Nadrisa
merenung lama pasangan yang sedang enak berbual manja sambil bersuap-suapan
makanan. Dia sendiri tidak tahu sampai bila dia perlu buat kerja ini. Sampai
bila dia nak mengendap macam ni. Kenapa puan Maimun belum lagi memberi arahan
terbaru. Nadrisa menguap perlahan. Mengantuk sudah matanya. Matanya melirik kearah
jam yang kini menunjukkan jam 10.30 malam. Agaknya bilalah encik Ilham nak
hantar anak dara orang pulang. Bila Maslina balik boleh la dia pun sama-sama
pulang ke rumah. Badannya cukup penat. Ye lah pukul 9 pagi sampai 5 petang
bekerja kat motel. Pastu bersambung buat part time.. Sangatlah memenatkan.
“Eh
mana diorang? Dah balik ke?” Desis hati Nadrisa tatkala melihat pasangan tadi
hilang tanpa disedari. Gigih Nadrisa memandang seluruh pelusok restoren demi
mencari pasangan sejoli itu. Tiba-tiba terasa bahunya dipegang seseorang. Hati
Nadrisa berdebar kencang. Peluh dingin mula memenuhi dahinya. Dia memusingkan
badannya perlahan-lahan demi memandang wajah pemegang bahunya. Dia berdoa
supaya orang itu bukanlah encik Ilham. Kalau encik Ilham memang arwahlah
pekerjaannya hari ini.
“Kau
buat apa kat sini?” Sapa Dahlia yang memandang Nadrisa atas bawah. Pelik
bebenor pemakaian kawannya yang sorang ni. Serba hitam dan berspek mata hitam
juga.
“Laa
kau rupanya...” Balas Nadrisa bersama keluhan nafas lega. Nasib baik.
“Kalau
bukan aku kenapa?” Soal Dahlia kurang mengerti melihat reaksi Nadrisa yang agak
pelik. Macam baru terlepas dijatuhkan hukuman bunuh ajer reaksinya.
“Tak
ada apa-apa lah... Kau buat apa kat sini?” Tanya Nadrisa pula.
“Aku
kebetulan lalu kat tepi restoren ni... Ternampak kau yang termenung
sorang-sorang dari luar tu haa... Itu yang aku datang tegur nih.” Jelas Dahlia
duduk perkara sebenar.
“Kau
buat apa kat sini Nad... Restoren mewah pulak tu.. Kau mengendap anak orang
kaya yer?” Dahlia membuat serkap jarang.
“Hish
kau ni... Mana ada... Jom la kita balik. Aku pon dah habis minum air ni. Ke kau
nak makan kat sini?” Nadrisa cuba melarikan diri dari topik yang sebenar.
“Tak
ada maknanya. Mahu kebulur aku sebulan kalau makan kat sini hari ni. Jom la.”
Ajak Dahlia sambil menarik lembut lengan Nadrisa. Nadrisa sekadar mengekor.
“Yang
kau berspek bagai ni kenapa? Dah macam orang buta aku nengok...” Bebel Dahlia
lagi. Nadrisa sekadar mendiamkan diri. Malas mahu melayan leteran dari mulut
Dahlia yang sememangnya tak akan ada penghujungnya. Memang macam mak nenek
perangainya.
“Hai”.
Satu sapaan dari belakang mengejutkan Nadrisa yang sedang khusyuk membuat
Nescafe. Matanya yang makin layu untuk mengadap kerja yang menimbun itu
perlukan sesuatu untuk disegarkan kembali. Nadrisa memandang kearah orang yang
menegurnya. Dahinya dikerutkan. Encik Ilham. Apa yang dia buat kat sini. Bukan
ke kat unit pentadbiran dah ada bilik pantri sendiri. Dia nak apa pulak ni.
“Hai
encik Ilham... Encik nak minum ke?” Soal Nadrisa sekadar berbasa basi. Hatinya
mula gugup. Lagi lama dia bersama dengan encik Ilham lagi mudah dirinya akan
dicam oleh encik Ilham nanti. Pasti kerja pengintipan yang dilakukan menjadi
semakin sukar.
“Boleh
juga.. Buat yang sama macam awak...”Minta Ilham. Dia duduk di kerusi yang
terdapat di dalam pantri tersebut.
“Patutlah
saya tak kenal awak... Awak menyorok kat sini rupanya.” Ujar Ilham tiba-tiba.
Nadrisa diam. Tidak membalas kata-kata
Ilham.
“Nah
Nescafe encik Ilham... Saya masuk dulu lah yer...” Nadrisa meletakkan minuman
yang diminta didepan Ilham. Dia mahu segera beredar dari situ. Hatinya makin
risau untuk berdepan dengan encik Ilham.
“No...
Mari temankan saya minum. Saya nak buat sesi suaikenal dengan awak... Macam
mana saya boleh terlepas pandang awak sebagai pekerja kat Motel ni. Padahal
bukan ramai sangat pon pekerja kat sini.” Larang Ilham sejurus itu berjaya
menghentikan langkah Nadrisa yang sudah beberapa tapak cuba meninggalkannya.
Dengan hati yang separuh rela Nadrisa pergi mengadap Ilham. Tak mungkin dia
mampu melawan kata-kata majikannya. Nadrisa duduk bertentangan dengan Ilham
namun wajahnya menunduk merenung minuman nescafenya.
“Okey
sekarang pandang saya...” Arah Ilham tegas. Nadrisa sekadar mengikuti arahan
Ilham.
“Nama
awak? Kerja bahagian mana? Umur berapa?” Soal Ilham tak ubah seperti ingin
menemuduga Nadrisa.
“
Nur Nadrisa binti Ayop. Saya kerani akaun. Umur 27 tahun.” Balas Nadrisa dengan
dada yang berkocak hebat. Tak berani dia mahu memandang wajah Ilham lama-lama.
“Dah
berapa lama kerja kat sini...”
“2
tahun.”
“Awak
kenal saya?” Ilham cuba menguji Nadrisa.
“Mestilah
saya kenal. Takkan saya tak kenal majikan saya.”
“Baguslah
kalau macam tu... Cubalah kenal-kenal sikit dengan orang atasan. Mudah sikit
nak naik pangkat.... Apa tahap pendidikan awak?” Soal Ilham lagi.
“Saya
ada diploma dalam account....”
“Eh
bagus tu... Asal mintak jadi kerani je? Nanti cuba mintak jadi penolong akauntan.
Lagi pon awak tahukan Motel kita akan ada cawangan baru kat Terengganu. Cuba
mintak kat sana memandangkan kat sini tak ada kekosongan.”
“InsyaAllah...”
Balas Nadrisa ringkas.
“Semalam
awak ade pergi ke Restoran Masturi Asia ke?” Ilham meneguk Nescafe setelah
bertanya. Lirikan matanya cuba melihat reaksi wajah Nadrisa. Dada Nadrisa
berombak kencang. Tangannya mula berkeringat. Air liur ditelan satu persatu.
Pernafasan yang tersekat cuba dipulihkan secepat mungkin supaya Ilham tidak
mengesyaki kekalutan yang melanda dirinya.
“Restoran
Masturi Asia? Eh tak ada pulak... Kenapa
encik Ilham. Encik nampak saya ke semalam? Bahaya jugak tu...” Nadrisa berlagak
tenang. Adakah Ilham nampak dia semalam? Mampus la aku kalau macam ni.
“Apa
yang bahaya.......”
“Ye
la... Kalau encik nampak saya sedangkan saya tak pernah pergi ke sana, it’s
mean ada sesuatu menyerupai sayalah tu... Opps” Nadrisa menutup mulut sambil
memandang sekitar... Agak keterlaluan gurauan yang macam ni... Maunya
betol-betol berlaku baru aku tau. Dah la pejabat kat motel ni agak ‘keras’.
“Hahahaha...”
Gelak Ilham senang. Kelakarlah minah ni. Nampak pendiam tapi boleh tahan jugak
rupanya.
“Jadi
saya nampak hantulah yer semalam... It’s okey.”
“Hish
mulut encik ni... Cabul betul. Tapi seriously... Saya tak ada ke sana semalam.
Mungkin encik silap orang kot...” Wah hebat kau Nadrisa. Pandai betul menipu...
“Maybe...
Okey. Thank sebab temankan saya minum dan buatkan minuman ni...” Ilham mula
bingkas dari tempat duduknya. Dia mahu ke unitnya untuk menyambung tugasnya
yang masih banyak perlu disiapkan. Nadrisa menghembus nafas lega dengan
pemergian Ilham. Baru tenang hatinya kini.
haha... jumpa hantu. pandai betul si Nad ni menipu ye..
ReplyDeletebtw.. kalau tak silap akak, Motel tu low budget hotel yg kecik giler.. xkan ada cawangan kot. Better letak hotel 3 bintang ke.. nampak cam ada kelas sket ^^ hehehe...
Sesi sual kenal Ilham dgn Nad dah rupe interview je pun.. huhu
hehe.. x perasan pulak cm tu. nanti eniey cube cri info sikit pasal motel ni.. btw thank sudi bce:)
ReplyDelete