BAB 2
“Jom pergi makan. Lapar la”. Ajak Umairah sambil
tangannya menggosok perut. Zizie sekadar mengangguk. Perutnya merasa benda yang
sama seperti yang dirasa oleh perut Umairah. Mereka menapak ke kedai makan yang
biasa mereka pergi, disitu makanannya sedap dan harga pula berpatutan. Padanlah
ramai orang dikedai itu.
Mata Umairah sekali lagi bertembung dengan seseorang.
Berjodoh betul aku dengan minah ni. Bisik hati Umairah. Sengaja dia meletakkan
tangannya pada wajah. Mahu menunjuk sebentuk cincin yang penuh makna dijarinya.
Atikah melemparkan senyuman kepadanya. Dia tidak pasti senyuman itu ikhlas atau
tidak tapi dia pasti senyuman itu plastik semata-mata. Mana mungkin seorang
sahabat baik akan tersenyum mesra apabila sahabat baiknya sendiri berkahwin
dengan kekasih hati.
Sangat mustahil. Nur Atikah tidak sebaik itu. Bisik
hatinya. Dia sekadar menjeling. Sejak 6 bulan lalu hubungan rapatnya sudah
bertukar menjadi musuh. Tapi itu pada firasat Umairah. Dia tidak tahu apa kata
Atikah. Ahh...Atikah memang suka berlagak mulia. Menyampah. Bisik hatinya.
Tanpa mempedulikan kehadiran Atikah, Umairah terus berjalan menuju kearah lauk
pauk.
“ Assalamualaikum.... Lama tak jumpa.” Sapa Atikah
berbasa-basi. Bibirnya yang digoles pelembab bibir tersenyum mesra kearah Umairah.
Umairah terasa jengkel. Dia menjeling kearah Atikah yang masih setia
melemparkan senyuman manis kearahnya. Dia betul-betul tidak faham dengan sikap
Atikah. Sudah merengkah dia.
“Waalaikummussalam. Bukan ke kita baru jumpa masa aku
kawin hari tu.” Umairah membalas sinis. Sengaja mengungkit tentang
perkahwinannya dengan Ifran bekas buah hati Atikah. Atikah tersenyum mendengar
kata-kata Umairah yang tajam menikam ulu hatinya. Bukannya tidak sakit tapi dia
mahu bersikap rasional. Yang lepas biarlah lah lepas. Itulah pendapatnya.
Memang dia marah, memang sakit hati malah cemburu membuak-buak didadanya tapi
dia sendiri tidak faham mengapa hatinya langsung tidak mampu berdendam dengan Umairah
sedangkan Umairahlah penyebab hubungannya dengan Ifran terputus. Dia hanya
mampu menangis kerana kehilangan kekasih hati yang amat disayangi dan menangis
kerana kehilangan sahabat yang paling dia sayang diatas dunia ini.
“ Lama lah tu.. Kiranya dah tiga minggu kan kita tak jumpa.
Kau ada kelas lagi ke lepas ni”. Soal Atikah mesra. Dia turut mencedok lauk pauk
kesukaannya. Zizie yang berada berdekatan mereka sedikit risau. Karang ada jugak
adegan tarik menarik rambut kejap lagi ni. Umairah diam, malas melayan. Sengaja
diabaikan soalan atikah. Dia tiada mood untuk bersikap bermuka-muka seperti
gadis itu. Berlagak baik saja kerjanya. Bosan betul. Zizie yang melihat keadaan
itu cepat-cepat membalas pertanyaan Atikah. Dia tidak mahu Atikah terasa malu
mahu pun berkecil hati.
“ Pukul dua nanti ada satu lagi kelas. Kau dah tak de
kelas ke lepas ni.” Balas Zizie beserta soalan. Cuba melayan Atikah sebaik
mungkin supaya gadis itu tidak terasa. Sebelum pergaduhan berlaku, mereka
berlima adalah sahabat baik. Tapi apabila Umairah merampas teman lelaki Atikah
kawan mereka yang berdua lagi iaitu Amirah dan Zarina tanpa berfikir panjang
menyokong Atikah. Kata mereka takut kalau nanti boyfriend mereka pula jadi
sasaran Umairah. Dia pulak memang rapat dengan Umairah dari semester satu lagi
malah dia faham mengapa Umairah bersikap begitu walaupun cara yang diambil
salah. Kalaulah semua orang memulaukan Umairah, bagaimana gadis itu mahu sedar
akan kesilapannya. Dia mahu berada disamping Umairah demi menyedarkan
sahabatnya itu. Sahabatnya itu tidaklah seteruk yang disangkakan oleh orang
lain.
“Tadi kelas akhir untuk hari ni. Esok kita satu kelaskan.
Subjek major.” Balas Atikah senang. Meski pun Umairah sudah membencinya tanpa
sebab yang pasti, tetapi kawannya yang sorang ini masih mahu bersahabat
dengannya. Dia cukup bersyukur dengan kenyataan itu.
“A’ah... Subjek tu ada satu kelas je. Memang semua budak
course kita ada dalam kelas tu. Kita jumpa lagi esok.” Balas Zizie. Umairah
sudah selesai dengan pembayarannya. Dia sudah duduk di tempat yang mereka tanda
dengan beg tadi. Bagi Zizie mustahil rasanya untuk diajak Atikah dan
kawan-kawannya yang tidak dikenali itu untuk duduk makan sekali. Kalau
diikutkan hatinya, masih banyak lagi yang ingin disembangkan tapi dia mahu
menghormati perasaan Umairah yang masih panas dengan sikap Atikah yang dia
sendiri tidak tahu dimana cacat celanya.
Atikah tersenyum mesra dengan
kata-kata gadis yang bertudung itu sambil membalas dengan satu anggukkan
lembut. Dia yakin dengan rasa hatinya, hubungan dingin antara dia dan Umairah
hanya sementara sahaja. Dia pasti, apabila dia sudah tahu dimana kesilapan yang
dilakukan sehingga menyebabkan Umairah membencinya pasti segala masalah ini
akan selesai.
“ Mesra nampak.” Perli Umairah tatkala Zizie melabuhkan
punggung dimeja makan yang berbentuk empat segi itu. Zizie memandang wajah
selamba Umairah. Tak faham masalah sebenar yang dihadapi si teman sehingga dia
jadi sebegitu.
“Apahal. Cemburu ke. Aku ni kawan kau tau. Bukan laki
kau. Jangan nak jeles-jeles pulak.” Tempelak Zizie selamba. Buntang mata sepet
milik Umairah mendengar kata-kata lancang Zizie.
“ Amboi sedap mulut kau kutuk aku. Manalah tahu, kau
tiba-tiba nak join si Ina dan Mirah nak pulaukan aku. Nak menangkan minah
berlagak baik tu.” Umairah meluahkan rasa. Dia tidak dapat bayangkan apa
perasaannya sekiranya Zizie turut serta dalam kumpulan Amirah dan Zarina untuk
memulaukannya. Dia memang sedar kesalahannya. Tapi dia jadi buta bila ia melibatkan
musuh sejatinya iaitu Atikah. Baginya kesalahan yang dilakukan lebih kecil
berbanding kesalahan yang Atikah lakukan padanya.
“ Kalau aku pon nak join Ina dan Mirah, aku tak duduk
makan dengan kau sekali kat sini. Tolonglah Mai, jangan berfikiran negatif
sangat.” Bebel Zizie. Marah betul dia dengan sikap Umairah. Kerana sikap Umairah
inilah, hubungan mereka berlima menjadi renggang.
“Kau tahukan aku tak suka minah tu. Yang kau pergi
bersembang dengan dia tu buat apa. Sakit mata aku ni.” Jawab Umairah. Umairah memandang
ke wajah comel milik temannya yang kian memerah. Marah betul kawannya ini
dengan kata-katanya kali ini.
“ Mai... Kau tak suka kat Tikah tu urusan kau. Aku tak
nak masuk campur. Dia masih kawan aku macam dulu. Aku tak nak hanya kerana kau
yang ada masalah dengan dia, dengan aku-aku sekali terlibat. Aku masih kawan
kau dan juga masih kawan dia. Takkan benda macam tu pun kau tak puas hati.”
Panjang lebar Zizie meluahkan rasa. Kadang-kadang, berada diantara sahabat yang
bergaduh sangat menyerabutkan.
Dia pula yang berada dalam dilema kerana mereka
berdua sama-sama sahabatnya. Umairah terdiam. Dia tahu sahabatnya itu serba
salah. Betul kata Zizie. Hanya dia yang bergaduh dengan Atikah. Kenapa perlu
dia mengajak orang lain turut membenci Atikah. Dia tak perlukan semua itu.
Cukuplah hatinya sahaja yang berdendam dengan gadis cantik itu. Umairah melepaskan
keluhan kecil. Wajah tegang Zizie dipandang lama.
“ I’m sorry Zie. Kita lupa je la pasal ni. Aku tak patut
libatkan kau dalam masalah aku.” Pinta Umairah. Makanan dihadapan belum
bersentuh. Seleranya mati.Semuanya gara-gara Atikah. Zizie memandang wajah
keruh Umairah. Dia serba salah.
“Bukan tu maksud aku Mai. Aku tak kisah kau nak kongsi
masalah dengan aku. Apa gunanya kawan kalau tak boleh bantu kawan. Tapi aku
harap sangat kau tak paksa aku untuk membenci Atikah hanya kerana kau bencikan
dia. Aku nak kau tahu, walaupun aku sahabat Tikah jugak, tak sekali pun aku
burukkan kau ataupun cerita pasal kau kat dia atau orang lain. Apa yang kau
cerita kat aku hanya aku dan ALLAH je yang tahu. Aku tak kasi tau orang lain
pun.”Terang Zizie. Dia mahu Umairah sedar yang dia ikhlas dengan sahabatnya itu.
Dia tidak bersahabat dengan Umairah kerana kesiankan Umairah yang dipulau oleh
sahabat yang lain tapi dia bersahabat dengan gadis itu kerana dia memang
sayangkan gadis itu. Dia mahu Umairah tahu dan yakin dengan kejujuran
perasaannya terhadap diri Umairah. Umairah diam. Dia menganalis kata-kata gadis
berbaju kurung putih didepannya. Nampak suci sesuci hatinya. Sungguh jauh kalau
dibandingkan dengan dirinya yang terlalu berdendam. Dia melemparkan senyuman
yang ikhlas buat temannya itu sebelum berkata sesuatu.
“ Sorry ea Zie.. Aku takkan paksa kau benci dia seperti
mana aku tak suka kan minah tu. Dan terima kasih kerana masih anggap aku
sebagai kawan walaupun orang lain semua benci terhadap aku. Aku janji... Memang
kau lah kawan aku sepanjang hayat aku.” Balas Umairah. Mukanya yang mendung
tadi sudah mula ceria kembali. Zizie tersenyum melihat senyuman Umairah. Dia
tahu, jauh disudut hati Umairah masih ada rasa sayang terhadap Atikah dan dia
pasti puting beliung dalam hubungan mereka akan berakhir jua.
“Dah-dah la tu. Jom kita makan. Kejap lagi kita nak solat. Kelas pukul
dua kan.” Gesa Zizie. Dia membaca doa makan perlahan sebelum menyuap nasi
campur kedalam mulutnya. Umairah sekadar mengangguk dan turut sama menghabiskan
hidangan dalam pinggannya.
Umairah berjalan perlahan menghampiri jejaka yang cukup
tampan dimatanya. Satu senyuman yang paling manis dan mesra terukir dibibirnya.
Cuba menarik hati sang suami. Dia tidak mahu status isteri diatas kertas sahaja,
dia mahu lebih daripada itu agar segala rancangan jahatnya menjadi kenyataan.
Mungkin dia belum sepenuhnya bersedia untuk menjadi isteri tapi
sekurang-kurangnya hubungannya dengan suami perlulah elok. Kalau tidak sia-sia
sahaja perkahwinannya itu. Dia mengahwini Ifran pun untuk membuatkan Atikah
merana. Tak lebih dari itu.
“Assalamualaikum.” Sapa Umairah kepada Ifran yang sedang
menyandarkan tubuhnya yang tinggi lampai pada kereta proton persona bewarna
hitam pekat itu dengan penuh selesa. Ifran mengerling kearah Umairah yang
menghampirinya. Posisi kedudukan diubah untuk lebih selesa. Seperti biasa,
jejaka itu langsung tidak melemparkan sebarang senyuman. Pahit bak hempedu
sahaja rona wajahnya.
“Waalaikummussalam. Apa hal”. Nak tak nak sahaja Ifran
membalas. Sakit hati dan benci memandang perempuan tidak tahu malu seperti Umairah.
Umairah menghulurkan bungkusan ditangannya kepada Ifran
bersama senyuman lembut. Berusaha kuat untuk kelihatan manis dihadapan
suaminya.
“ Ibu bagi dekat awak.” Balas Umairah dengan suara yang
dilunakkan. Beg plastik berisi serunding daging bertukar tangan. Ifran melihat
makanan yang berisi didalam beg berkenaan sebelum menghempasnya kasar ditempat
parking kereta itu dengan riak selamba. Langsung dia tidak ambil peduli dengan
perasaan Umairah saat ini.
Umairah terkedu,buntang matanya melihat tingkah laku
Ifran yang cukup kurang ajar. Suhu perasaannya mula meningkat tinggi. Diketap
bibir kuat-kuat untuk mengawal amarah yang mula membara.
“Kau dah kenapa nak mengamuk tak tentu pasal ni? Rezeki
tu kalau tak nak, bagi dekat aku. Tak payah nak buat perangai tak senonoh macam
ni”. Tinggi suara umairah. Dia tidak kisah lagi dengan siapa dia bercakap.
Pantang baginya kalau ada orang melayan pemberian ibunya yang ikhlas begitu.
“ Hmm... So, ni la muka kau yang sebenarkan.” Ifran berkata
sinis sambil mengubah cara duduknya. Sengaja dia buat perangai agar dapat
menanggal topeng yang dipakai Umairah. Dia memandang dalam mata gadis yang yang
tinggi setakat bahunya sahaja.
Umairah tersedar. Dia tahu dia sudah terlanjur bicara.
Bukankah dia sepatutnya sentiasa kelihatan lembut dan baik dimata si suami.
“Apa awak cakap ni. Saya cuma tak suka kalau awak buat macam
tu dekat pemberian ikhlas ibu saya. Kalau serunding ni saya yang bagi tak
apalah jugak. Ini ibu saya yang bagi, jadi saya harap awak boleh hormat sikit
dengan pemberian ikhlas yang tak seberapa ini.” Jawab Umairah lembut sambil
tunduk mengambil serunding yang dicampak oleh Ifran. Hatinya mendidih namun
cuba disabarkan. Berbakul makian dihadiahkan kepada Ifran didalam hati.
“ Hek eleh..... Kau tak payah nak berlagak baik la kat
sini. Aku tahu perangai kau tu macam mana. Blah la perangai alim-alim kucing
tu. Buat aku nak tergelak ade la”. Sindir Ifran lagi. Umairah menyabarkan
hatinya. Kalau diikutkan hatinya hari ini jugak dia mahu bercerai tetapi kerana
agendanya yang sudah dirancang, dia tidak akan buat perkara itu sebelum tibanya
masa. Dia tak nak rancangan yang dibina musnah sekelip mata hanya kerana sikapnya
yang tidak menyabar.
“Awak ambik la.. Penat ibu buat ni. Kalau awak tak suka
saya tak apa. Tapi jangan la buat macam ni dekat ibu.” Umairah berusaha memujuk
lelaki didepannya.
“Kau tahu tak yang aku benci sangat dekat kau... Menyampah
dan sangat tak sukakan kau.”
“ If... saya tahu...”
“Sila berambus dari sini dengan makanan ibu kau tu
sekali. Aku tak hingin!” Pintas Ifran sambil menunjal-nunjalkan jari telunjuk
pada wajah Umairah. Dia tidak pasti apa motif Umairah mengahwininya. Takkan hanya
kerana cinta, gadis ini sanggup menikam kawan baiknya sendiri dari belakang
lalu merosakkan persahabatan yang disemai hampir 10 tahun. Takkan cinta Umairah
terhadapnya sedalam itu. Habis ayat itu Ifran mula memusingkan badannya untuk
masuk ke kereta seterusnya meninggalkan Umairah. Tidak ingin dia berlama-lama
menatap wajah Umairah yang menyakitkan hati, mahu menanah matanya kalau
direnung wajah redup itu lama-lama.
Umairah terpana. Dia mula naik angin. Tak pernah ada
manusia dalam dunia ini berani menunjal-nunjalkan dahinya sesuka hati seperti
yang dilakukan oleh Ifran. Kurang ajar betul mamat ni. Tanpa tunggu lama Umairah
tarik tangan Ifran kuat. Dia mahu menghalang tingkah lelaki itu yang cuba memboloskan
diri ke dalam kereta demi meninggalkannya.
Ifran tidak jadi
untuk memasuki kereta dek tarikan kuat daripada Umairah. Dia kembali berdiri
tegak didepan gadis tidak tahu malu itu, melawan pandangan mata Umairah yang
tajam menikam matanya.
“Pang.” Satu tamparan melekat dipipi Ifran. Ifran tersentak.
“ Kau ingat aku nak sangat kawin dengan kau? Tolong la! Kalau
tak kerana kau tu kekasih Atikah, aku tak hingin pon nak kawin dengan kau... Kalau orang lain pakwe dia
aku akan kawin dengan orang lain tapi malangnya kalaulah lelaki itu. Kau tak
akan menderita kalau kau tak couple dengan dia dulu.” Ifran membuka sedikit
mulutnya untuk membalas kata-kata Umairah namun tidak berjaya. Mulut umairah
seolah-olah pistol yang sedang melancarkan serangan rambang. Cepat meluahkan
segala rasa sakit dihati.
“Kau nak salahkan aku pasal hubungan korang yang putus tu
kan? Apasal kau bodoh sangat sampai percayakan aku. Kenapa kau tak percayakan Tikah.
Kenapa kau tak sabar dulu sebelum putuskan hubungan dengan dia dan kenapa kau
tergesa-gesa terima cadangan mak kau supaya kawin dengan aku. Takkan itu pun
salah aku. Salah sendiri tak sedar...Sibuk
nak cari kesalahan orang lain”. Marah Umairah dengan mata yang mencerlung
garang. Nasib baik tempat itu sunyi. Tiadalah orang mendengar pergaduhan dalam
rumah tangga mereka.
“ Jadi kau kawin dengan aku pasal Tikah... Bukan sebab kau
tergila-gilakan aku”. Soal Ifran. Kesabarannya mula menipis.
“ Yer. Kenapa? Kecewa?
Kau nak ceraikan aku sekarang. Aku tak kisah... Tapi kalau kau nak abah
kau mati kerana sakit jantung... Dipersilakan. Kawin tak sampai sebulan dah
bercerai berai.” Bidas Umairah selamba. Dia ketawa dengan ketawa yang
dibuat-buat. Mahu menyakitkan hati insan didepannya ini.
“Aku cintakan kau konon... Tunggu Malaysia bersalji pun
benda bodoh macam tu takkan berlaku. Sebab aku tak sukakan si Atikah tu, dengan
kau-kau sekali aku benci.” Umairah terus menerus melontarkan peluru berbisa.
Ifran tergamam. Suasana sunyi seketika. Ketawa yang dibuat-buat oleh Umairah
telah terhenti. Penat barangkali. Tiba-tiba terdengar Ifran pula yang ketawa besar. Umairah jadi terkesima. Dia
memandang wajah Ifran yang ketawa tanpa sebab yang pasti.
‘Dah sewel ke apa mamat ni?’ Tuduh Umairah didalam hati.
Dikerling wajah Ifran yang ketawa terbahak-bahak dihadapannya sinis. Puas hati
setelah meluahkan segala perasaan yang tersimpan selama ini. Biar Ifran tahu
dimana tempat duduk sebenarnya.
“ Kau apahal? Dah tak betul. Terkejut bila tahu pasal apa
aku kawin dengan kau. Baik aku pergi sebelum kegilaan kau tu berjangkit dekat
aku.” Umairah memusingkan badannya yang kecil molek. Mahu meninggalkan Ifran
yang dilanda gila babi. Belum sempat langkah pertama diturunkan tangannya
dicekup kemas oleh Ifran. Berpusing badannya apabila ditarik kasar oleh Ifran.
“ Kau dengar sini baik-baik perempuan tak tahu malu. Aku
tak akan ceraikan kau. Buat apa aku nak ceraikan kau sedangkan lebih
beribu-ribu duit family aku habis untuk penikahan kita? Aku tak sebodoh itu dan
aku akan pastikan kau menyesal sebab menggunakan aku untuk sesuatu tujuan yang
bodoh macam ni. Dan aku nak kau tahu... Aku asalnya dah putus asa dengan
Atikah... Tapi lepas kau cakap macam tu, aku terasa nak dapatkan semula Atikah.
Selagi Atikah bukan milik aku, kau tak akan aku bebaskan dan masa tu bersedia
untuk menderita seumur hidup.” Habis sahaja ayatnya, Ifran melepaskan pegangannya
pada lengan Umairah. Jatuh terduduk gadis itu dilakukan begitu. Cepat-cepat
badannya yang tinggi lampai itu masuk kedalam kereta.
Umairah memandang
kereta proton persona hitam berkilat itu berlalu dari matanya dengan badan yang
menggigil. Dalam hatinya kini hanya ada dua perasaan sahaja.... Benci terhadap
Ifran kini setanding dengan rasa bencinya terhadap Atikah disamping rasa takut
mendengar ugutan lelaki kacak itu tadi.
No comments:
Post a Comment