IKLAN NUFFNANG

Friday, August 31, 2018

REVIEW TENTANG CARLTON INN BUKIT UBI, KUANTAN PAHANG

hai semua...

seperti yang Eniey janji dalam entri yang lepas, Eniey ada cerita tentang Carlton Inn terletak di Bukit Ubi di Kuantan Pahang. ceritanya begini, Eniey sejak masuk tahun 2018 ni asyik tertekan dengan masalah kerja dan peribadi. untuk kekalkan diri ini sentiasa dalam keadaan baik dari segi fizikal dan mental banyak la aktiviti bercuti secara solo dilakukan oleh Eniey sepanjang tahun ini. destinasi kegemaran Eniey adalah Kuantan. apa alasannya, salah satunya ianya tidak jauh dari tempat Eniey bekerja sekarang ( memakan masa selama 3 jam kalau drive), tempat yang membangun namun tidaklah sesibuk kotaraya Kuala Lumpur.

tempat Eniey berkhidmat sekarang ini agak dipedalaman, sebab tu Eniey suka ke tempat yang sibuk seperti Kuantan untuk melepaskan tekanan yang melanda. okey berbalik pada tajuk entri kali ini, sepanjang lebih dari setengah tahun Eniey berulang alik ke Kuantan untuk berjalan-jalan memang kerap kalilah Eniey bermalam di sana kerana penat memandu ( 3 jam pergi sahaja), dan Eniey memang Eniey nak tidur di hotel atau rumah tumpangan ( untuk merasa nikmat aircond, bilik dan bilik air yang bersih).

kali ini, bila ke Kuantan Eniey booking tempat bermalam di Carlton Inn melalui laman booking.com untuk tempoh 2 malam. Eniey memang suka bermalam lebih dari satu hari supaya badan dapat rehat yang secukupnya. dengan harapan pada hari isnin tiada lagi istilah monday blues dalam hidup Eniey. apa yang menariknya, harga bilik yang Eniey booking di Carlton Inn sangat berpatutan pada amatan Eniey. Eniey hanya perlu membayar Rm 137.80 bagi penginapan 2 malam yang mana bermaksud kadar bagi satu malam ialah  Rm 68.90 sahaja.

untuk memudahkan pembaca, Eniey akan senaraikan segala kebaikan yang Eniey nampak pada pandangan Eniey ketika bermalam disana.

  1. senang dicari. kedudukannya betul-betul ditepi jalan besar. Eniey cari pakai waze, alhamdulillah untuk pemandu kurang berkaliber macam Eniey tetap merasakan Carlton Inn mudah untuk dicari.
  2. mudah untuk parkir kereta.
  3. penyambut tetamunya yang mesra. tapi yang ini Eniey tak mampu beri jaminan sebab Eniey disambut oleh tuan empunya tempat penginapan (pendapat Eniey sahaja sebab Eniey terdengar cleaner panggil penyambut itu dengan panggilan bos. penyambut tetamu itu seorang lelaki yang mungkin berusia lebih 40 tahun).
  4. kebersihan disekitar kawasan yang memuaskan (Eniey bagi 7.5/10)
  5. ada lift (bangunan 3 tingkat)
  6. disediakan tempat menggosok baju dan seterika, water cooler (ada air panas dan sejuk) disetiap aras bangunan.
  7. bilik Eniey katil queen. keluasan bilik ok (9/10), bilik bersih (8/10), penyaman udara berfungsi dengan baik.
  8. didalam bilik terdapat sebauh katil queen, penyaman udara, televisyen, jug pemanas air, cawan dan bahan minuman, 
  9. toilet sangat luas, semua perkakas didalam bilik air berfungsi dengan baik (9.5/10).
  10. kemudahan wifi disediakan.

cuma, apa yang Eniey perhatikan didalam bilik Eniey tinggal itu tiada almari disediakan. pakaian/tuala boleh disidai pada ampaian yang disediakan jadi bagi orang yang melancong secara solo seperti Eniey, perkara itu bukanlah suatu masalah yang besar. jadi Eniey harap perkongsian Eniey menjadi perkongsian bermakna untuk korang yang baca entry ini. dan percayalah, Eniey tidak dibayar mahu pun mengenali secara peribadi pemilik Carlton Inn. apa yang Eniey tulis ini adalah ikhlas dari hati Eniey yang gembira sekiranya dapat berkongsi perkara bermanfat dengan pembaca sekalian. Eniey juga memohon maaf sekiranya, ada yang tidak setuju dengan pendapat Eniey tentang Carlton Inn atau pun agak kecewa dengan review ini setelah menginap sendiri disana. sebelum menamatkan entri ini, ingin Eniey ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan ke 61. #sayangiMalaysiaku.

No comments:

Post a Comment