Nur
Nadrisa merapikan penampilannya. T-shirt lengan panjang berwarna hitam
dipadankan dengan seluar jean longgar yang turut bewarna hitam. Cuma tudungnya
sahaja bewarna purple. Spek mata hitam yang bersaiz agak besar dipakai dan
terletak elok diatas hidungnya yang tak berapa nak mancung. Ahh, janji ada
hidung. Ciptaan Allah sudah cukup sempurna. Setelah berpuas hati dengan
penampilannya, Nadrisa bergegas kehalaman rumah untuk mendapatkan motosikalnya.
“hoi...
dah macam rupa penyamun dah kau ni... nak pergi mana?” sergah Dahlia yang
sedang menyiram pokok bunga kesayangannya. Bunga mawar yang ditanam olehnya
sendiri didalam pasu itu kini mula menunjukkan hasil.
“
buat part time... nanti tengahari kau nak masak ke? Kalau malas aku nak tapau
nasik.” Soal Nadrisa seterusnya cuba mengalihkan perhatian Dahlia tentang part
time yang dibuat. Dia pasti gadis itu akan bertanya pasal kerja part timenya.
Baik diubah topik perbualan terlebih dahulu sebelum gadis itu bertanya lebih
lanjut tentang kerja sambilannya ini.
“masak...
kat rumah kita ni banyak lagi lauk. Karang busuk pulak barang kat dapur tu. Kau
balik ke makan tengahari karang?”
“iye...”
balas Nadrisa ringkas. Kasut yang disua pada kakinya sudah siap dipakai. Kini
masa untuk memanaskan enjin motosikalnya. Dia tidak boleh lambat. Dia perlu
sampai ke restoran Seri Bayu sebelum pukul 9. Kalau tidak misinya akan gagal
untuk kali ke dua. Cukuplah misinya sebelum ini gagal. Malu dia mahu mengadap
puan Maimun meskipun orang tua itu tidak marah atas kegagalannya.
“ehh...
sempat pulak kau balik makan tengahari... part time apa yang kau buat? Tak
cukup ke duit gaji kerja kau sekarang ni?” soal Dahlia yang menuju kearah paip untuk
menutup air. Sudah selesai tanggungjawabnya sebagai pekebun yang berwibawa, meskipun ramai teman-temannya termasuklah Nadrisa sering mengutuknya mempunyai
hobi orang tua iaitu bercucuk tanam. Ahh itu semua tak penting. Yang penting dia puas hati
dengan kerja-kerjanya. Baginya berkebun boleh menghilangkan stress disamping
boleh menghilangkan lemak yang bertempek.
“eh
sempat je... weh tak pe la.. aku pergi dulu la. Dah lewat ni..” pinta Nadrisa
sambil terkocoh-kocoh memakai helmet. Terus dia meninggalkan teman rumahnya
demi melarikan diri dari bercerita tentang kerja sambilannya. Ada masa nanti
dia ceritalah.
*****
Nadrisa
merenung pasangan sejoli yang jaraknya beberapa meja sahaja darinya. Bukan main
mesra lagi pasangan itu. Bertepuk tampar, berpegangan tangan, bergesel-gesel...
langsung tidak malu dengan orang sekeliling yang turut memandang panaroma yang
tidak sihat itu. Nadrisa tidak membuang masa, kamera pemberian puan Maimun
dikeluarkan. Ditangkapnya
gambar kemesraan yang terjalin antara pasangan bahagia itu. Setelah berjaya
mengumpul bukti penting, Nadrisa mula merenung wajah teman wanita lelaki itu.
Cuba mengingati wajah jelita itu. Dia perlu memeriksa latar belakang gadis ini.
Lelaki itu dia sudah cukup kenal. Anak tunggal puan Maimun merangkap bosnya di
tempat dia mencari rezeki.
Tapi, dia jamin lelaki itu tidak mengenalinya.
Dia bukannya orang penting di Motel Ilham. Hanya bertugas sebagai kerani. Jadi
dia tidak perlu risau kerana pasti lelaki itu tidak akan mengesyaki apa-apa
tentangnya. Nadrisa bingkas bangun tatkala melihat pasangan itu mula
meninggalkan restoran itu. Dia perlu mendapatkan sebanyak mungkin
maklumat tentang gadis yang kelihatan intim dengan bosnya kini. Kini,
perjalanan mereka kearah pusat membeli belah yang terdekat. Nak shopping la
tu.. bisik hati Nadrisa. Sesi pengintipan dilakukan sehingga pasangan itu
berpisah. Segala maklumat penting dan bukti begambar terus dikumpul. Dia perlu
buat yang terbaik dengan tugasan barunya ini memandangkan bayaran yang agak
lumayan diterima dari puan Maimun.
******
“
puan ini scandal encik Ilham yang terbaru. Mereka dah bercinta selama sebulan.”
Terang Nadrisa sambil mengeluarkan gambar yang sudah siap dicuci. Cermin mata
yang dipakai tadi kini sudah dilucutkan. Baru terang rasanya dunia. Menyamar
punya pasal, terpaksalah dia memakai cermin mata hitam itu supaya wajahnya
tidak mudah dicam oleh Ilham. Kini hampir dua minggu dia bergiat dalam dunia
pengintip. Kadang-kadang rasa bersalah kerana masuk campur urusan hidup orang
lain dan kadang-kadang dia rasa cool sangat. Macam ade kelas je bidang ni..
Puan
Maimun menatap gambar yang diberikan oleh Nadrisa kepadanya. Cermin mata
diangkat sedikit bagi menjelaskan lagi permandangannya. Matanya mengecil bagi
mengamati wajah yang dikategori cantik itu. Cantik tapi nampak tak semenggah
aje perangai budak ni. Baju pon macam tak cukup kain. Jimat betul.
“ Ada maklumat lain yang kamu tahu pasal perempuan ini?” soal puan Maimun sambil
meletakkan kembali gambar-gambar tersebut di meja. Matanya menatap tajam wajah
Nadrisa yang turut merenung kearahnya. Nadrisa mengeluarkan buku nota yang
tersimpan didalam beg galasnya. Satu persatu helaian buku nota itu dibelek. Buku
nota tersebut dihulurkan kepada puan Maimun. Biar bosnya ini sendiri yang
membaca maklumat yang diperoleh. Puan Maimun menilik satu persatu maklumat yang
ada pada helaian kertas buku nota tersebut.
Ternampak jelas kerutan pada dahinya.
‘apa
yang mak cik ni tak puas hati... kelat semacam je muka’. Bisik hati Nadrisa.
Hatinya agak gemuruh menanti kata-kata dari bosnya itu. Takut juga sekiranya
maklumat yang dia perolehi tidak mencukupi. Jangan mak cik nih mengamuk sudah.
Almaklum la kerja yang dibuat ni bukannya free. Berbayar. Pasti puan Maimun
mahu yang terbaik darinya. Tapi dia dah buat sehabis baik dah... bukannya
cincai jer...
“ Tak de alamat dia ke?” soal Puan Maimun sambil meletakkan kembali buku nota
yang dipegang seketika tadi di atas meja.
“
err... alamat tu saya tak dapat lagi tapi saya janji saya akan dapatkan alamat
tu dengan segera.” Jawab Nadrisa sedikit kalut. Mahunya puan Maimun nih
mengamuk, takut juga dia.
“ Saya nak alamat dia secepat mungkin.” Arahan tegas dari puan Maimun kedengaran
lagi. Nadrisa sekadar mengangguk tanda faham. Tak kuasa dia mahu melawan.
“Apa
lagi yang puan nak saya lakukan lepas ni...” soal Nadrisa perlahan.
“ Awak buat je dulu apa yang saya suruh sekarang nih... yang lain kemudian.”
Jawapan yang kedengaran agak keras dari puan Maimun membuatkan perut Nadrisa
kecut. Huh garang betul mak cik nih.
“ Baiklah puan.” Akur Nadrisa. Dia mendiamkan diri akhirnya.
No comments:
Post a Comment