Ilham
merenung lama gambar-gambar yang diberikan kepadanya. Bukan scandal Maslina yang bermain dimindanya
kini namun bagaimana terjadinya kewujudan gambar-gambar ini. Ini pasti
perbuatan keji pengintip mama. Ditatap satu
persatu gambar yang berterabur dimeja kerjanya. Kalau gambar ini tiada pon dia
akan memutuskan juga hubungannya dengan Maslina kerana dia sudah menemui mangsa
baru. Si manis yang pemalu. Ilham tersenyum kecil memikirkan Nadrisa. Gadis itu
kerap mencuri perhatiannya dua tiga menjak ini.
“Puan... Saya dah berjaya merosakkan
hubungan Maslina dengan Encik Ilham... Jadi saya nak...”
“Awak
nak bayaran lebih ke?” Soal Puan Maimun lebih kepada sindiran. Orang miskin
memang macam tu. Memang gilakan duit orang. Tapi masakan Nadrisa juga begitu?
Gadis ini nampak jujur dan baik.
“Eh
bukanlah... Saya nak berhenti jadi pengintip puan.” Balas Nadrisa. Walaupun
agak terasa dengan bicara sinis Puan Maimun namun dia masih cuba kuatkan diri
untuk menghadapi wanita itu.
“Kenapa?
Bayaran saya sebelum ni tak cukup ke?”
“Bukan
tu masalahnya puan... Tetapi saya rasa saya tak sesuai buat kerja ni semua... Saya
harap puan faham”. Tegas Nadrisa membalas. Biarlah apa pun Puan Maimun akan
tuduh dia selepas ini dia sudah tidak kisah. Anggaplah ini pengalaman paling
teruk yang dia alami sepanjang dia hidup dan tidak akan melakukan kesilapan
yang sama lagi.
“Hmm...
Okey. Tapi dengan satu syarat...”
“Apa
puan?” Soal Nadrisa pantas. Tidak sabar lagi dia mahu bersara dari dunia pengintipan
ini.
“Awak
kena pastikan Maslina dan Ilham betul-betul putus. Selagi mereka tidak
benar-benar berpisah, selagi itu awak tak boleh berhenti. Faham?”
“Faham...”
Lambat-lambat Nadrisa membalas. Satu rengusan kasar dilepaskan. Susah betul nak
berhenti. Bisik hatinya.
Nadrisa
mengendap pasangan intim yang berada selang 3 meja darinya disebalik menu
makanan yang dipegang. Dengan jelas dia nampak Maslina dan Ilham sedang
bergaduh besar namun masih boleh dikawal. Mungkin mereka sedar mereka berada
dikhalayak ramai. Dia merakamkan setiap detik pergaduhan Maslina dan Ilham
sebagai bukti. Mungkin dengan bukti ini Puan Maimun akan melepaskannya. Setelah
hampir 45 minit pertengkaran itu berlaku, kelihatan Maslina meninggalkan Ilham.
“Confirm dah putus...” Bisik hati Nadrisa
yakin. Dia bingkas untuk beredar dari restoren tersebut. Nadrisa menjawab
telefon yang tiba-tiba berdering.
“Aku
kat kedai. Jap lagi aku sampai sana...” Balas Nadrisa pada telefon. Entah
kenapa pandangannya yang agak kelam tadi tiba-tiba menjadi terang. Dia dapat
rasa ada sesuatu yang aneh telah berlaku.
“
Jadi awaklah pengintip Puan Maimun?” Sergah Ilham sambil memandang tepat wajah
Nadrisa yang terkejut melihatnya. Cermin mata hitam yang dipakai tadi kini
berada digenggaman Ilham. Patutlah suasana menjadi terang.
“Eh
Encik Ilham... Buat apa kat sini?” Nadrisa berpura-pura tidak mengerti. Dia
cuba mengawal degupan jantung yang mula memecut laju. Wajah bengis Ilham membuatkan
perutnya memulas.
“Tak
payah berpura-pura Nadrisa... Awak pengintip puan Maimunkan...” Tengking Ilham
kuat. Mahu bergegar seluruh restoren... Beberapa orang pelayan restoren Medan datang
kearah Nadrisa dan Ilham. Meminta mereka bertenang dan meninggalkan restoren
dengan segera. Ilham menarik kasar tangan Nadrisa untuk membawa gadis itu
keluar dari restoren itu. Perbincangan mereka belum tamat dan Nadrisa belum
mendapat upah yang setimpal dengan tindakannya.
salam...
ReplyDeletei start baca u pny karya di P2U...
jln cter mnarik..hope u smbng lagi karya ni
x sabar nk tau smbngnnya... :)
teruskn berkarya, insyallah i'll support u.
wassalam... tq sudi bce. insyaallah sye akan sentiasa update citer ni.
DeleteMenarik cerita ni.. aritu ada baca dari part 1 sampai part 7 rasanya.. tp macam tak berapa pasti macam mana Nadrisa boleh jadi pengintip Pn Maimun tu. Anyway, nice story. Teruskan berkarya :)
ReplyDeletetq sudi menyinggah bce citer ni... actually sye pon x pernah cerita lagi part yg nadrisa jd pengintip pn maimun tu... surprise... hehee
Deleteceta dah best tapi napa pendek sangat bab dia,tak puas baca,,hihi
ReplyDeletehihi... sorry pendek sngt... tq sebab sudi bce.
ReplyDeletecerita ni best menarik!
ReplyDeletesaya pembaca tegar di penulisan2u tu,..
ReplyDeletejeng jeng jeng~~~~~
ReplyDeleteHaha...gila punya suspen. Ingatkan Nad xkan tertangkap, tapi tertangkap jua dia~~~ hahahha...mcm mn dia nk lepas yer?? apa jadi lepas ni?? Ilham balas dendam??
wah... tak sabo nak baca next bab! cepat cepat lah updat yeee :)
ReplyDeleteCiter menarik. Awalnya si Nad ni kena tangkap. Cepatlah sambung.
ReplyDelete