Bab 10
“ Ini bahan yang saya dapat.” Jelas Haikal sambil
meletakkan nota-nota tugasan kelas Kenegaraan diatas meja. Dia, Zizie dan
Umairah telah membahagikan kerja masing-masing dalam menyiapkan tugasan dari
dr.Zubaidah. Zizie mengambil nota yang terletak diatas meja dan dibaca didalam
hati. Kepalanya terangguk-angguk ketika membaca isi penting nota tersebut. Setelah
dibaca, nota itu diberikan pula kepada Umairah yang sedia menghulurkan tangan
untuk mengambil helaian kertas itu.
“Hmmm... Padat la isi yang awak bagi ni.” Puji Umairah
dengan sebaris senyuman. Haikal tersengih girang. Terdetik rasa bangga dipuji
dengan kerja yang di buat lagi-lagi pemujinya adalah orang yang disayang.
“Kalau semua point dah ada, jom kita gabungkan je sekarang.”
Cadang Zizie sambil mengeluarkan laptop lalu di tekan punat ‘on’. Haikal dan
Umairah bersetuju dengan idea bernas dari Zizie. Masing-masing membuka laptop.
“Nak compile dekat mana?” soal Umairah pendek. Tangannya
mencapai beg sandang lalu diselok beg itu untuk mendapatkan pendrive.
“Gabung kat laptop aku je la... Akukan yang kena buat
slide powerpoint.” Tokok Zizie dengan mata yang mengadap laptop. Sempat lagi
dia melayari internet dan melayan facebook.
“ Oiii mak cik ni... Sempat lagi dia berfacebook.” Usik
Umairah sambil menepuk bahu Zizie tatkala matanya melihat Zizie asyik dengan
mukabuku. Zizie ketawa kecil sambil membalas tepukan mesra Umairah.
“Biasa la orang glamour...” Balas Zizie tak nak kalah.
Haikal tersenyum melihat kemesraan kedua-dua sahabat barunya. Tak dinafikan
hubungan mereka semakin akrab semenjak dua menjak ini.
“Kau ada pendrive tak Haikal?” Tegur Zizie seraya
menjeling Haikal yang berada disebelahnya. Haikal yang sedang mencuri pandang
kearah Umairah tersentak, mula kalut apabila Zizie tersengih ke arahnya. Seolah-olah
Zizie dapat menangkap tindakannya yang mencuri pandang ke arah Umairah.
“Hah?” Tanya Haikal kabur. Berharap Zizie mengulang
kembali persoalannnya itu tadi.
“Kau ada pendrive tak? Kalau tak ada send by email je la
kerja kau tu.” Ulang Zizie sekali lagi. Tersenyum-senyum dia melihat wajah
Haikal yang kelam-kabut ketika jejaka itu galak merenung kawan baiknya. Nasib
baik Umairah tidak sedar tingkah laku lelaki ini. Ahh Umairah bukannya jenis
mudah perasan apa yang berlaku disekelilingnya.
“Aku send by email je la... Kejap yer.” Minta Haikal.
Matanya kembali tertacap pada dada skrin laptop dihadapannya. Suasana menjadi
bisu antara mereka. Masing-masing sibuk mengadap laptop sendiri.
“Nah pendrive aku.. Kau ambil dalam folder kenegaraan
yer.” Suara Umairah memecah kesunyian. Zizie mencapai pendrive yang dihulurkan
kepadanya sebelum disuakan kepada laptop miliknya. Perbincangan mereka
berlarutan sehingga ke petang.
Zizie mengemas barang-barang miliknya yang bersepah
diatas meja di perpustakaan setelah tamat sesi perbincangan kumpulan. Umairah
telah lama meninggalkannya dan Haikal kerana ada urusan yang perlu
diselesaikan.
“ Kau ada hati dekat Mai ke?” Terpancul soalan cepumas
dari mulut Zizie disaat dirinya sibuk mengemas. Haikal yang sedang menyimpan
laptop dalam beg galasnya menghentikan perbuatannya. Matanya berkalih pada
wajah Zizie yang tenang memandang kearahnya.
“ Hmmm... Hmm.” Tergagap-gagap Haikal mahu meluahkan isi
hatinya. Wajahnya mula hangat menahan malu. Tidak sangka Zizie boleh membaca
perasaannya. Zizie melebarkan senyuman tawar. Dapat mengagak perasaan Haikal
buat Umairah.
“ Putus asa je la Haikal...” Suruh Zizie demi mematahkan
semangat Haikal. Mana mungkin Haikal dapat merebut hati Umairah apabila gadis
itu sebenarnya isteri orang.
“Kenapa pulak? Salah ke kalau aku suka dia?” Agak keras
nada bicara Haikal. Kurang senang dengan kata-kata Zizie seperti memperlekehkan
perasaannya.
“Salah tu tak la...”
“Kalau tak salah kenapa tak boleh?” Potong Haikal dengan
suara yang kian meninggi. Matanya merenung wajah Zizie yang sememangnya masih
memandang kearahnya. Zizie mengeluh perlahan. Boleh tahan garang mamat ni!
Cetus hatinya.
“ Kau akan menyesal nanti Haikal. Baik lupakan je la
perasaan kau tu sebelum terlambat.” Desis Zizie lagi. Raut wajah Haikal semakin
menegang.
“ Siapa kau nak tentukan aku menyesal atau tidak nanti?
Kau bukan tuhan yang boleh tentukan masa depan aku!” Bentak Haikal.
“ Dia tu bini orang la Haikal. Kau tergamak ke nak runtuhkan
masjid orang?” Bidas Zizie sinis. Haikal terperanjat besar. Raut wajahnya tadi
yang menegang kini berubah riak. Dia kabur dan tidak mengerti dengan kata-kata
akhir Zizie.
“Apa? Umairah tu isteri orang? Kau jangan main-main
Zizie.”
“ Ya Allah Haikal... Buat apa aku nak main-main. Umairah
tu memang isteri orang. Kalau kau tak percaya, pergi tanya dia. Takkan kau tak
perasan cincin dekat jari manis dia tu?” Tegas Zizie. Tangannya yang tadi sudah
terhenti dari mengemas kini kembali bergerak. Wajah Haikal berubah menjadi
sayu. Macam mana dia langsung tidak tahu hati Umairah sudah jadi milik orang?
“Siapa suami dia? Student jugak ke?” Haikal sekadar
berbasa-basi. Raut kecewa masih terukir diwajahnya. Zizie merenung lama wajah
Haikal yang jelas terluka dengan berita yang dibawa. Tapi apakan daya,
kenyataan Umairah isteri kepada Ifran tetap tidak dapat diubah.
“ Budak course kitorang. Diorang kahwin masa cuti
semester lepas. Aku harap kau fahamlah dengan pesanan aku ni.” Ujar Zizie
tenang. Dia bersimpati terhadap Haikal yang ternyata amat menyukai Umairah.
Zizie menggalas beg sandang dan memaut kemas fail yang dibawa. Sudah bersedia
untuk beredar dari perpustakaan.
“ Aku balik dululah. Assalamualaikum.” Zizie meminta diri
setelah melihat Haikal hanya diam membukam tanpa membalas sebarang kata.
Mungkin jejaka itu sedang mengurus hatinya untuk menerima kenyataan yang pahit
untuk ditelan itu.
“ Kejap Zizie...” Panggil Haikal sambil menghentikan
langkahnya dihadapan Zizie yang sudah beberapa langkah pergi meninggalkannya.
Zizie menjungkitkan keningnya. Meminta Haikal menyambung kata-katanya yang
masih tergantung.
“Maaf sebab marahkan kau tadi. By the way, terima kasih
beritahu aku tentang perkara ni.” Ucap Haikal dengan ikhlas. Senyuman walaupun
pahit tetap dilemparkan kepada Zizie yang setia memandangnya.
“ Tak pe.. Aku faham perasaan kau. Aku pun tak nak bagi
kau jadi orang ketiga dalam hubungan Mai dengan suami dia.” Balas Zizie lembut.
Bibirnya terukir senyuman manis. Berharap dengan senyuman mesranya itu semangat
Haikal kembali pulih.
Umairah mengerutkan dahinya melihat telatah Haikal yang
diam membukam sedari tadi. Asalnya, dia mahu makan bertiga dengan Haikal dan
Zizie namun tidak jadi apabila Zizie keluar bersama teman lelakinya, Rashid.
Jadi, tinggallah dia dan Haikal menjamu selera berdua.
“Haikal...” Tegur Umairah lembut. Sekali sekala matanya
memandang pinggan nasi Haikal yang masih penuh. Lelaki itu kelihatan tidak
berselera dengan menu tengahari mereka.
“Hmmm?” Gumam Haikal. Pandangannya terhenti pada wajah
Umairah.
“Tak sedap ke?” Soal Umairah ringkas. Nasi berlauk
didalam pinggannya sudah hampir licin dibedal. Rasanya enak seperti selalu!
“Apa?”
“Nasi awak la. Macam tak ada nafsu je nak makan.. Kenapa?”
Tanya Umairah lagi. Haikal tersengih tawar. Sikap ambil berat Umairah buat
jiwanya semakin merana. Kenapa mesti Umairah jadi milik orang?
“ Tak ada la...” Pendek sahaja jawapan Haikal. Umairah
makin pelik dengan sikap bisu Haikal. Biasanya jejaka ini tidak begitu. Haikal
bukanlah kategori banyak mulut tapi tidaklah pendiam. Mungkinkah dia tidak
selesa dengan aku? Umairah mula buat andaian sendiri.
“Tak sihat ke?” Haikal menggeleng lemah dengan pertanyaan
Umairah. Hatinya makin sakit dengan sikap penyayang yang ditonjolkan Umairah.
Satu keluhan kecil dilepaskan Umairah. Mungkin Haikal ada masalah lain agaknya.
Aku mana tahukan. Bisik hati Umairah demi mengelakkan diri dari berfikir
perkara yang negatif.
“ Mai...” Seru Haikal disaat suasana antaranya dan
Umairah kembali hening. Masing-masing ketandusan idea untuk berbicara. Umairah
yang sedang menyedut minumannya membuang pandang kearah Haikal.
“Apa?”
“Betul ke awak dah kahwin?” Terpancul soalan yang sudah
lama berlegar dibenaknya. Sudah hampir seminggu Zizie memberitahu kepadanya kenyataan
itu namun baru hari ini dia berani menggagahkan diri meminta penjelasan
daripada Umairah. Umairah tersedak dengan pertanyaan Haikal yang terlalu
mengejut. Terbatuk-batuk dirinya demi melegakan tekak. Wajah Haikal dipandang
lama, otaknya berfikir panjang jawapan yang sesuai untuk pertanyaan lelaki ini.
“ Ye.” Akur Umairah dengan kepala yang dianggukkan
perlahan. Sememangnya dia tidak gemar sekiranya terlalu ramai yang mengetahui
statusnya. Tapi, apa boleh buat. Sampai bila perkara ini perlu disembunyikan.
Pengakuan jujur dari Umairah bagaikan belati tajam membelah dada Haikal.
Perasaan kecewa kembali bertebaran disudut hatinya. Tidak sangka kini dia
mendengar pengakuan itu dari mulut Umairah sendiri. Suasana antara Haikal dan
Umairah kembali sunyi. Masing-masing sibuk melayan perasaan sendiri. Setelah
beberapa minit berlalu mereka akhirnya berpisah selepas selesai menjamu selera.
Bab 11
Ifran mengekori langkah Atikah yang dalam perjalanan ke
rumah sewanya. Senyuman kecil terukir dibibirnya apabila melihat Atikah tidak
menyedari kehadirannya saat ini.
“ Surprise!” Jerit Ifran dengan nada suara yang tidak
terlampau kuat. Sejambak bunga mawar merah dihadiahkan kepada Atikah yang
kelihatan terkejut dengan perbuatannya. Atikah memandang sinis kearah Ifran.
Langsung wajah teruja mahu pun gembira tidak terpancar pada riak wajahnya. Satu
jelingan tajam dihadiahkan kepada Ifran. Rimas! Itulah rasa hatinya.
“Nah untuk awak...” Jelas Ifran sambil mengunjukkan
jambangan bunga itu kepada Atikah.
“ No thank.” Tolak Atikah. Dipaparkan raut bosan dan
tidak berminat dengan kehadiran Ifran didepannya kini.
“Ambil la Tikah.. Saya ikhlas berikan bunga ni kepada
awak.”
“Awak tak faham bahasa ke If?” Soal Atikah. Nada suara
mula meninggi melihat sikap Ifran yang tidak pernah kenal erti putus asa.
“ Tikah... Saya sayangkan awak dan saya tahu awak juga
sayangkan saya. Kenapa kita perlu bergaduh macam ni?”
“ Saya tak sayangkan awak!”
“Awak sayangkan saya.” Potong Ifran pantas. Direnung
sepasang mata cantik milik Atikah. Ifran cuba menyampaikan rasa hatinya melalui
sinaran dari panahan mata kepada Atikah.
“ So? Kalau saya sayangkan awak apa masalahnya? Kenyataan
awak suami kepada Umairah tetap tidak berubah.” Bidas Atikah keras. Panahan
asmara dari Ifran buat jiwanya mula berkocak. Meronta-ronta hatinya ingin
membalas cinta Ifran yang masih menggunung. Namun, cepat-cepat dia beristighfar
didalam hati. Memohon kepada Allah S.W.T supaya sering melindungi perasaannya
agar tidak mudah termakan pujukan Ifran. Dia perlu sedar yang dia dan Ifran
tidak mungkin kembali seperti dulu lagi.
“Saya tak cintakan Umairah. Saya sanggup berpisah dengan dia
untuk bersama awak!” Tegas Ifran bersungguh-sungguh.
“ Awak fikir dengan berpisah boleh buat saya terima awak
kembali ke? Tak payah berangan la If! Saya sampai ke mati tak akan terima
kembali awak. Tak kiralah awak bercerai ke, tak bercerai ke dengan Mai
jawapannya tetap sama iaitu tak mungkin!”
“Tikah...” seru Ifran agar Atikah memahami perasaan
hatinya. Direnung wajah Atikah dengan pandangan syahdu agar gadis itu dapat
menyelami perasaannya yang masih cintakan dirinya.
“ Awak dah ada isteri, If. Awak patut serahkan cinta awak
kepada Mai. Bukan saya!” Luah Atikah. Suaranya yang tadi meninggi kian
mengendur. Dia rela hatinya hancur berkecai asalkan Umairah bahagia disamping
Ifran. Kisahnya dan Ifran dah berlalu. Itu kenyataan yang pasti kini.
“Saya tak akan dapat cintakan dia Tikah dan yang penting
sekarang ni saya cintakan awak. Saya tak perlukan dia dalam hidup saya malah
dia juga macam tu. Tolong Tikah. Terima saya kembali. Kita sambung semula
hubungan kita. Saya janji tak akan sia-siakan cinta awak lagi selepas ini.”
Atikah merengus kasar mendengar balasan dari Ifran. Kenapa sukar sangat Ifran
faham situasi mereka saat ini. Mereka tak mungkin bersama! Atikah merampas
bunga pemberian Ifran kasar.
“Tha...” Belum sempat lagi Ifran mengucapkan terima kasih
atas kesudian Atikah menerima bunganya, mulutnya kembali terkunci. Atikah
membedal Ifran dengan bunga mawar dibawa sepuas hati. Sakit sungguh hatinya
melihat sikap Ifran yang tidak faham bahasa.
“Awak dengar sini baik-baik If.. Saya tak akan terima
cinta awak sampai bila-bila! Jadi tak perlulah awak nak berpisah dengan Mai dan
tak perlulah pujuk saya lagi kerana jawapan saya tak akan berubah sampai
bila-bila. Noktah!” Jerkah Atikah setelah puas membelasah Ifran dengan bunga
mawar pemberian jejaka itu. Kelopak bunga mawar yang berguguran ibarat cintanya
yang telah lama terkubur buat Ifran. Atikah bergegas meninggalkan Ifran sebelum
jejaka itu sempat membalas kata-katanya. Dia tidak mahu terus berhadapan dengan
Ifran, takut sekiranya keputusan yang sudah dibuat akan berubah kembali atas
dasar kasih dan sayang yang masih mewangi dihati.
Umairah
duduk termangu didepan tasik yang cukup indah pada pandangannya. Zizie hilang
entah ke mana. Katanya tadi mahu mencari air minuman. Bersendirian begini buat
dia terkenangkan kehidupannya saat ini. Banyak yang telah berubah dan semuanya
terlalu mendadak. Kadang-kadang dia tanya pada diri sendiri sekiranya ada rasa
menyesal dengan perbuatan sendiri. Semestinya rasa kesal itu ada dalam jiwanya
namun ianya tak seberapa berbanding kegembiraannya kerana berjaya menyakitkan
hati Atikah.
“ Assalamualaikum...” Satu suara yang tidak asing pada
pendengaran Umairah memberi salam. Baru sahaja Umairah terkenangkan gadis itu,
kini sudah muncul wajah itu dihadapannya. Pantas Umairah memusingkan badan demi
memandang wajah pemberi salam. Dasar perempuan tak tahu malu. Belum apa-apa
lagi sumpah seranah sudah ditebarkan khas untuk wanita cantik yang didepannya
didalam hati.
“ Waalaikummussalam...” Balas umairah malas. Tak kuasa
dia mahu melayan gadis yang tak reti-reti dengan bahasa badan yang diutuskan
selama ini. Tak fahamkah Atikah dengan sikap dinginnya selama ini. Dia benci
mengadap wajah Atikah yang dirasakan sangat hipokrit itu. Konon berlagak mulia
dan teraniaya.
“ Kau buat apa kat sini? Sorang je ke?” Soal Atikah.
Masih mahu memancing minat Umairah yang jelas tiada minat untuk bersembang
dengannya. Sebenci itukah Umairah terhadapnya. Tapi kenapa? Hati Atikah
berbolak balik. Umairah hanya membeku tanpa membalas pertanyaan Atikah. Dia
lebih gemar melayan Atikah dengan cara berdiamkan diri.
“ Mai... Kenapa kau marah
sangat terhadap aku? Apa aku dah buat?
Cuba bagitau. Mungkin aku tak sedar kesalahan yang telah aku lakukan. Kalau
kau terus dengan sikap dingin macam ni, macam mana masalah antara kita nak selesai?
Kau benci aku pasal Ifran ke?” Atikah bertanya lagi. Dia tidak akan berhenti
membuat pertanyaan sehingga dia tahu punca hubungan harmoni antara dia dan Umairah
berkecai begitu sahaja. Semuanya berlaku terlalu mendadak padanya.
“ Siapa cakap nak selesaikan masalah antara kita? Kita pernah ada masalah ke? Bukankah kita memang
macam ni dari dulu lagi?” Tempelak Umairah. Langsung tidak menjawab persoalan
dari Atikah. Dia bingkas bangun dari bangku. Malas mahu melihat wajah kesian
milik Atikah. Bosan.
“ Mai kenapa kau jadi macam ni? Dulu kita tak macam ni. Kita
sayang antara satu sama lain.” Belum habis lagi Atikah berkata, Umairah sudah
memotong ayatnya.
“ Sayang antara satu sama lain??? Hey please la... Kau
ingat aku lesbian nak sayang kau. Aku dah ada suamilah. Kalau kau nak terus
perangai songsang kau tu kau terus lah sorang-sorang. Tak payah nak ajak aku
buat perkara terkutuk macam tu.” Sela Umairah tanpa perasaan. Ahh pedulikan
hati Atikah yang terluka. Kalau diikutkan hati aku ini lebih banyak terluka
berbanding dia...
“ Mai... Apa pulak macam tu. Salah ke kita sayang antara
satu sama lain atas nama persahabatan?” Tingkah Atikah demi membetulkan
tanggapan Umairah. Namun dia tahu Umairah tidak serius dengan kata-katanya itu.
Gadis itu sekadar mahu menyakitkan hatinya sahaja. Kata-kata Atikah
mendatangkan rasa geram dihati Umairah. Kenapa Atikah tidak mahu faham yang dia
sudah membenci wanita itu. Tidak kira la apa-apa sebab pun.
“ Kau berambus sekarang!
Aku benci tau tengok muka kau. Kau faham tak?” Tengking Umairah dengan
mata yang terjengil. Hatinya mendidih dengan sikap Atikah yang tidak faham
bahasa.
“ Aku tak faham, sebab tu aku tanya kau. Apa yang
menyebabkan kau benci aku? Apa yang aku dah buat sampai kau benci aku? Itu
persoalannya kini.” Tegas Atikah bertanya. Dia nak kan jawapan segera. Dia
sudah penat hidup dengan penuh tanda soal begini. Dia sangat yakin dengan
hatinya. Umairah ada perkara yang disembunyikan darinya. Perkara yang cukup
buat gadis itu terluka dengannya. Dia tahu Umairah bukan begini. Umairah yang
dikenali dari zaman sekolah bukan begini orangnya.
“ Kenapa kau tak nak faham Atikah. Aku benci kau. Aku
benci tau tak! Berambus dari mata aku sekarang dan selama-lamanya.” Jerit
Umairah lagi. Lantang. Hatinya hampir pecah menahan rasa geram yang menebal dengan
sikap perempuan didepannya ini. Atikah dihadapan Umairah sedikit tersentak dek
kelantangan suara wanita itu, sedikit sebanyak rasa hiba mula merajai hati.
Namun Atikah tidak mudah putus asa, selagi kebenaran tentang hubungannya dan
Umairah belum tersingkap selagi itulah dia tidak akan mengalah.
“ Aku tak akan pergi selagi kau tak beritahu punca kau bersikap
begini. Aku kenal kau Mai. Aku cukup kenal perangai kau malah sikap kau yang
merampas Ifran dari aku juga bukan perangai kau. Kau tak akan buat aku macam
ni. Kau seorang yang setiakawan bukannya manusia yang kawan makan kawan. Aku
yakin tentang itu!” Balas Atikah masih berharap jawapan dari Umairah. Umairah
ketawa jengkel dengan kata-kata Atikah yang cukup jelik pada pendengarannya.
‘Kau ingat kau siapa Atikah sampai aku tak mampu buat kau
macam tu.’ Bisik hati Umairah geram.
“ So, kalau bukan aku yang rampas Ifran dari kau siapa?
Kau ingat kau hebat bila Ifran masih terkejar-kejar kau? Kau nak berlagak la
dengan aku yang kononnya bila Ifran dah kawin dengan aku tapi dia masih syok
gila dengan kau? Macam tu? Aku tak heran pon semua tu Tikah sebab walau apa pon
yang berlaku kau tetap tak akan dapat bersama Ifran meskipun dia kejar kau sampai
ke planet Pluto sekalipun. Sebab dia suami aku dan setahu aku dia takkan
ceraikan aku. So kau tak payah nak berlagak sangatlah dengan sikap Ifran
tu. Kalau kau nak duduk kat sini duduk
la. Aku tak halang kerana tempat ni bukan tempat aku pun.” Balas Umairah sinis
sambil meninggalkan Atikah yang melopong mendengar kata-katanya yang cukup riak.
Baru dua langkah yang diturunkan oleh Umairah tiba-tiba gadis itu kembali
semula ke arah Atikah... Atikah tersenyum melihat gadis itu kembali semula
kepadanya.
“ Pang”. Satu tamparan melekat pada pipi mulus Atikah.
Atikah terpaku manakala Umairah tersenyum penuh bangga. Gembira kerana berjaya
menampar bekas temannya itu.
“ Hutang masa dekat hospital hari tu...” Belum habis lagi
Umairah berkata terasa ada satu tangan menyentuh bahunya pula. Dia memusingkan
badannya demi memandang penyentuhnya. Hatinya kuat mengatakan Zizie. Mesti
Zizie marah setelah melihat dia menampar Atikah.
“ Pang”. Lima jari melekat pada pipi Umairah. Umairah
tersentak dengan tamparan yang tak semena-mena itu.
“ Balasan kerana tampar awek aku...” Ifran berkata keras.
Umairah tersenyum sinis meskipun hatinya cukup sakit dengan sikap Ifran. Tergamak
Ifran menamparnya hanya kerana Atikah!
“ Kalau kau sayang sangat awek kau ni, beritahu dia lepas
ni jangan cari aku lagi. Kalau tak lepas ni aku tak tahu apa yang aku akan buat
pada dia. Kalau kau sayang sangat awek kau ni, kau boleh ceraikan aku sekarang
dan pergilah bernikah dengan dia. Aku secubit pun tak heran dengan kau mahu pun
awek kau ni.” Balas Umairah dengan hati yang cukup sakit. Ditenung bagai ingin
ditelan wajah Ifran yang berada didepannya kini. Kalau lah kuasa cerai ada
padanya sudah lama dilafazkan talak tiga kepada suaminya... biar mereka
langsung tiada apa-apa hubungan lagi.
Umairah bergegas pergi meninggalkan
pasangan kekasih yang cukup memualkan hatinya. Tanpa sedar ada air mata
mengalir dikedua belah pipinya. Hatinya teramat kecewa dengan sikap Ifran.
Haikal yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian sedikit
terperanjat dengan pergaduhan yang dilihat antara Umairah, Atikah dan Ifran.
namun begitu, satu senyuman terjungkit dibibirnya. Nampaknya peluang untuk dia
merebut hati Umairah masih terbuka luas!
No comments:
Post a Comment