IKLAN NUFFNANG

Wednesday, February 20, 2013

Cinta Part Time 6



Ilham membaca surah Yassin dengan penuh sayu. Beberapa titik air mata jatuh ke pipinya. Hari ini genap dua tahun Rania meninggalkannya sendiri. Memang sudah menjadi rutin hidupnya setiap hari khamis malam jumaat membaca surah Yassin kepada arwah Rania. Cinta dan kasih sayangnya terhadap gadis manis itu tidak pernah berubah selama ini. Namun mungkin sudah tiada jodoh. Allah lebih sayangkan Rania.

“ Sayang... Kalau kita kawin nanti, sayang nak berapa orang anak?” Soal Rania manja.

“10... Boleh?” Usik Ilham. Rania menarik muka masam. Berpura-pura marah.

“Abang ingat saya ni kilang ke nak beranak banyak-banyak.” Marah Rania.

“Dapat banyak pahala tau kalau beranak banyak-banyak ni...”

“Dah kalau macam tu abang je la yang beranak... Banyak sikit pahalakan...”

“Kalau ikutkan memang abang nak beranak... Tapi dah tak boleh, nak buat macam manakan.” Balas Ilham selamba. Rania tersenyum kecil.

“Abang ni kan... Ada-ada je...” Rania mengalah akhirnya. Kalau berlawan kata dengan Ilham dia tak akan pernah menang. Ilham mesti ada sahaja idea untuk mematahkan kata-katanya.

“Abang sayang sangat kat  Rania... Abang rasa abang tak boleh hidup kalau tak ada Rania. Rania janji tak akan tinggalkan abang yer...” Luah Ilham. Matanya merenung wajah manis milik Rania yang turut merenungnya. Rania meletakkan tangannya diatas tangan Ilham.

“InsyaAllah... Selagi hayat dikandung badan, hanya abang dihati saya. Hanya ajal boleh pisahkan kita.”

“ Tapikan bang...” Celah Rania tiba-tiba. Ilham mengangkat kening sebagai isyarat meminta Rania menyambung kata-kataya.

“Kalau Rania pergi dulu sebelum abang, abang jangan menangis tau. Abang kena kuat. Kalau boleh Rania nak abang selalu sedekahkan ayat suci al Quran kat Rania.”

“Apa ni cakap macam tu sayang... Jangan cakap macam ni lagi.. Abang tak nak dengar.” Tinggi suara Ilham. Berdegup kencang dadanya mendengar kata-kata dari Rania. Bagaimana dia mahu meneruskan hidup kalau tiada Rania. Rania sudah menjadi sebahagian hidupnya. Dia kini hanya menunggu kebenaran ibunya untuk menyunting Rania sebagai isteri.

“Abang... Saya cakap kalau... Ajal ni rahsia Allah. Kita tak akan tahu apa yang akan berlaku kelak. Dan satu lagi saya nak abang buka hati abang untuk cinta yang baru kalau saya dah tiada lagi... Tapi saya nak abang cari perempuan yang betul-betul cintakan abang dan mampu jaga abang dengan baik. Abang janji dengan saya.” Minta Rania lagi.

Enough sayang... Okey abang janji semua tu tapi sayang please stop talking pasal mati... Abang tak sanggup nak dengar...”

“Mati itu pasti...” Tegur Rania.

Yes i know mati itu pasti... Tapi... Okey kita cakap pasal lain. Bukan perkara ni.” Aju Ilham sedikit kelam kabut. Rania tersenyum lembut memandang kearah Ilham. Dia tahu kasih sayang Ilham terhadapnya terlalu utuh. Hanya berbual tentang perkara ini sudah cukup buat Ilham kalut apa lagi kalau perkara ini menjadi kenyataan. Doanya supaya Ilham mampu hidup tanpanya disisi.


Minum Ilham?” Sapa Puan Maimun sambil mengangkat teko berisi kopi panas ke cawan anak terunanya.

No... Ilham dah lambat. Ilham pergi dulu.” Tolak Ilham lalu bergerak kearah pintu rumahnya. Puan Maimun mengeluh sayu melihat sikap anaknya yang masih sama. Tidak pernah berubah semenjak kematian Rania.

“ Apa yang dikejar tu Ilham... Bukannya ada mesyuarat pon pagi ni.” Tegur Encik Johari setelah melihat kekecewaan yang terlukis pada wajah Puan Maimun dengan sikap acuh tak acuh Ilham.

“Kat pejabat tu banyak kerja papa...” Dalih Ilham.

“Kerja tu takkan habis Ilham...  Sekarang temankan papa dan mama minum.” Arah Encik Johari tegas. Dia sudah lama perasaan ada perubahan yang berlaku kepada Ilham. Ilham sudah tidak sama seperti dulu lagi.  Ilham akur dengan arahan orang tuanya. Dia malas bergaduh pagi-pagi buta macam ni.

“Minum kopi yer Ilham...” Aju Puan Maimun sekali lagi. Setelah melihat anggukan Ilham, barulah Puan Maimun menuang kopi panas kedalam cawan. Segala urusan menguruskan anak dan suami, jarang sekali Puan Maimun serahkan kepada bibik. Dia lebih selesa melakukannya sendiri.

Auntie Suraya ajak kita dinner kat rumah dia malam ni... Ilham balik awal yer...” Minta puan Maimun.

“ Malam ni Ilham kena jumpa client.” Tipu Ilham. Dia sudah tahu apa agenda kalau ibunya mengajak makan malam dirumah Auntie Suraya. Nak berbincang tentang dia dan Atirah la tu. Padahal dia dan Atirah sama-sama tidak setuju dengan cadangan kedua belah keluarga ini.

Cancel la. Lagi pon, kita nak bincang pasal pertunangan kamu dengan Tyra.”

“Siapa yang nak bertunang dengan Tyra? Papa ke?” Sela Ilham geram. Tak cukup-cukup mamanya buat dia merana. Kenapa mama suka seksa anak sendiri.

“Ilham....” Keras suara Encik Johari. Memberi amaran supaya Ilham menjaga kata-katanya.

“Mama tak kira, kamu nak ke tak nak ke, 3 bulan lagi kamu dan Tyra akan bertunang.”

“Ilham tak nak mama... Mama faham tak? Ilham anggap Tyra tu macam adik je. Tyra tu pon  tak ada perasaan kat Ilham.  Nak buat apa satukan kami... Kitorang boleh cari sendiri pasangan hidup masing-masing. Mama dan Auntie Suraya tak payah masuk campur boleh tak?” Tinggi suara Ilham. Penat dia melayan sikap Puan Maimun yang terlalu menggesa. Kenapa dia nak sangat Atirah menjadi menantunya pon Ilham tak faham. Sampai semua perempuan lain tidak diterima.

“Cari pasangan masing-masing? Boleh ke kamu cari orang yang lebih baik dari Tyra tu? Jangan ingat mama tak tahu kamu bercinta dengan siapa sekarang. Perempuan murahan macam tu kamu nak buat jadi isteri Ilham?”

“ Oooo... Jadi sekarang mama upah pengintip la intip Ilham...” Tengking Ilham. Segala memori 2 tahun yang lalu mula mengasak-ngasak kedalam mindanya. Kenangan yang tidak akan dia lupa sehingga dia mati!
“Ilham... Cakap elok-elok sikit dengan mama... Lagi pon betul apa cakap mama tu.” Marah Encik Johari. Pantang dia melihat anak meninggikan suara dengan ibunya. Kurang ajar itulah ayat yang sesuai.

“Apa yang betulnya papa... Papa lupa ke apa yang mama dah buat kat Ilham dan Rania dulu. Kalau bukan kerana mama dan pengintip mama tu, Rania masih hidup. Rania tak akan tinggalkan Ilham.”

“Ilham... Mama bukan tuhan. Ajal maut tu Allah dah tetapkan... Dah memang ajal Rania.” Pujuk Encik Johari. Memang dia sendiri pon tidak berkenan dengan sikap isterinya yang terlalu memilih calon isteri untuk anaknya. Tetapi, Ilham perlu juga disedarkan. Semuanya sudah tersurat. Siapa mereka untuk menghalang ajal Rania yang sudah tiba?

“Yer... Memang sebab ajal Rania dah sampai tapi penyebabnya adalah mama... Dan sampai sekarang Ilham tak maafkan mama sebab pisahkan Ilham dan Rania. Kalau mama nak teruskan jugak pertunangan Ilham dengan Tyra... Mama teruskan. Tapi, mama jangan menyesal kalau mama dah tak dapat jumpa Ilham lagi selepas ini. Dan mama pesan kat pengintip mama berhati-hati... Sekali Ilham tahu siapa dia, nahas dia Ilham kerjakan.” Habis sahaja ayat itu terus Ilham meninggalkan mama dan papanya.  Hatinya sakit mengingatkan perbuatan mamanya dan pengintip jahanam itu. Setelah pemergian Rania, pengintip itu turut menghilang entah ke mana setelah teruk dibelasah olehnya.

2 comments:

  1. ooo.. ok2. dia anggap macam adik je.
    giler ah Ilham ni.. temper jugak eh.. takut aku
    >___<

    ReplyDelete
  2. a'ah... Ilham ni garang kalo ada perkara yang dia tak puas hati.

    ReplyDelete