Nadrisa
merenung gadis yang tinggi lampai yang sedang berbual dengan Ilham di tepi
pantai Cherating. Seperti biasa, kamera
pemberian puan Maimun digunakan sepenuhnya. Bukti-bukti kisah percintaan Ilham
perlulah dikumpul dan ditunjukkan kepada ibunya sendiri. Dahi Nadrisa berkerut.
Ligat otaknya berfikir seketika. Cik
Atirah bercinta dengan encik Ilham ke? Kalau diorang bercinta, Maslina tu nak
letak kat mana pulak. Memang dasar kaki perempuan betullah Ilham nih.
“You
ni kan, kalau i tak ajak keluar mesti you tak akan ajak i keluarkan...” Bebel
Atirah sambil menepuk lembut bahu Ilham. Bibirnya yang mungil dicebikkan.
“I
bukan tak nak keluar dengan you, tapi sekarang motel tu busy sikit. Nak-nak
bila nak bukak cawangan baru kat Terengganu.”
“Alasan!...
Dengan girlfriend ada je masa... Dengan i bukan main lagi susah. Tu la you. Dah
ada girlfriend terus lupa kawan.” Rajuk Atirah. Badannya dipusingkan sedikit
tanda protes dengan teman baiknya. Dia dan Ilham membesar bersama-sama malah
menyambung pelajaran pun ditempat yang sama. Alasan papanya supaya ada orang
tolong tengok-tengokkan puteri kesayangannya ini apabila dia berada jauh dari
keluarga. Lagipun, familinya dan family Ilham memang rapat malah ibu-ibu mereka
siap merancang untuk menjodohkan mereka lagi.
“
Aik jeles ke... Jangan macam ni.. Merajuk-merajuk ni tak sesuai dengan watak
you la Tyra...”
“Habis
tu i tak boleh nak merajuk la... Apa yang i boleh kalau macam tu...” Balas
Atirah geram. Kadang-kadang Ilham langsung tidak pandai menjaga hatinya. Dia
pon perempuan.. Kenapa Ilham tidak pernah melayannya seistemewa perempuan
lain.. Kenapa Ilham tidak pernah pandang dia yang sememangnya sayang pada
Ilham. Apa yang dia kurang sehingga Ilham tidak pernah meletakkannya dalam
senarai calon bakal isteri. Dia sayangkan Ilham... dari kecil lagi hati dan
perasaannya buat Ilham. Tidak pernah berubah walaupun sedikit. Tapi Ilham sikit
pon tidak kisah tentang perasaannya.
“
Yang sesuai dengan you hanyalah senyuman... You akan jadi lebih cantik dengan
senyuman manis. Bukannya masam mencuka macam ni...” Pujuk Ilham lembut. Dia
menyedut air kelapa yang dibeli digerai berdekatan pantai Cherating sebentar
tadi.
“Ooo...
Kiranya kalau i masam mencuka macam ni, i tak cantiklah... Tak cantik macam
girlfriend you kan...” Tambah Atirah pula. Ilham mula rimas. Mengada-ngada
betul la Atirah ni. Nasib baik kau tu kawan baik aku, kalau tak memang dah lama
aku tinggal kau sorang-sorang kat pantai ni.
“Apa
yang you merepek ni Tyra... Berhenti buat perangai macam budak-budak boleh... Patutlah
sampai sekarang tak ada orang masuk meminang... Perangai you ni memang tak
matang.” Tingkah Ilham geram. Berubah air muka Atirah apabila diherdik Ilham.
“ Tak payah nak mengutuk i sangat lah Ilham... You pon apa kurangnya. Dari dulu
sampai sekarang kehulu ke hilir bawak anak dara orang... Tapi sampai ke sudah
tak kawin jugakkan... Sekurang-kurangnya i ni tak ada lah kehulur ke hilir ikut
jantan.” Bidas Atirah. Dia kemudiannya bingkas bangun lalu menuju kearah jalan
raya. Mahu mengambil teksi dan menghilangkan diri dari pandangan Ilham. Ilham
mengejar Atirah yang kelihatan cukup marah dengan mulutnya yang tiada insurans.
Terasa bersalah pula berkata begitu.
“Tyra...
Tyra... Stop please. I tak bermaksud nak hina you.. Jangan la marah.. Sorry.. Sorry.”
Minta Ilham. Pantang dalam hidupnya membuat mana-mana perempuan bersedih.
Terutamanya Atirah yang sudah dianggap seperti adik sendiri.
“Tak
perlu Ilham... I tahu you cakap apa yang ada kat hati you... Memang tu yang you
fikir tentang i kan... I perempuan yang tak matang, kebudak-budakkan, manja dan
mengadakan?” Balas Atirah. Air matanya mengalir sederas air terjun. Tak sanggup
menerima kata-kata begitu dari lelaki yang paling dia sayang. Kenapa Ilham
tidak pernah mengerti perasaannya. Hanya kerana dia tidak pernah meluahkan
perasaan... Takkan lelaki itu tidak tahu perasaannya melalui bahasa tubuh yang
digunakan selama ini.
“Jangan
macam ni Tyra... I tak bermaksud okey.. I’m sorry. Jangan la sensitif sangat.
Takkan benda kecil macam tu pon you nak marahkan i... Period ke ape you ni?” Pujuk
Ilham lagi bersama usikan. Atirah mencerun mendengar kata-kata akhir Ilham...
“I
boleh maafkan you tapi dengan syarat you tak akan mengelak dari i lagi.. You
akan sedia meluangkan masa emas you tu untuk i.” Minta Atirah. Dia merenung
wajah kacak milik Ilham yang merenung wajahnya. Terdengar keluhan kecil
dilepaskan dari mulut Ilham.
“Okey...
Kalau you tak nak tak pe.. I pon bukan orang penting dalam hidup you kan... I’m
sorry kalau i ada buat salah sepanjang persahabatan kita. Sampai sini je lah
persahabatan kita.” Atirah bergerak pantas meninggalkan Ilham yang tidak mahu
mampu memberi jawapan kepadanya.
“You
ni dah kenapa Tyra... You nak kita korbankan persahabatan kita yang hampir 20
tahun tu hanya kerana pergaduhan yang kecil macam ni... Nonsense laa... Okey i
minta maaf dengan you pasal cakap macam tu kat you tadi... Tapi i tak bolehlah
janji untuk habiskan semua masa i dengan you. Tetapi, I akan cuba yang terbaik
untuk luangkan masa bersama you. Tapi bukan semua masa i sebab i ada kehidupan
i sendiri.”
“You
janji you akan luangkan masa untuk i... You takkan lupakan i hanya kerana you
dah ada girlfriend... You janji kan...”
“
I janji... Dalam semua kawan perempuan yang i ada, you adalah yang terpenting
pada i. So don’t worry k..” Luah Ilham. Memang benar kenyataan itu. Tidak
sedikit pon dia menipu. Malah dia pasti dia lebih mengutamakan Atirah
berbanding Maslina yang hanya dianggap tempat menghilangkan rasa bosan.
“Ye
la tu...” Balas Atirah dengan senyuman yang mula mekar dibibir. Gembira
mendengar pengakuan dari Ilham yang dia sendiri tidak pasti benar atau tidak.
Tetapi, pengakuan itu cukup buat hatinya dilamun angan indah lalu melupakan
rasa perit pergaduhan mereka sebentar tadi.
“ Jadi dia selalu jugaklah jumpa dengan Tyra?”
Soal Puan Maimun selepas menatap gambar yang diberi oleh Nadrisa.
“Yer
puan... Erk puan pon kenal cik Atirah.”
“Yes..
Anak kawan saya.. Bakal isteri Ilham...” Balas puan Maimun selamba. Jawapan
dari mulut Puan Maimun menyebabkan Nadrisa tersedak. Terkejut bukan main lagi
dia dengan jawapan yang tak semena-mena itu...
“Cik
Atirah tu bakal isteri encik Ilham?” Soal Nadrisa semula. Dia mahukan
pengesahan. Mungkin dia tersalah dengar kata-kata puan Maimun sebentar tadi.
“Yup...
Any problem with that?” Soal puan Maimun tenang.
“Tak
ada masalah apa-apa... Cuma saya terkejut je sebab bukan ke encik Ilham bercinta
dengan Maslina. Puan sendiri tahu kan melalui gambar yang saya tunjukkan
sebelum ini.”
“Dia
tak serious pon dengan Maslina tu... Tak lama lagi putus la tu. Dah ramai
sangat girlfriend dia sebelum ni.” Jawab
puan Maimun bagi merungkai segala kesangsian Nadrisa. Nadrisa sekadar mengangguk tanda faham.
Hatinya sedikit jelik memikirkan perangai majikannya. Buat perempuan macam tak
ada harga. Mudah sahaja bertukar ganti. Mungkin kalau dia tahu apa itu cinta
suci baru dia akan menghargai setiap perasaan yang ada disekelilingnya.
“Saya
nak awak cari jalan untuk putuskan hubungan Maslina dan Ilham. Pastikan mereka
berpisah secepat mungkin...” Arah puan Maimun tiba-tiba. Pelik betul orang tua
ni.. Tadi baru cakap yang Ilham akan tinggalkan Maslina. Apasal nak putuskan
pulak hubungan diorang ni... Pandai-pandai la Ilham putuskan hubungan dia dan
Maslina.
“Okey
puan..........” Setuju Nadrisa tanpa banyak soal. Buat je la apa orang ni
suruh. Bukan free pon kerja aku ni. Berbayar. Kenalah buat yang terbaik.
“Tapi
saya nak awak janji sesuatu dengan saya...”
“Apa
puan?”
“Kalau
suatu hari nanti Ilham dapat tahu pasal awak, sila jangan kaitkan nama saya.
Gunalah apa-apa alasan yang logik asalkan jangan libatkan saya. Awak faham?” Tegas
puan Maimun. Nadrisa sekadar menganguk tanda faham walaupun didalam hatinya
berbakul-bakul sumpahan menyumpah puan Maimun. Dasar pentingkan diri sendiri.
Rancangan dia tapi nak suruh aku tanggung sorang-sorang. Tengok la lepas aku berjaya
dalam misi ni aku nak berhenti jadi pengintip. Malas aku nak mengadap orang ada
harta ni. Bukan aku hadap sangat pun duit kau tu. Pasal kesiankan kau je la aku
setuju pon.
Haha...Ilham dengan tyra tu dah mcm couple pulak.. ta mcm bestfriend...Ilham ni ada perasaan kat tyra ke??
ReplyDeletenak tanya, apa yang Ilham dengan Tyra ckp tu Nad tak dengar kan?
ps: byk nye akak tertinggal~~ huhu... jenuh nak kejar.
dia tak dengar... cuma nampak dari jauh untuk kumpul bukti.
ReplyDelete