuh awak Umairah?” Umairah memandang tepat
kearah lelaki disebelahnya.
“ Siti Nur Umairah binti Ismail.” Ujar Umairah tenang.
“ Asal mana?”
“Terengganu. Haikal asal mana?” Umairah membalas soalan.
Sekadar mahu mengambil hati. Tidak sedap pula kalau asyik Haikal aje yang
bertanya itu dan ini.
“ Saya orang Johor Bharu.” Haikal tersenyum girang. Gembira
kerana Umairah nak jugak melayannya. Suka betul la mamat ni senyum. Tahu la
senyuman awak tu manis. Bisik hati Umairah.
“ Nama penuh Zizie apa?” Tiba-tiba Haikal memberi tumpuan
kepada Zizie pula. Tidak mahu kelihatan gelojoh dimata Umairah.
“Azila binti Mamat”. Balas Zizie senang. Dia tidak kisah
berkawan dengan sesiapa. Tidak kira lelaki mahupun perempuan.
“Asal mana?” Soal Haikal lagi. Seperti biasa senyuman
manis tidak pernah lekang dibibirnya.
“Seremban. Awak course apa?” soal Zizie ramah. Giliran Umairah
pula menjadi pemerhati.
“Pendidikan Biologi. Korang berdua satu course ke?”
“A’ah.. Kitorang sains matematik. Kiranya awak kuar nanti
jadi cikgu la yer.” Tambah Zizie.
“InsyaALLAH kalau ada rezeki.” Seru Haikal dengan bibir
yang masih tersenyum. Setelah hampir 10 minit sesi berkenalan berlaku, mereka
akhirnya mendapat kertas assignment yang diberitahu oleh dr Zubaidah itu tadi.
Setelah kelas berakhir, mereka bersurai disitu sahaja. Seperti biasa hati Haikal
berbunga riang dan mengharapkan lebih banyak pertemuan akan berlaku diantara
dia dan Umairah.
Umairah memandang ke kiri dan ke kanan untuk melintas
jalan. Dia keseorangan hari ini kerana Zizie kurang sihat dan kini berada di
asrama untuk berehat. Dia menuju ke kedai makan biasa yang biasa disinggah
bersama Zizie. Tapi hari ini dia sekadar mahu membungkus. Malu mahu makan
seorang diri di situ. Macam orang tiada kawan pulak walaupun memang itulah
kenyataannya. Memang salah dia sendiri yang menyebabkan kawan-kawannya lari
dari padanya. Namun dia tidak kisah, asalkan dendamnya terhadap Atikah
terbalas.
“ Hai Mai”... Sapaan bersama tepukan singgah pada bahu Umairah
yang sedang berjalan kearah kedai makan kegemarannya. Umairah terkejut.
‘Siapa pulak main-main tepuk aku ni.’ Omel Umairah
didalam hati. Dia memandang kearah belakang. Mahu melihat pemanggil dan
penepuknya. Ooo Aisyah... minah paling kepoh dalam jurusannya.
“ Sorang je ke,
mana Zizie?” Soal Aisyah senang. Walaupun pelbagai cerita buruk yang dia dengar
tentang Umairah tapi dia mengambil jalan tengah... Melayan semua orang dengan
baik. Tak de masa nak bergaduh tentang masalah orang lain. Lagi pun, dengan
cara begini dia mampu mengumpulkan banyak gosip sensasi.
“ Dia demam. Kau nak pergi mana. Sorang je?” Jelas Umairah
bersama soalan. Aisyah yang dikenali ada gengnya yang tersendiri. Tapi dia
tidak cukup kenal kawan-kawan Aisyah yang lain kerana mereka tidak begitu
menonjol cuma Aisyah yang cukup popular kerana mulut becoknya.
“ Diorang ada kelas lepas ni. Aku dah tak de. Ni nak
pergi makan. Kau nak pergi beli makanan ke? Jom la kita pergi sama-sama”. Ajak
Aisyah. Umairah sekadar mengangguk. Tidak kisah.
“ Apa cerita kau dengan laki kau? Ok tak?” Aisyah bertanya dengan wajah yang bersahaja. Cuba
mengorek rahsia yang bukan lagi rahsia. Semua orang tahu bagaimana keadaan
hubungan Umairah dan Ifran. Bukan dia jer yang bercakap tentang Umairah dan Ifran
malah mungkin satu kelas mereka kini sedang mengumpat pasangan suami isteri tu.
“ Cerita apa? Ok je”. Ujar Umairah berpura-pura tidak
mengerti. Bukan dia tak tahu budak coursenya semua bercakap tentang dia, Ifran
dan Atikah. Lagi-lagi selepas kahwin. Dan yang pasti dialah paling banyak
mendapat kejian dan cacian! Dah nama pun perampas, itulah yang selayaknya
diterima oleh dirinya. Tapi semua itu tidak penting bagi Umairah... apa yang
penting sekarang adalah dia kini berstatus isteri kepada Ifran dan Atikah hanya
mampu makan hati sahaja melihat perkahwinannya. Itu pun sudah cukup untuknya.
“ Kalau kau kata ok tu tak pe la... Sebab ramai orang
kata si Ifran tu masih tergila-gilakan Tikah. Tak tahu pulak aku mana yang
betul mana yang salah. Aku pun tak pernah nampak pulak mereka berdating ke apa
ke.” Aisyah menjawab mudah. Padahal dia tahu memang Umairah dan Ifran ada
masalah sebenarnya dan Ifran masih tergila-gilakan Atikah. Cuma dia mahu tengok
respon Umairah macam mana.
Kata-kata Aisyah
betul-betul menaikkan darah Umairah. Atikah memang tak berguna. Samalah dengan
si Ifran. Mereka sengaja nak malukan dia. Teringat ugutan Ifran kepadanya 2
bulan lepas. Nampaknya lelaki itu memang serius.
“ Diorang tu kan pernah bercinta dulu. Takkan la sebab
dah putus cinta, tali persahabatan mereka pun nak putus jugakkan. Sebab tu
diorang berkawan lagi. Ifran sendiri cakap dekat aku dia dan Tikah tak de
apa-apa.” Balas Umairah yakin. Dia tidak mahu si mulut kepoh didepannya membuat
cerita yang bukan-bukan. Kalau yang malu hanyalah Ifran dan Atikah tak pe la
jugak. Tapi, dia lah orang yang paling malu.
“ Iye la kan. Ifran dan Atikah tu mestilah masih berkawan
lagi sebab diorang tu kan baik, mulia. Bukannya jenis tak pedulikan hati dan
perasaan orang lainkan. Takkan masalah kecik macam ni pun nak berperang kan.”
Umairah terasa disindir dengan jawapan Aisyah. Kata-kata gadis itu seolah-olah
mengutuk sikapnya yang tergamak merampas Ifran daripada Atikah dalam diam. Tapi
dia buat tidak kisah. Lebih teruk dari itu pun dia sudah terkena. Setakat sindiran macam tu... apalah sangat.
“ Eh.. kau dah kawin dekat 3 bulan dah kan.... Tak de apa-apa
berita baik lagi? Kitorang satu kelas ni tak sabar nak dapat anak sedara.” Sengaja
Aisyah mengeluarkan topik itu. Kalaulah betul Umairah dan Ifran tiada masalah,
kenapa umairah belum mengandung. Mereka berdua pun didalam kelas nampak tidak
bercakap antara satu sama lain. Balik pun asing-asing sedangkan Ifran ada
kereta sendiri. Umairah tak payah tipu la. Mereka semua bukan bodoh. Nampak
sangat hubungan diaorang tu ada masalah. Itu la, siapa suruh rampas boyfriend
kawan baik sendiri... Kan dah dapat balasannya. Hati Aisyah terus bermonolog
sendiri.
“Ish kau ni........Takkan la aku nak mengandung masa
belajar. Nanti kena tangguh belajar. Satu hal pulak, tak nak aku. Sabar je
laa.. Satu sem je kot lagi kita dekat sini.” Umairah cuba bersabar dengan
meledakkan tawa kecil. Katalah apa saya Aisyah oooi... Aku takkan biarkan kau
tahu masalah sebenar antara aku dan Ifran meski pun aku yakin ramai yang tahu
tentang itu.
“ A’ah kan. Ye jugak. Membazir pulak rasanya kalau kene
extent masa ni. Padahal kita dah nak habis belajar pon.”
“ Dah-dah jangan cakap pasal ni lagi. Kau jangan nak buat
cerita bukan-bukan pasal aku dengan Ifran la Ecah....... Bukan aku tak tahu kau
tu”. Tempelak Umairah selamba. Sengaja membalas dendam. Tidak puas hati mulut Aisyah
yang tiada insuran asyik mengutuknya sahaja, dah tu ada hati mahu mengorek
rahsia perkahwinannya.
“ Ish kau ni... Aku saja je tanya. Ke situ pulak.” Balas
Aisyah. Mereka bersama-sama menapak kedalam kedai makan kegemaran semua orang
pelajar di universiti itu. Topik perbincangan mereka berakhir disitu..
No comments:
Post a Comment