Bab 13
Umairah masuk ke kelas agak lewat berbanding masa yang
telah dijadualkan. Dipanjangkan leher untuk mencari wajah Zizie. Kebiasaannya
Zizie akan menanda tempat duduknya namun tidak untuk kali ini. mungkin Zizie
juga kelewatan membuatkan gadis itu tidak sempat untuk menandakan tempat bagi
mereka berdua. Umairah mencari kerusi kosong yang lain dan matanya bercahaya
apabila ternampak satu kerusi yang tidak berpenghuni. Hanya kerusi itu sahaja
yang satu-satunya masih lagi kosong. Namun semua itu hanya bertahan untuk
seketika, tak sampai beberapa detik wajah ceria Umairah bertukar kelat. Matanya
terpandang batang tubuh yang duduk disebelah kerusi tersebut. Kenapa mesti dia?
‘oh my god! Tak hadamlah pelajaran aku hari ini.’ desis
Umairah didalam hati. Wajahnya sudah berubah masam, sakit hati terus menjelma
tatkala wajah Ifran terlayar di pandangannya. Melihat wajah itu terus peristiwa
menyakitkan hati kira-kira seminggu yang lalu kembali melayang dimindanya.
Masih diingat rasa sakit pada pipinya dicampur rasa sakit dihatinya dek
tamparan Ifran. Memang dia cukup terkilan dan geram mengingatkan semua itu.
Namun, nak tak nak dia tiada pilihan lain. Langkah terpaksa diatur jua menghampiri
kerusi yang belum berpenghuni itu. Umairah cuba berlagak tenang dan selamba.
Dia tidak mahu orang lain sedar apa yang bermain dihatinya saat ini meski pun
tiada siapa yang ingin tahu apa yang difikirkan. Dihenyakkan punggung disebelah
Ifran dengan riak tanpa perasaan. Ifran yang menyedari kehadiran Umairah mula
tayang wajah mencuka.
‘tak payah tayang muka buruk macam tu la brader! kau
fikir aku kebulur sangat nak duduk sebelah kau?’ bentak Umairah didalam hati.
Tidak mungkin sekali untuk dia mencari gaduh dengan Ifran didalam kelas mereka
sedangkan Dr.Ahmad sedang memberi ilmu.
“ tak payah tayang muncung itik... kau ingat kau cun buat
muka macam tu?” tempelak Ifran dengan suara perlahan. cukup untuk didengari
Umairah yang sedang terkocoh-kocoh mengeluarkan buku dan pen. Umairah menjeling
tajam kearah Ifran, sakit hati sungguh dia mendengar bicara tidak sopan Ifran
padanya. ada sahaja idea lelaki ini untuk menyakiti hatinya.
“paku dulang paku serpih... mengata orang kau yang
lebih!” bidas Umairah geram. Turut sama menggunakan intonasi yang sama seperti
Ifran. garang namun perlahan!
“ kelas dah nak habis baru nampak muka... baik tak payah
masuk kelas.” Sindir Ifran sinis. Belum puas mengutuk isterinya itu. Dia
merenung tepat wajah Umairah yang sudah kemerah-merahan. Marah barangkali
dikutuk sebegitu. Matanya sempat menyerling pada pipi Umairah yang kelihatan
agak kebiru-biruan, timbul rasa gusar jauh di sudut hatinya. Tangannya yang
sedang memegang pen biru itu dikepal kemas menahan rasa kurang senang yang mula
merantai dihati.
“aku masuk kelas lambat ke awal ke... ada aku susahkan
kau? yuran U aku, kau bayar ke?” herdik Umairah dengan riak yang dibengiskan.
Matanya terjengil kearah Ifran yang tayang wajah sinis. Riak Ifran saat ini
seperti ingin dikakikan sahaja.
“ orang masuk kelas lambat memanglah tak tahu apa-apa...
aku yang masuk awal inilah kena tadah telinga pasal kau yang suka masuk lewat.
Kau tahu apa?” Ifran tak nak kalah. Memandai sahaja dia mereka cerita asalkan
mulut Umairah dapat ditutup daripada membalas kata-katanya.
“both of you... Ifran dan Umairah! Kalau kamu nak bercinta,
bercinta dekat luar. bukan dalam kelas saya!” Sergah Dr. Ahmad dengan mata yang
mencerlung kearah Ifran dan Umairah yang sibuk bergaduh antara satu sama lain.
Pelajar-pelajar lain yang sedang tekun menimba ilmu tersentak mendengar
tempikan suara Dr.Ahmad yang tiba-tiba. Terus mereka semua membuang pandang
kearah Ifran dan Umairah dengan senyuman nakal.
“diorang tu suami isteri dr...” jerit Zakwan, kawan Ifran
sambil tersengih. Beberapa teman lain tergelak kecil dengan kata-kata Zakwan.
Wajah Umairah sudah mula hangat, malu dipersendakan didalam kelas. Sempat dia
menjeling marah kearah Ifran. menyalahkan jejaka itu dengan apa yang berlaku
saat ini.
“ooo patutlah. Umairah dan Ifran, saya minta kamu berdua
bersabar sikit. Lagi 15 minit kelas akan tamat dan kamu boleh bersayang-sayang
selepas itu.” sindiran pedas menyengat daripada Dr.Ahmad buat wajah Ifran dan
Umairah terasa pijar. Malu dan segan bercambah dihati mereka. Masing-masing
diam membukam, hanya mampu menunduk tanpa sebarang suara mahupun bantahan.
Umairah melepaskan keluhan kasar sambil menghempas
perlahan buku rujukan yang dibawa keatas peha saat dirinya sedang menanti bas.
Mulutnya sedikit terjuih menahan rasa geram yang bercambah didalam hati.
‘tak guna punya Ifran! saja memalukan aku dalam kelas
tadi. tak pasal-pasal semua orang gelakkan aku.’ bentak Umairah didalam hati.
Kakinya dihentakkan kuat pada lantai demi meluahkan rasa amarah yang
mencengkam. Dia tak peduli pandangan mata yang melihatnya dengan renungan yang
aneh. Dia tidak kisah semua itu asalkan rasa perit dihati dapat dihemburkan
dengan kadar segera.
“panjangnya muncung... kenapa ni?” tegur Haikal yang
tiba-tiba sahaja muncul entah dari mana. Tanpa dijemput dia duduk disebelah
Umairah yang menayang wajah mencuka.
“tak ada apa-apalah Haikal... awak pon nak naik bas ke?
Mana motorsikal?” soal Umairah sambil mengalihkan topik perbualan mereka. Malas
dipanjang kisah didalam kelas tadi. memalukan dirinya sendiri adalah!
“motorsikal tak ada minyak...” tutur Haikal mudah.
Umairah yang mendengar jawapan Haikal sekadar menganggukkan kepalanya. Matanya
kembali ralit pada jalan raya, tercari-cari imej bas yang belum kunjung tiba.
Haikal yang selesa di sisi Umairah merenung gadis itu dalam-dalam. Mula terasa
degupan jantungnya kian laju. Indahnya dunia ini sekiranya Umairah jadi
miliknya... tapi kenapa Umairah mesti menjadi milik Ifran yang terang-terangan
tidak mencintai dia? Haikal menghela nafas perlahan. lemah sendi-sendi badannya
memikirkan kenyataan Umairah adalah isteri orang.
“kenapa awak pandang saya macam tu? ada apa-apa ke pada
muka saya?” cetus Umairah tatkala sedar dirinya menjadi mangsa renungan Haikal.
diraba setiap inci wajahnya untuk membuang kotoran yang tidak sepatutnya.
Haikal tersedar dari lamunan. Sedikit terperanjat apabila disergah Umairah.
“tak ada apa-apalah... Cuma saya rasa sayang tengok orang
lembut macam awak...” kata-kata Haikal tergantung. Tidak tahu bagaimana untuk
menyambung bait bicara yang belum lengkap sempurna. Umairah memandang pelik
kearah Haikal. kurang jelas dengan kata-kata jejaka itu.
“ apa yang awak cuba beritahu? Saya tak fahamlah.”
“awak...” sekali lagi suara Haikal tersekat dicelah
kerongkong. Wajah Umairah dipandang lama.
“ ye?” soal Umairah ringkas. Ternanti-nanti bicara Haikal
yang cukup mendatangkan rasa ingin tahu dalam dirinya. Haikal tarik nafas
panjang. Sedaya upaya dicari ketenangan dalam meluahkan rasa yang tersimpan.
“awak tak bahagia dengan perkahwinan awakkan? Awak dan
Ifran tidak cinta antara satu sama lain... betul tak?” akhirnya Haikal
meluahkan rasa yang sudah tersimpan sejak beberapa hari lalu. riak wajah
Umairah berubah. Terperanjat besar dengan telahan yang dibuat oleh temannya.
“awak merepek apa ni Haikal? tak adalah. Saya dengan dia
okey je.”
“awak tak payah tipu sayalah Mai. Saya tahu awak tak
bahagia dengan dia. Saya tahu dia ada perempuan lain selain awak dan saya juga
tahu awak tak cintakan dia.”
“stop it Haikal... itu urusan peribadi saya dan saya
mohon awak tak payah nak masuk campur hal rumahtangga saya. Just mind your own
bussiness.”
“jadi betullahkan kata-kata saya tadi tu yang awak ada
masalah dengan Ifran?” duga Haikal seolah-olah cuba mencabar emosi Umairah.
Wajah Umairah yang sudah kemerah-merahan menahan amarah dipandang.
“kalau saya ada masalah rumahtangga sekali pun, apa
kaitan dengan awak? Saya susahkan hidup awak ke? Tolonglah Haikal... saya
anggap awak sebagai kawan rapat saya tapi itu tak bermakna awak senang-senang
nak masuk campur urusan rumahtangga saya. Kalau awak anggap saya kawan,
tolonglah jangan nak usik hal peribadi saya. Tolong hormat perasaan saya.”
Marah Umairah berapi-api. Matanya mencerlung kearah Haikal agar lelaki itu
faham bertapa dia benci manusia-manusia yang menyibuk dalam urusan hidupnya.
“ kata-kata awak
sekarang membuktikan yang rumahtangga awak sedang goyah... Mai saya...”
“sudah! Awak tak faham bahasa ke Haikal. saya tak suka
bincang tentang hal ni. awak faham tak?” melengking suara Umairah. Dadanya
turun naik menahan perasaan geram dengan sikap terlebih cakna Haikal. tanpa
menunggu lama, Umairah bergegas pergi meninggalkan Haikal. dia rela naik teksi
yang mahal daripada berlama-lama mengadap Haikal yang suka mencabar
kesabarannya.
“Mai...” Jerit Haikal. langkah diatur mengejar Umairah
yang sudah jauh kedepan. Umairah tidak mempedulikan panggilan Haikal.
“ saya cintakan awak! Saya sayangkan awak sangat-sangat
dan kalau boleh saya nak awak bercerai dengan suami awak! Dia bukan lelaki yang
sesuai untuk awak.” Luah Haikal dengan suara yang kuat. Dia sudah tidak peduli
dengan mata-mata yang memandang mahu pun telinga-telinga yang mendengar luahan
perasaannya itu tadi. apa yang dia tahu hatinya terlalu sayangkan Umairah dan
dia nak bersama Umairah! Langkah Umairah yang panjang itu terkaku sekejap.
Terperanjat besar mendengar luahan perasaan Haikal yang tidak disangka-sangka.
Umairah tarik nafas dalam-dalam untuk tenangkan perasaan yang menggila. Tanpa
membalas bicara cinta Haikal, Umairah terus melangkah pergi.
Umairah menghempaskan tubuhnya diatas katil bujang yang terletak didalam
bilik yang dikongsi bersama seorang lagi pelajar lain. Matanya ditutup rapat
untuk merasa nikmat rehat yang belum dirasai untuk hari ini. perlahan-lahan
tenaganya yang berkurang mula kembali meresap keseluruh tubuhnya, menyegarkan
dirinya yang cukup kepenatan. Duduk termenung begini buat Umairah terkenangkan
kata-kata Haikal sebentar tadi. Sungguh dia tidak terduga Haikal akan berkata
sebegitu.
“ Haikal... Haikal...” seru Umairah dengan matanya yang sudah terbuka luas.
Putaran kipas pada siling biliknya direnung lama.
“ kalau kau tahu sikap aku yang sebenar mustahil kau akan luahkan perasaan
kau tu. Aku tak cukup baik untuk kau dan aku juga bukannya bujang. Kau patut
dapat yang lebih baik daripada aku.” Tingkah Umairah lagi dengan suara yang
rendah. Pipinya yang masih terasa perit dek tamparan Ifran kira-kira seminggu
yang lalu digosok perlahan. Setelah hampir 10 minit berbaring diatas katil,
Umairah mula bingkas bangun untuk membersihkan diri. Rasa melekit disegenap
tubuhnya membuatkan dirinya lekas-lekas ingin mandi dan berehat.
Sebelum
menghilangkan diri ke bilik air, dia sempat mencapai beg galasnya untuk
mengeluarkan telefon yang ditetapkan kepada mod senyap semasa didalam kelas
tadi. Takut juga sekiranya ada sebarang panggilan penting mahu pun mesej yang
diterima dan belum dibaca. Sedang menggagau beg sandang, tangannya tercapai
sekeping surat yang dilipat kemas terselit didalam beg sandang tersebut.
Dahinya mula membentuk beberapa lapisan.
“ surat apa pulak ni? Surat cinta ke?” bisik Umairah sambil membuka lipatan
kertas misteri itu. hatinya berteka-teki dengan isi kandung surat tersebut.
Timbul rasa gemuruh untuk membaca nukilan-nukilan yang bersemi di dada kertas
kajang itu.
“ tuam pipi kau dengan ais.” Tinta ringkas itu dibaca dengan dahi yang
berkerut. Umairah mengeluh kecil selepas membaca sebaris ayat pada surat
tersebut.
“ cis! Ingatkan surat apalah. Baru nak berangan ramai peminat. Siapa pulak
bagi surat ni dekat aku? Tulisan macam familiar, tapi siapa? Zizie kot!”
Umairah bersoal jawab sendiri. Tanpa tunggu lama nota ringkas yang diperolehi
itu dikepal dan dicampak kedalam tong sampah sebelum badannya menghilang ke
bilik air.
“ hoi... romantik juga yer kau ni.” Sergah Umairah bersama tepukan lembut
dibahu Zizie yang sedang ralit menyiapkan tugasan. Dia kemudiannya membuka beg
sandangnya lalu mengeluarkan beberapa buah buku rujukan dan buku nota untuk
menyiapkan tugasan yang tertangguh. Zizie yang khusyuk mengadap kerjanya
terperanjat dengan teguran Umairah yang tidak semena-mena itu. terus matanya
mengerling kepelikkan kearah Umairah.
“ romantik? Kau merepek apa pulak ni Mai oii.” Tingkah Zizie tidak
mengerti. Pen dijarinya diletakkan diatas meja, matanya kini fokus pada wajah
tenang Umairah.
“ Romantik la sebab kau bagi aku surat cinta... sejak bercinta dengan
Rashid ni bukan main lagi kau yer. Main surat-surat pulak.” Usik Umairah dengan
sengihan nakal. Laptop yang baru dikeluarkan di ‘on’kan. Sebentar lagi dia mahu
mencari sedikit rujukan daripada internet. Mendengar usikan tak berasas Umairah
membuatkan kerutan didahi Zizie kian bertambah. Makin pelik pula dia mendengar
bicara teman baiknya ini.
“ surat apa pulak ni? Cuba kau cerita dekat aku dengan jelas sikit. Otak
aku ni dah la jem mengadap assignment ni, kau pulak datang menambahkan
kesesakkan dalam otak kecil aku.” Umairah ketawa kecil dengan balasan Zizie,
kelakar melihat reaksi kabur temannya itu.
“ ish kau ni... lampi sungguh! Semalamkan kau ada bagi aku surat suruh aku
tuam muka dengan ais. Ayatnya pendek saja, kertasnya bukan main besar. Buang
tebiat apa bagi surat dekat aku ni.” Omel Umairah dengan senyuman kecil
dibibir. Zizie kerutkan dahi yang sememangnya sudah berkerut. Digaru kepalanya yang
tidak gatal.
“ kau biar betul Mai... mana ada aku bagi kau surat. Tak ada kerja aku nak
bagi kau surat-surat ni, daripada aku hantar surat baik aku mesej jer kau. Kau
betul tak betul hari ni? Ke kau mimpi?” bidas Zizie selamba. Senyuman yang
bertali arus dibibir Umairah mati. Kali ini kepalanya pula digaru meski pun
tidak gatal.
“ hah? Bukan kau ke yang bagi aku surat semalam? Dah tu siapa?” soal
Umairah lebih kepada menyoal dirinya sendiri. Zizie angkat bahu, dia pun tidak
tahu menahu hal itu.
“ Haikal kot...” teka Zizie setelah diam untuk beberapa saat. Umairah yang
mendengar nama Haikal terbit dimulut Zizie berubah riak. Terus mindanya diasak
dengan luahan cinta jejaka itu padanya. wajahnya memerah untuk seketika.
“ ish bukan dia la... tulisan dekat kertas tu kemas, familiar je aku
tengok. Macam tulisan kau. Tulisan Haikal tak cantik, comot!” bantah Umairah
seterusnya menolak telahan yang dibuat oleh Zizie.
“ kalau macam tu aku tak tahulah... kau ada bawa tak surat tu? Mari aku
kaji sikit.”
“ kertas tu aku dah buang dah pon...” jawab Umairah ringkas. Zizie mengeluh
kecil, tiada daya lagi untuk membantu menyelesaikan misteri surat layang yang
diterima Umairah.
“ entah-entah peminat kau... sejak dah kahwin ni makin laku pula kau ni
yer.” Giat Zizie dengan ketawa senang. Umairah turut bergelak namun dikawal
nadanya memandangkan mereka kini berada didalam perpustakaan.
“ aku ni bukan lepas kahwin jer laku, sebelum kahwin pon laku jugak. Kau
jer yang tak tahu.” Desis Umairah menambah perisa. Zizie mencebik mulutnya,
tidak mahu menerima jawapan perasaan tak ingat Umairah.
“ perasan! Sebut pasal tuam muka, baru aku ingat nak tanya kenapa dengan
muka kau tu? Kau bergaduh dengan siapa sampai lebam pipi tu?” soal Zizie
kehairanan. Matanya sempat memandang kearah lebam di pipi Umairah yang sudah
beransur-ansur hilang. Umairah kaget sekejap. Terkedu dengan soalan Zizie yang
tiba-tiba. Cepat-cepat otaknya dikerah untuk mencari jawapan yang terbaik
kepada Zizie.
“hmmm... pipi aku ni lebam sebab terlanggar meja.” Tipu Umairah dengan gaya
sehabis selamba. Zizie membulatkan matanya! Aneh sekali jawapan Umairah.
“ terlanggar meja? Macam mana?”
“ kau tahu kan bilik aku macam mana. Tepi katil tu ada meja kan... pagi tu
aku mamai, tak perasaan ada meja. Itu pasal terlanggar.” Jelas Umairah dengan
yakin. Zizie sekadar mengangguk-angguk tanda mengerti. Menerima bulat-bulat
jawapan yang disangka logik dari Umairah. Melihat anggukan itu membuatkan
Umairah mampu menarik nafas lega. Nasib baik Zizie tak syak apa-apa. Kalau tak susah
pulak nak terang satu persatu masalah yang dihadapinya dengan Ifran.