“Opp
sorry...” jerit Nadrisa serentak merendahkan badannya untuk membantu mengutip
beberapa fail yang jatuh hasil perlanggarannya dengan..... 'er encik Ilham'.
Bisik hati Nadrisa sedikit cemas. Mampuih la aku... jangan dia cam muka aku
sudah.
“ Never mind...” balas Ilham yang turut sama merendahkan badannya untuk mengutip
fail yang bertaburan. Dia kemudiannnya bingkas berdiri lalu memandang wajah
pekerja di Motel milik keluarganya. Satu senyuman manis dilemparkan buat gadis
dihadapannya kini.
“Nah
fail encik Ilham...” Nadrisa menghulurkan beberapa buah fail kepada bosnya. Nak
tak nak dia terpaksa bertentang mata juga dengan bosnya ini. Nanti apa pula
kata majikannya sekiranya dia mengelakkan diri dari berbalas pandang. Bukankah,
encik Ilham akan makin curiga dengan telatahnya itu.
“ Thank... by the way, pekerja baru ke? Tak pernah nampak pon sebelum ni.” Soal
Ilham senang. Sempat lagi dia merenung wajah manis dihadapannya ini. Cuci mata
la apa lagi... Walaupun rupa gadis ni tak kena dengan cita rasanya, tapi boleh juga dijadikan
sebagai scandal pada waktu lapang. Elok juga sementara dia belum lagi ada
scandal di Motel Sri Cempaka ini. Eee
miangnya mamat nih... bebel hati Nadrisa yang mula tidak selesa dengan mainan
mata Ilham yang agak galak itu. Kalau tak kerana kau ni majikan aku, mahu je
kau tu aku karate kan.
“Dah
nak masuk dua tahun dah saya kat sini... saya pergi dulu ye encik Ilham.” Minta
Nadrisa. Tanpa mendapat keizinan jejaka tampan itu Nadrisa meneruskan langkah
untuk ke mejanya yang berada di unit kewangan. Tak tahan dia melayan mainan
mata Ilham. Macam la dia tidak tahu perangai Ilham yang sememangnya kaki
perempuan itu. Semua pekerja kat Motel
ni tahu perangai tak semenggah anak puan Maimun.
“Cett...
dah dua tahun rupanya bekerja kat sini... mesti dia dah tahu perangai aku..
patut lah tak melayan..” dengus hati Ilham sambil menuju ke biliknya berada
diunit pentadbiran. Terus hilang ingatannya tentang pekerjanya tadi setelah
mendapat panggilan dari teman wanita terbarunya.
*****
“ Kau memang tak ada ke alamat Maslina nih?” soal Nadrisa. Dia meneguk teh O ais
limau yang dipesan seketika tadi rakus. Tekaknya kering sekering-keringnya
memandangkan suasana hari ini begitu panas. Mahu terbakar kulitnya.
“ Ya Allah... berapa kali kau nak aku ulang... tak de la... part mana yang kau
tak faham nih?” keras suara Dahlia memarahi teman baiknya itu.
“Ala
kau ni... dia tu kan kawan kau. Takkan alamat pun tak tahu.”
“Memang
la kawan.. kawan sekerja je... aku bukanlah kamcing sangat dengan Lina tuh.
Yang kau ni dari hari tu lagi sibuk nak tahu pasal minah ni kenapa? Dah buang
tebiat ke?” bebel Dahlia. Pelik betul betul dengan rakannya yang sorang ni.
“ Ada la... dia tu belajar sampai tahap mana je?” Nadrisa menyambung menemu ramah
temannya merangkap teman serumahnya kini.
“ Ni
aku musykil ni... yang kau berminat sangat nak tahu pasal Lina nih kenapa? Kau
sonsang yer Nad?” tuduh Dahlia. Gurau je pon.
“ Ish
kau ni... tak ada mende lain dah ke otak kau nak fikir... ni haa... kawan
lelaki aku ade yang syok kat Lina tuh. Tu yang dia mintak aku korek rahsia
pasal Lina.” Tipu Nadrisa. Nanti-nanti lah dia bercerita pasal kerja sambilan
yang dia buat sekarang nih. Dia yakin Dahlia pasti mengamuk kalau tahu dia merupakan spy puan Maimun.
“ Aik... macam was-was je aku dengan jawapan kau ni... sejak bila pulak kau ada
kawan? Lelaki pulak tu? Bukan ke kau ni lone ranger?” tembak Dahlia. Apa
Nadrisa fikir dia baru kenal gadis ini sehari dua. Jangan nak tipu aku la. Aku
ni je satu-satu kawan kau kan Nad.
“Mengada
lah kau Lia... nanti-nanti lah aku story pasal nih... cube kau jawab dulu soalan
aku tu... Lina ni belajar sampai tahap mana jer?” Tanya Nadrisa lagi.
“
SPM. Haa ape lagi kau nak tahu... nombor phone dia pon aku ada. Nak?” Perli
Dahlia..
“ Boleh
jugak...” balas Nadrisa ringkas. Dahlia menggeleng-gelengkan kepalanya melihat
perangai pelik teman baiknya ini. dia pasti suatu hari nanti Nadrisa pasti akan
memberitahu juga apa yang sedang dibuat kini. Dia malas mahu memaksa gadis ini
memberitahu apa yang cuba dirahsiakan.
******
Nadrisa
mengendap disebalik pokok yang terdapat ditaman perumahan Mahligai Utama.
Setelah seharian dia mengekori Maslina dan Ilham, akhirnya dia tahu juga dimana
gadis yang baru berusia 22 tahun itu tinggal. Spek mata hitam yang dipakai
diturunkan sedikit bagi membaca dengan jelas nombor rumah gadis muda itu.
“ Thank sayang... i masuk dulu yer. You drive elok-elok tau.” Pesan Maslina
dengan lirikan menggoda. Ilham tersengih.
“You
masuk dulu... lepas tu baru i balik.... good night sayang.” Balas Ilham pula.
“You
balik dulu, baru i masuk...” rengek Maslina dengan suara yang manja...
“Noo
darling... you masuk dulu. Now.” Arah Ilham. Well, lelaki romantik mestilah
macam ni kan. Sentiasa mengutamakan kekasih!
“You
ni kan....” akhirnya Maslina beralah... sempat lagi dia menarik Ilham
kepelukkannya. Nadrisa yang memandang dengan jarak beberapa rumah dari pasangan itu sekadar
menutup matanya dengan tangan. Malu dia melihat adegan 18sx itu. Ilham
melepaskan diri dari Maslina. Dia kurang selesa dengan pelukan teman wanitanya.
Seteruk-teruk dia, dia masih menjaga lagi bab-bab pergaulan nih.
“Malu
la tu... jual mahal betul. “ bisik Maslina sambil tersenyum. Satu perangai
Ilham yang berbeza dengan lelaki lain. Lelaki ini bukan jenis yang suka
mengambil kesempatan. Sebab itu dia dapat merasakan hatinya makin terpaut
dengan Ilham walaupun tujuan utamanya sekadar suka-suka.
“bukan
malu sayang... tapi tak elokkan... ok.. dah masuk rumah sekarang. Dah lewat
nih.” Balas Ilham. Dia kemudiannya melambai tangannya setelah Maslina sudah
tiba dipintu. Satu flying kiss diberi sebagai penutup pertemuan mereka hari
ini.
Macam tak percaya je Ilham yang 'playboy' bnyk scandal jaga adap pergaulan??? lain macam je Ilham ni.. pelik saya.
ReplyDeleteplayboy jadian
ReplyDelete