Setelah dua
hari bercuti Nadrisa akhirnya menjejaki semula kakinya ke pejabat Motel Sri
Cempaka. Nadrisa menarik nafas panjang demi melegakan debaran yang tak
terhingga didalam dadanya. Perutnya memulas. Peluh merintik pada dahinya.
Membazirkan bedak yang dipakai. Ditolak pintu utama pejabat dengan penuh rasa
takut. Dia bertekad, hari ini dia akan menyerahkan surat perletakkan jawatan.
Biarlah apa pun berlaku, dia tidak sanggup lagi mengadap wajah Encik Ilham dan
Puan Maimun. Mungkin sikapnya ini dipanggil pengecut kerana lari daripada
masalah namun dia sudah tidak tahan lagi. Wang gaji dari kerja part timenya juga akan dikembalikan
semula kepada Puan Maimun. Dia mahu bebas dari belenggu Puan Maimun dan Encik
Ilham dengan segera.
“Hai
Nad... Dah sihat?” Sapa Amna yang sedang menfotostat dokumen.
“Alhamdullilah...
Sihat dah.” Balas Nadrisa lembut. Di letakkan beg yang dibawa diatas meja. Komputer
segera di on kan... Pasti banyak
kerja yang tertangguh.
“Muka
Nad nampak pucat lagi ni... Tak sihat lagi ke?” Tegur Nadila pula.
“Eh
tak de la Kak Dila... Dah sihat dah.” Ni pucat mende lain la kak Dila. Bukan
pasal sakit. Bisik hati Nadrisa. Namun tak terluah.
“Kalau
tak sihat lagi jangan paksa diri sangat, buat yang termampu je kerja-kerja tu.
Kalau tak sihat sangat mintak mc lagi untuk hari ini.” Pujuk Nadila lagi.
Nadrisa sekadar mengangguk faham. Dia tahu Nadila, Amna dan Rosmah memang baik.
Sayu pula mengenangkan mereka bakal berpisah tidak lama lagi. Tapi memang adat.
Setiap pertemuan pasti ada pepisahan.
“Nadrisa jumpa saya sekejap....” Arah
satu suara yang tiba-tiba muncul disaat warga unit kewangan sedang khusyuk
dengan kerja masing-masing. Nadrisa tersentak. Amna, Rosmah dan Nadila
memandang ke arahnya.
“Sekarang!”
Arah Ilham lagi. Nadrisa terasa mahu pitam disaat itu juga. Wajahnya mula
kehilangan warna. Namun dia sudah bersedia. Dia tahu lambat atau cepat, perkara
ini perlu dihadapi juga. Surat perletakkan jawatan diambil dan dibawa. Nadrisa
mengekori Ilham untuk ke unit pentadbiran. Dia berdoa kepada Allah supaya hatinya
tabah menghadapi cabaran ini.
“Masuk!”
Arah Ilham lagi. Nadrisa sekadar mengekor. Tidak menjawab apa-apa. Nadrisa
sekadar berdiri didalam bilik Ilham. Tidak berani untuk duduk selagi tidak
mendapat kebenaran majikannya itu.
“Duduk..”
Nadrisa segera melabuhkan diri pada kerusi yang tersedia setelah mendapat
kebenaran dari Ilham. Tangannya sudah berkeringat malah jantungnya seolah-olah
mahu melompat keluar dari badannya. Tak tahu apa yang bakal terjadi selepas
ini.
“Kenapa
tak datang kerja sampai dua hari?”
“Tak
sihat... Saya ada mc.” Balas Nadrisa sambil mengeluarkan surat doktor yang
membenarkan dia bercuti. Diserahkan surat itu kepada Ilham.
“Macam
mana boleh demam ni?” Ada nada perli disitu. Hati Nadrisa makin berkocak.
Berapa lama agaknya sesi temuramah antara dia dan Ilham bakal berlangsung.
“Saya
minta maaf pasal intip mengintip tu... Saya juga nak mintak maaf pasal gambar
yang saya beri tu. Mungkin gambar tu telah merosakkan kebahagiaan Encik Ilham.
Sebagai tanda saya betul-betul memohon maaf atas kesilapan saya, saya nak
berhenti kerja.” Minta Nadrisa
bersungguh-sungguh. Biarlah ini yang terakhir antara dia dan Ilham supaya selepas
ini mereka tidak berhubung lagi. Lagi pun, untuk mengadap Ilham pun sudah cukup
membuatkan wajahnya hangat. Malu pula membuat pengakuan tentang perasaannya macam
tu.
“Jadi
awak rasa perbuatan awak ni boleh dimaafkan semudah itu sahaja... Awak dah
rosakkan hubungan saya dengan Maslina dan sekarang nak pergi macam tu je... Yang
untung sekarang ni awak Nadrisa. Bukan saya.” Keras suara Ilham. Nadrisa
mengurut lembut dadanya. Terkejut dengan amarah Ilham yang sememangnya sudah
dijangka.
“Habis
tu apa encik Ilham nak saya buat?” Soal Nadrisa agak keras. Geram pula rasanya
dengan sikap Ilham walaupun memang itu salahnya.
“Awak
akan buat segala yang saya suruh?”
“Selagi
tak melanggar agama, saya akan buat apa yang Encik Ilham nak demi menebus
kesalahan yang telah saya lakukan.” Balas Nadrisa tenang. Pada pemikirannya
pasti Ilham ingin dia membaiki hubungan lelaki itu dengan Maslina. Mudah sahaja
tugas itu. Semudah ABC!
“Saya
nak awak jadi girlfriend saya!” Arahan
dari Ilham membuatkan mata Nadrisa tidak berkelip. Glup. Air liur ditelan laju.
Gugur jantungnya mendengar arahan dari Ilham.
“Sorry?” Minta Nadrisa. Mungkin dia tersalah
dengar. Ada eloknya meminta Ilham mengulang semula kata-katanya tadi.
“Tak
korek telinga ke? Saya nak awak jadi girlfriend
saya...” Ulang Ilham sekali lagi dengan nada yang agak kasar.
“Encik
Ilham biar betul... Saya Nadrisa la. Bukan Maslina.” Balas Nadrisa spontan.
Gila ke apa Ilham ni. Meroyan gamaknya selepas berpisah dengan Maslina.
“Yes I know you are Nadrisa... Sebab tu
saya nak awak jadi girlfriend saya...
Awak tak suka ke? Bukan ke awak cintakan saya?”Ilham memandang lama wajah
Nadrisa yang resah gelisah. Nadrisa tidak senang duduk. Ya Allah. Bala apa
ni... Itu la padahnya kalau dah start
menipu.
“Memang
saya sukakan Encik Ilham... Tapi Encik Ilham tak ada perasaan kat sayakan... Lagi
pon...”
“Saya
tak nak dengar sebarang alasan Nadrisa... Awak dah buat saya kehilangan
Maslina. Saya nak awak jadi pengganti dia sebagai cara untuk awak tebus
kesalahan. Awak sepatutnya gembira sebab saya dah tunaikan apa yang awak nak
kan...” Ilham membalas tegas. Lucu pula dia melihat wajah Nadrisa yang tidak
puas hati. Padanlah muka tu. Suka sangat cari masalahkan.. Nadrisa diam sahaja.
Tidak berpuas hati. Tak pasal-pasal dapat boyfriend
segera.
“Saya
luahkan perasaan saya tak semestinya sebab saya nak jadi kekasih Encik Ilham...”
“Owh
jadi maksudnya awak saja-saja je nak rosakkan kebahagiaan saya dengan Maslina.
Macam tu?” Bidas Ilham membuatkan Nadrisa terdiam.
“Awak
setuju atau tak mulai hari ini awak akan jadi girlfriend saya. Awak sepatutnya gembira sebab impian awak untuk
bersama dengan saya dah tercapai. Jadi tak payah nak bagi alasan banyak sangat
yer Risa.”
“Okey
tu je... Awak boleh masuk sambung kerja awak. Pasal berhenti tu cancel. Awak teruskan je kerja kat
sini.” Sambung Ilham lagi.
“Baiklah
Encik Ilham... Terima kasih. Saya keluar dululah...” Minta Nadrisa sambil
bingkas bangun. Berat kepalanya berfikir masalah yang makin bertambah. Dia
sendiri tidak tahu apa yang bakal berlaku selepas ini. Dia redha je dengan
ketentuan Allah. Mungkin ini balasan untuk dosa-dosanya yang lepas.
p/s: silakan bce cerita sye bertajuk Masih dihatiku di http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=868&idc=5365