Nadrisa
mengurut lembut tangannya yang berbekas merah dek kekasaran Ilham. Lelaki itu
jarang dilihat mengamuk apabila dipejabat dan ini kali pertama dia melihat Ilham
sebegini. Kalau ikutkan hatinya mahu sahaja dia melawan semula. Dia bukan
perempuan yang lemah. Dia ada blackbelt
dalam taekwando. Tetapi memikirkan
dia pekerja Ilham dia akan cuba memujuk lelaki itu dengan cara yang lebih
berhemah.
“Encik
Ilham dah salah faham... Saya tak pernah buat kerja-kerja mengintip ni...” Tipu
Nadrisa. Teringat pesanan Puan Maimun yang memintanya jangan melibatkan namanya
sekiranya rahsia penyamaran ini terbongkar.
“Awak
tak payah nak tipu saya... Kalau bukan awak pengintip Puan Maimun, apa awak
buat kat restoren tadi? Bukan sekali malah
dah banyak kali saya perasan kewujudan awak.” Keras suara Ilham.
“Ye
saya mengaku memang saya ada mengintip encik...”
“Pang!”
Satu tamparan melekat pada pipi Nadrisa. Nadrisa terpaku. Terkejut melihat
kekasaran yang dilakukan Ilham padanya.
“Saya
intip encik sebab saya cintakan Encik Ilham...
Tak ada kaitan dengan Puan Maimun atau sesiapa sahaja.” Balas Nadrisa perlahan.
Janji yang dah dibuat mesti ditepati. Dia tidak boleh melibatkan Puan Maimun
dalam perkara ini. Ilham terpaku mendengar jawapan Nadrisa yang dirasakan
jujur. Wajah tidak bersalah wanita itu diperhatikan lama.
“Saya
sayangkan Encik Ilham sebab tu saya buat macam ni... Saya yang hantar gambar
kecurangan girlfriend Encik Ilham tu
sebab saya nak Encik Ilham dan dia putus. Supaya Encik Ilham boleh pandang
saya... Maafkan saya.” Ujar Nadrisa lagi sebelum pergi meninggalkan Ilham yang
terpaku mendengar luahan hatinya. Harap-harap Ilham percaya kata-katanya dan
tidak melibatkan Puan Maimun dalam perkara ini.
“Kenapa ni Nad... Risau aku tengok kau.”
Soal Dahlia apabila melihat Nadrisa berbungkus selimut sambil menangis.
Terdengar esakkan kecil dari Nadrisa.
“Aku
nak berhenti kerja la Lia...”
“Tapi
kenapa... Dah elok-elok kau kerja kat sana kenapa nak berhenti?”
“Aku
dah buat sesuatu yang bodoh... Aku rasa macam nak giler je sekarang ni...” Balas
Nadrisa dengan esakan yang makin kuat. Badannya menggigil. Dahlia memeluk
lembut bahu Nadrisa. Cuba menenangkan sahabatnya kelihatan tidak stabil.
“Cuba
cerita satu persatu kat aku... Aku tak faham. Apa yang dah jadi ni.” Pujuk
Dahlia perlahan. Nadrisa memandang ke arah
Dahlia. Memang sudah tiba masanya dia bercerita tentang masalahnya ini kepada
Dahlia. Mungkin Dahlia akan mengamuk atau pun memarahinya dengan kebodohannya
sendiri. Nadrisa mula bercerita satu persatu tentang kisah pengenalannya dengan
Puan Maimun sampailah penipuannya tentang perasaan terhadap Encik Ilham.
“Ala kau ni Nad... Kenapa kau tak
beritahu je tu semua rancangan mak dia?” Soal Dahlia tidak puas hati. Kenapa
Nadrisa masih mahu melindungi Puan
Maimun yang mementingkan diri sendiri itu.
“Aku
dah janji dengan Puan Maimun... Dari mula aku setuju nak tolong dia lagi aku
dah berjanji akan rahsiakan perkara ni dari pengetahuan sesiapa sahaja
termasuklah Encik Ilham.” Jawab Nadrisa.
“Kalau
aku jadi kau, aku cakap je mastermind
tu siapa... Biar padan muka Mak Cik Maimun tu. Dah la berlagak. Macam la kaya
sangat. Sekarang apa yang kau risau
sebenarnya...”
“Aku
takut nak berdepan dengan Encik Ilham... Aku rasa mesti dia akan hentikan aku.
Kau nak tahu tak?” Aju Nadrisa.
“Apa?”
Balas Dahlia berminat.
“Masa
aku mengaku aku ada intip dia... Kau tahu apa aku dapat?”
“Apa
dia? Kau ni buat aku suspen je....”
“Ini
haa... Penampar sebijik... Berdarah mulut aku. Ni pon bengkak lagi.” Adu
Nadrisa.
“Habis
tu kau biar je... Tak melawan balik?”
“Tak
berani nak lawan... Lagi pon dia bos aku. Aku kenalah slow talk dengan dia supaya dia tak tahu aku kerja dengan mak dia.”
“Kau
ni Nad.... Buat apa la kau belajar taekwando
kalau tak boleh pertahankan diri... Nanti kalau kau nak pergi belasah dia jangan
lupa ajak aku... Biar aku settle kan
mamat tu... Berani dia tampar kau.” Dahlia membalas ganas. Memang gangster pon minah ni. Nadrisa sekadar
ketawa kecil.
“Sebab
tu aku takut nak berhadapan dengan dia Lia... Dah la aku ada tipu menda lain
pulak sekarang. Karang kalau dia tahu pasal ni matilah aku. Kau rasa patut ke
aku berhenti kerja?” Tanya Nadrisa. Dahlia kelihatan berfikir panjang.
“Aku
rasa kau tak payah fikir pasal berhenti ke apa... Sebab aku yakin kalau dia
marahkan kau memang dia akan pecat kau... Tapi, kalau dia percaya bulat-bulat
pasal perasaan kau tu mungkin kau masih ada harapan untuk kerja kat sana.”
“Tapi aku malu la...
Aku rasa macam tak ada muka je nak mengadap mamat tu... Takut tu satu hal.... Lagi
lama aku kerja kat sana lagi besar kemungkinan rahsia aku akan pecah.” Nadrisa
termenung di birai katil. Sakit kepalanya memikirkan masalah yang melanda. Tapi
dia tidak boleh salahkan siapa-siapa. Dia perlu tanggung sendiri kebodohannya.
best! tapi pendek :(
ReplyDeletehehehe...sorry pasal pendek sngt... 6ti sye smbung lagi
DeleteAlaaaa! Nak lagiiiii!
ReplyDeletesat sye smbung yer... tq sudi bce n menyinggah..:)
Deleteak panas hati betoi dgn jantan naik tangan ni~!!!
ReplyDeletePerg...dapat kat aku, ak balas sebijik!!!
mood: benci ilham!