IKLAN NUFFNANG

Sunday, January 20, 2013

Cinta Part Time 3


“Okey good job Nad...” puji Puan Maimun. Nadrisa menghembus nafas lega mendengar pujian dari Puan Maimun. Takut juga sekiranya maklumat yang diberi belum lagi mencukupi.

“So puan... puan nak saya buat apa sekarang? Semua latar belakang Maslina puan dah tau...”

“Awak perhatikan jer dia dulu... ape-ape hal nanti saya beritahu kemudian. Pastikan awak siasat betul-betul sedalam mana hubungan mereka.” Arah Puan Maimun. Nadrisa mengangguk tanda faham walaupun dia masih belum tahu lagi tujuan sebenar puan Maimun meminta dia menyiasat latar belakang kekasih Ilham. Adakah dengan tujuan yang baik atau sebaliknya?

“Saya pergi dululah puan... masa lunch pun dah nak tamat.” Minta Nadrisa selepas melihat jam yang melilit pada tangannya.

“Tunggu dulu...” bantah puan Maimun pendek. Nadrisa tidak jadi bingkas dari tempat duduknya. Matanya merenung wajah puan Maimun yang turut memandang kearahnya.

“Saya dah bank in duit upah... Nanti awak boleh check dalam bank ada ke tak... Saya ada bagi advance sikit. Upah awak kerja bersungguh-sungguh untuk dapatkan maklumat Maslina.” Ucap Puan Maimun. Sejurus selepas meluahkan kata-kata itu dia meneguk kopi panas yang dipesan sebentar tadi. Nadrisa terdiam. Entah kenapa hatinya tidak seronok mendengar berita yang disukai ramai itu. Sepatutnya dia gembira bila gajinya sebagai pekerja sambilan telah masuk. Tetapi kenapa hatinya tidak tenteram. Adakah duit itu tidak berkat? Salah ke pekerjaan yang dibuat sekarang?

“Kenapa macam tak happy je?” soal Puan Maimun perlahan. Agak perasan perubahan wajah Nadrisa yang  tiba-tiba menjadi muram.

“Eh tak de la Puan. Mestilah gembira duit gaji dah masuk..” Gurau Nadrisa. Namun gurauan itu tetap tidak mampu menutup rasa tidak tenang dihatinya. Ada rasa lain yang menetap dihatinya saat ini.

“Bagus la tu sebab saya tak nak terhutang budi pada awak..” Balas Puan Maimun penuh makna. Nadrisa terdiam. Hatinya makin tidak tenteram mendengar jawapan yang diberikan oleh puan Maimun. Dia akhirnya bingkas bangun. Mahu pulang ke Motel memandangkan waktu makan tengahari hampir tamat.

“Terima kasih puan. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Minta Nadrisa lembut. Dia pergi setelah mendengar salamnya dibalas puan Maimun.
******
Nadrisa termenung dimeja kerjanya. Walaupun banyak kerja yang perlu disiapkan namun hatinya tidak ada pada kerja-kerja itu. Tuntutan klaim yang bertaburan dimejanya dipandang sepi. Mood untuk bekerja hilang. Dia tahu berdosa dia buat begitu namun bagaimana dia mahu memaksa dirinya untuk bekerja didalam keadaan dirinya yang tiada semangat. Segala semangatnya hilang mengingatkan perbualan antaranya dan Puan Maimun tengahari tadi.

“Weh korang... tadi cik Atirah datang lagi...” Nadila yang sedang mengadap komputer tiba-tiba sahaja mengeluarkan topik gossip panas untuk hari ini. Bosanlah tu kot. Nadrisa sekadar memasang  telinga. Tidak berminat untuk menyampuk perbualan mereka.

“datang lagi? Aii sudah-sudah la tu cik Atirah.” Sampuk Rosmah yang mula mara kearah Nadila. Nak start gosip la tu.

“kalau aku lah jadi si Atirah tu, tak naknya aku kat encik Ilham tu. Atirah tu bukannya kurang apa-apa. Cantik, bijak, kaya.... apa yang dia nak dengan encik Ilham yang banyak scandal tu.. nak kata kaya, si Atirah punya family lagi kaya kowt.”. Amna yang sedang menyusun klaim yang sudah selesai diproses ke dalam fail.

“Tu la pasal... harap rupa je encik Ilham tu. Perangai gatal betul. Akak masa mula-mula masuk kerja dulu pun dia pernah nak try tau. Nasib baik akak dah berlaki...” Sokong Nadila dengan kata-kata Amna yang sibuk dengan fail dan tuntutan klaimnya.

“kenapa kak? Kalau tak berlaki akak pon cair ke dengan encik Ilham tu?” usik Amna. Rosmah tersengih-sengih sambil menyandarkan badannya yang agak gempal pada meja Nadila.

“Of course la dear... pakej lengkap kowt.” Seloroh Nadila. Nadrisa sekadar tersenyum mendengar jawapan dari Nadila.

“pakej memang lengkap tapi memang tak tenanglah hidup kalau berlakikan encik Ilham tu... Kalau boleh 24 jam nak berkepit pasal takut ade orang caras.” Sambung Rosmah pula.

“Tahu tak pe... Akak dah bersyukur dengan laki akak sekarang ni... Walaupun boroi janji setia... tak de la hari-hari nak makan hati.” Balas Nadila senang. Teringat suaminya yang bertugas sebagai pembantu tadbir di PPD Kuantan . Walaupun suaminya bukanlah orang berada namun tetap yang terbaik buatnya.

“Memang la kak... tapi suami saya walaupun agak hensem dia tetap setia kat saya. Akak jangan ingat orang hensem ni suka berscandal kat luar macam encik Ilham tu.” Amna membalas lembut. Bukan nak berbangga dapat suami yang hensem namun sekadar cuba untuk memperbetulkan tanggapan Nadila yang seolah-olah berpendapat lelaki kacak biasanya tidak setia.

“Yang tu akak tahu la... Nak curang ni bukan tengok rupa pon... Adakalanya yang hodoh tu la ramai benor scandalnya kan...”

“Hah Nad... Kau tu bujang lagikan.. Encik Ilham tak ada ke nak mengayat kau?” sergah Rosmah pula. Dia tahu sangat perangai Nadrisa yang pendiam dan kurang bercampur tapi gadis itu tidak sombong. Cuma kurang bercakap je.

“Tak ada lah kak Mah... Saya ni mana sesuai dengan taste dia tu... Pandang pon tak.”

“Ye la kau tu pendiam sangat sebab tu dia tak pandang... Cuba la kau belajar bersosial sikit, dress up macam orang muda-mudi yang sebaya dengan kau tu... baru lah dia pandang.” Tegas Nadila pula. Nadrisa bukanlah kategori hodoh cuma selekeh ajer. Tak pandai bersosial pulak tu. Kalau tak memang dah ramai yang nak masuk isi borang.

“Bagus jugak dia tak pandang si Nad ni kak Dila... Buatnya dia jadikan si Nad ni macam scandal-scandalnya yang lain kesian pulak... cari orang lain je la Nad..” ujar Amna pula.

“Saya pun tak berminat kak Am. Kita nak kahwin kena lah cari orang yang sepadan. Dia dan saya memang tak sepadan pon.” Jelas Nadrisa.

“Betul tu Nad... Ada cinta sahaja tak cukup kalau nak kawin... Kena ade keserasian jugak. Kalau kita dah tahu dia dan kita ni dari dunia yang berbeza, tak payah lah gatal-gatal cari penyakit. Buat merana jiwa je nanti.” Sokong Nadila. Yang lain sekadar menganguk. Mengiakan kata Nadila yang paling senior antara mereka.

*****

“ Jauh benor termenung... Fikir apa tu?” Sapa Dahlia setelah melabuhkan punggung disofa dalam rumah sewa mereka. Nadrisa memandang kearah Dahlia yang sedang mencari siaran televisyen menggunakan remote. Dipautnya lengan Dahlia perlahan.

“Kenapa ni...” Soal Dahlia tatkala melihat Nadrisa lain macam sahaja malam ini. Ada masalah la kalau perangai macam ni.

“Gaji yang halal tu macam mana yer Lia?” Soalan Nadrisa menambahkan lagi kebingungan Dahlia. Apa pula pasal gaji ni.

“Gaji yang halal tu apabila kau buat kerja bersungguh-sungguh. Tak memonteng masa kerja dan yang pasti bukan pekerjaan yang ditegah dalam Islam. Kenapa?”

“Gaji akan halalkan kalau kita buat kerja dengan usaha dan mempunyai niat yang baikkan...” soal Nadrisa lagi.

“Kau ni kenapa... Apa yang kau dah buat sebenarnya?” Dahlia menyoal lembut. Dia perasaan perubahan pada Nadrisa dua tiga menjak ini. Nadrisa sering pulang lewat malam, berpakaian gelap dan berspek mata hitam. Bila ditanya katanya buat part time. Tetapi tidak pernah diberitahu apa part time yang dibuat.

“Hmmm.... Tak ada apa-apa la Lia...”

“Ke kau buat kerja tak senonoh? Kau jangan... karang aku report kat mak bapak kau baru kau tahu.” Tembak Dahlia sesuka hati.

“Hoi mak cik... Apa kau baru kenal aku hari ni... Tak adanya aku buat kerja tak senonoh.”

“Habis tu... Part time apa yang kau buat?”

“Kerja kuli-kuli je... Ala nanti-nanti aku citer la kat kau. Aku nak masuk tido la... Besok nak kerja.. Good night.” Balas Nadrisa lalu bingkas bangun meninggalkan Dahlia yang cuba mengorek rahsianya. Dahlia menggeleng-gelengkan kepalanya melihat tingkah laku Nadrisa. Nak melarikan diri la tu. Tapi tak apa kalau kau tak nak bagitau sebab aku akan cari sendiri kebenaran tu.

1 comment:

  1. haha... kawan dah mula syak something pasal kerja dia..huhu..

    ReplyDelete