BAB 3
Jam tepat pukul 10.30 pagi. Atikah melihat jamnya
berkali-kali. Penat betul menunggu orang yang tak muncul tiba. Inilah susahnya
apabila buat perbincangan kumpulan. Kalau ajak pergi shopping cepat aje datang.
Ruang dibilik diskusi itu kelihatan sedikit lapang. Barangkali waktu ini orang
lain masih membuta. Almaklumlah hari sabtu. Tak ramai yang ada kelas pada hari
ini. Didalam perpustakaan pun tak ramai. Awal semester. Begitulah keadaannya.
Tiba-tiba dia terdengar sebuah buku dihempas diatas mejanya. Atikah mengangkat
muka yang tunduk dari tadi demi memandang sahabatnya baru tiba namun senyuman
yang cuba dihulurkan kaku tiba-tiba. Lelaki yang cukup dirindui tepat
didepannya. Dia kaget. Namun rasa rindu terasa sedikit terkubur.
“ Assalamualaikum... Sorang je ke?” Sapa Ifran. Dia
melabuhkan punggung tanpa dijemput. Sebenarnya dia ada diskusi kumpulan sekejap
lagi. Tapi satu batang hidung kawannya pon tak nampak. Dia ingatkan dia lah
orang terakhir tapi tak sangka dia merupakan orang terawal.
“Tengah tunggu member lain. Awak ade discussion ke?” Atikah
cuba bertenang. Walaupun rasa canggung, dia cuba berlagak biasa. Dia tidak mahu
Ifran nampak dirinya yang masih lagi ada rasa cinta terhadapnya. Bukankan Ifran
kini milik Umairah, teman baiknya sendiri!
“A’ah..... Tapi biasa la hari sabtu. Bukannya senang nak
bangun pagi”. Balas Ifran dengan ketawa kecil. Atikah memandang wajah ketawa
milik kekasih hatinya itu. Dia betul-betul rindukan wajah itu. Dia rindukan
segala-galanya tentang Ifran. Cara lelaki itu tersenyum, ketawa, berjalan,
termenung dan segala-galanya tentang Ifran masih lagi segar diingatannya. Namun
semua itu sudah berlalu, lelaki yang mengajarnya erti cinta itu kini sudah jauh
meninggalnya untuk bersama Umairah, bekas sahabat baiknya.
Ifran merenung wajah cantik milik Atikah dalam-dalam.
Betul-betul cantik. Namun hati budi Atikah yang baik itu yang menyebabkan dia
jatuh hati pada gadis didepannya kini. Mereka menatap antara satu sama lain. Lama!
Melepaskan rindu dendam yang hanya hati mereka mengetahui.
“Saya mintak maaf yer pasal tu”. Tiba-tiba sahaja Ifran
bersuara. Menyedarkan Atikah yang hanyut dalam renungan asyik Ifran padanya. Dia
beristighfar didalam hati. Sedar dia sudah tewas dengan perasaan sendiri.
Perasaan cinta terhadap Ifran masih lagi mekar mewangi didalam jiwanya.
“Pasal apa?” Soal Atikah dengan kerutan halus didahi.
Tidak dapat menangkap kata-kata maaf yang dihulurkan. Ifran menarik nafas
panjang sebelum meluahkan rasa. Dia mahu memulakan segala-galanya kembali.
Bukan kerana mahu membalas dendam terhadap Umairah tapi kerana cinta yang
memang masih kukuh dihati.
“Pasal hubungan kita dulu. Kalau saya percayakan awak
pasti benda macam ni takkan berlaku. Mesti kita masih bersama dan saya bukanlah
suami kepada Umairah.” Ifran menebarkan rasa hati. Atikah diam membukam.
Kata-kata Ifran yang cukup syahdu itu meresap ke jantungnya. Buat jiwanya
semakin merana dengan perpisahan mereka. Dia menunduk sebelum menjawab kata-kata
lelaki kacak didepannya.
“ Dah nak buat macam mana, tak ada jodoh kita. Jodoh
antara awak dan Mai lagi kuat.” Balas Atikah perlahan. Sedaya mungkin dia cuba
mempertahankan perasaannya dari termakan dengan bicara penuh penyesalan dari
Ifran. Kata-kata Atikah buat hati Ifran gelisah. Dia merengus perlahan.
“ Tikah...” panggil Ifran lembut, menggetarkan perasaan
Atikah yang sememangnya masih berdetak kencang saat ini. Atikah membalas
pandang. Menanti Ifran merungkaikan kata-kata yang masih lagi tergantung.
“ kita mula balik...”
“mula apa?” soal Atikah pantas. Tidak faham dengan ayat
sekerat daripada bekas kekasihnya itu. Ifran menatap lama wajah Atikah.
Walaupun tidak cukup yakin untuk menyuarakan isi hatinya namun dia masih mahu
mencuba.
“ hubungan kita yang dah putus... kita bercinta semula Tikah.
Macam dulu-dulu.” Tutur Ifan penuh berharap. Atikah terkedu. Terkebil-kebil
matanya dengan ucapan Ifran yang berada diluar jangkaannya.
“ are you crazy? Ifran... awak suami Umairah. Awak bukan
bujang lagi nak kembali bersama dengan saya macam dulu.” Melengking suara
Atikah memarahi Ifran. Tak sangka Ifran tergamak berkata sebegitu. Walaupun dia
masih sayangkan bekas kekasihnya itu, tapi untuk bersama semula dengan jejaka
itu tak mungkin padanya. Dia tak tergamak untuk buat semua itu.
“ye memang saya suami Umairah tapi...”
“dah tahu awak tu suami Mai, kenapa masih nak cakap benda
tak berfaedah macam ni?” tempelak Atikah geram. Matanya mencerlung garang
kearah Ifran yang menatapnya penuh berharap.
“Saya tak cintakan Umairah.” Ifran membuat pengakuan
ringkas.
“ cinta ke tak cinta ke awak tetap suami dia...”
“Atikah... saya masih cintakan awak... saya sayangkan
awak. Saya tak cintakan Umairah. Dia perangkap saya supaya kahwini dengan dia.
Saya nak mula balik dengan awak. Please sayang.” Ucap Ifran bersungguh-sungguh.
Mahu mencantas segala jawapan dari Atikah sebentar tadi. Atikah mengangkat muka
yang tunduk sedari tadi. Dia memandang kedalam mata Ifran. Hatinya resah
gelisah. Permintaan Ifran terlalu menarik, sukar untuk nafsunya menolak
kata-kata lelaki itu.
“ Sorry.... If. Saya tak nak cakap lagi benda tu. Kita
kawan je lah ye. Benda yang lepas tak payahlah kita kenang lagi. Awak dah ada
kehidupan awak. Baik awak hargainya sekarang.” Pujuk Atikah. Tawaran Ifran
benar-benar menggoda hati dan perasaannya namun dia cepat sedar. Dia tak mungkin
akan buat begitu kepada Umairah. Walaupun Umairah menganggapnya dia musuh tapi
dia masih menganggap gadis itu teman baiknya., teman semenjak sekolah menengah
lagi.
“Tapi saya tak cintakan dia Tikah.... Malah boleh
dikatakan benci. Macam mana saya nak hidup dengan orang saya benci. I love u Tikah.
Please.. Kalau awak nak suruh saya berpisah dengan dia pun tak pe. Saya tak
kisah”. Rayu Ifran. Dia tak malu untuk merayu asalkan apa yang dia ingini akan
diperolehi. Cintanya masih dalam buat Atikah, tidak pernah berubah seperti
diawal percintaan mereka.
“Hidup ni bukan pasal cinta je If... Awak dah kawin
dengan Umairah. Nak tak nak awak kena bertanggungjawab. Dia isteri awak. Cinta
bila-bila masa boleh dipupuk. Hari ni mungkin tak ada... Esok-esok ada la tu...
Umairah sayang betul dekat awak. Kalau tak, dia takkan buat camtu dekat saya.”
Pujuk Atikah. Dia perlu mengelak dari mendengar kata-kata lelaki ini. Dia takut
jika terlalu mengikut perasaan mungkin sahaja dia akan menerima kembali kekasih
yang masih dicintai ini. Dia tidak kuat melawan godaan yang maha dasyat.
“ Dia tak cintakan saya, dia sendiri mengaku tentang
perkara ni. Malah dia gunakan awak sebagai alasan untuk kawin dengan saya.
Kalau awak tak percaya pergilah tanya dia. Saya tak kisah asalkan kita dapat
bersama kembali.” Tegas Ifran. Atikah kelihatan tersentak. Tak percaya
barangkali dengan kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Ifran.
“ Apa awak merepek ni If?”Soal Atikah dengan getaran
hebat didadanya. Matanya sudah memerah menahan tangis. Terkilan sungguh
perasaannya dengan perkhabaran yang dibawa Ifran. Apa maksud yang dia menjadi
punca perkahwinan Umairah dan Ifran. Bukankah sepatutnya alasan perkahwinan
mereka kerana Umairah terlalu cintakan Ifran, kenapa perlu ada nama dia dalam
hal ini?
“ Dia sendiri cakap yang dia kahwini saya sebab saya ni
kekasih awak. Kalau orang lain kekasih awak dia akan kawin dengan orang lain.
Saya pun tak faham kenapa dia cakap macam tu.” Hati Atikah bagaikan nak gugur
mendengar kata-kata akhir Ifran. Sampai hati Umairah . Bisik hatinya. Kenapa
Umairah buat dia begitu? Apa salahnya sampai temannya menghukumnya sebegitu?
Sangkanya kerana terlalu mencintai Ifran, gadis itu sanggup menikamnya dari
belakang.
Dia masih dapat menerima kalau itu alasannya. Mungkin dengan
melepaskan Ifran, Umairah akan berbaik kembali padanya. Tapi, kenapa? Kenapa
bukan itu menjadi penyebab. Kenapa dia yang jadi penyebab. Nampak sangat Umairah
sengaja melukakan hatinya. Mata Atikah mula berbalam-balam. Kolam matanya yang
sudah sarat dengan mutiara hangat mula pecah. Satu persatu air matanya jatuh
membasahi pipi.
“Saya pergi dulu. Saya ada hal.” Atikah meminta diri
lekas-lekas. Tak sanggup rasanya untuk dia terus mendengar kenyataan demi
kenyataan dari Ifran perihal Umairah. Dia mengemas segala barang yang dibawa.
Terus dimasukkan dalam beg. Wajahnya yang lencun dengan air mata tidak lagi
dihiraukan. Dia mahu bertenang. Dia mahu fikir secara positif setelah bertenang
kejap lagi. Ifran terpinga-pinga dengan perbuatan mengejut Atikah. Dia tidak
mampu menghalang tatkala melihat rakannya sudah berada dipintu bilik diskusi
itu. Dia menghantar pemergian Atikah dengan hati yang kecewa.
Puan Zaleha melihat suaminya sedang bersiap-siap dengan
perasaan tertanya-tanya. Nak kemana pulak suaminya? Siap pakai minyak wangi pulak tu. Aii... Takkan
dah ada orang ketiga. Baru setahun yang lepas dia berkahwin dengan isteri
keduanya itu takkan dah jumpa bakal isteri ketiga. Lelaki macam tu lah. Tak
cukup dengan seorang. Dia harap sangat anak-anaknya Umairah dan Sarah tidak
mendapat nasib yang sama dengannya. Dia akui suaminya itu adil dan
bertanggungjawab terhadap kedua-dua isterinya tetapi rasa cemburu tetap ada
dihatinya. Perempuan. Mana ada yang sanggup berkongsi.
“Abang nak kemana ni. Wangi bukan main.” Soal puan Zaleha.
Dia sedang mengemas bilik tidur mereka. Setelah bersarapan barulah biliknya
dikemas. Memang itu rutin hidupnya. Nasib baik hari ini cuti. Bolehlah dia
berehat. Ingatkan dapat berehat bersama suami tersayang tapi rupanya tak.
Suaminya ada agenda sendiri diluar.
“Abang nak pergi bank kejap. Nak transfer duit dekat Nur.
Zainab cakap duit ptptn Nur tak masuk lagi.” Terang encik Ismail tanpa
berselindung. Memang itu tujuannya. Dia akan pergi bersama isteri keduanya,
Zainab. Puan Zaleha terdiam seketika. Nur adalah anak tirinya. Meski pun
sekadar anak tiri, suaminya dah menganggap gadis itu sama seperti anaknya
sendiri.
“ Sarah dan Mai tak de pulak cakap nak duit.” Puan Zaleha
berkata. Dia tiba-tiba risaukan
anak-anaknya. Tahu sangat perangai dua orang anak gadisnya yang tidak
suka menyusahkannya.
“Ade lagi la tu kot duitnya.. Kalau tak de dia mesti dah
mintak.” Jawab encik Ismail lembut. Tidak mahu isterinya terus dilanda
kerisauan. Dia tidak pernah membezakan antara anaknya dan anak tirinya. Baginya
semua sama. Cuma dia tidak cukup rapat dengan Umairah. Apatah lagi semenjak dia
berkahwin kali kedua.
“ Kalau macam tu abang masukkan sekali lah duit dekat Mai
dengan Sarah. Budak berdua tu bukannya reti nak mintak duit. Segan sangat
dengan kita.” Cadang puan Zaleha. Dia kenal sangat perangai anak-anaknya tu.
Entah ape lah yang disegankan sangat dengan mak bapak sendiri.
“Umm bagus jugak tu. Karang makin kurus pulak si Sarah
dan Mai. Dah la memang kurus.” Encik Ismail sempat berlawak. Puan Zaleha ketawa
kecil dengan lawak spontan suaminya. Dia mencari sesuatu dalam laci meja solek
dibilik mereka.
“ Leha cari ape pulak tu.” Soal encik Ismail. Pelik
dengan tingkah laku si isteri yang tiba-tiba mencari barang.
“ Nombor bank Sarah dan Mai la. Abang dah ade ke belum?”
Puan Zaleha menjawab sambil melontarkan pertanyaan. Dia terus mencari buku
catatannya.
“Abang dah ada la. Dah save dalam handset.” Puan zaleha
menghentikan pencariannya. Dia tersenyum mesra ke arah suami.
“Abang pergi dengan siapa ni? Dengan Nab ke?” Puan Zaleha
meneka rambang. Rasanya suaminya bukanlah jenis suka berjalan sorang diri.
Kalau dulu selalu dia akan dipaksa untuk meneman kemana-mana. Tapi rasanya
sekarang tak perlu lagi.
“A’ah. Kenapa Leha nak ikut ke. Jom la. Abang ingat nak
teman Nab pergi cari barang-barang. Kot Leha pun ade barang-barang yang nak di
cari.” Ajak encik Ismail ikhlas. Puan Zaleha terdiam. Boleh ke dia buat macam
tu? Mustahil. Bukan dia sahaja yang tidak selesa, Zainab pun pasti tak selesa
juga.
“ Tak pe la bang. Leha tak de barang pon nak cari. Lain
kalilah.” Encik Ismail sudah dapat mengagak jawapan itu. Mana mungkin madu akan
berjalan sama-sama. Dia pun akan rasa canggung nanti. Dia akan bawa isteri pertamanya
jalan-jalan lain kali. Biarlah dia bawa isteri keduanya dulu hari ini.
“Abang pergi dulu la. Kalau tiba-tiba nak apa-apa telefonlah
yer.” Pesan encik Ismail. Puan Zaleha sekadar mengangguk lalu membontoti
suaminya ke pintu depan. Memang itulah rutinnya semenjak 23 tahun berkahwin.
Dia pasti akan menghantar pemergian suami dihadapan pintu. Puan Zaleha
menghulurkan tangan kepada suaminya. Apabila salamannya disambut dia mencium
lembut tangan suami kesayangannya itu.
best nak lagi.
ReplyDelete