IKLAN NUFFNANG

Friday, August 31, 2018

JOM DIET ATKINS SAMA-SAMA

hai...

Eniey perasan (memang yer pon) badan Eniey dah makin mengembang. berat pon nampaknya dah naik berkilo-kilo. semua tu mungkin sebab Eniey selalu cheat bila diet Atkins. jadi hari ini, dengan semangat yang berkobar-kobar Eniey berazam untuk mula semula diet Atkins versi ketat agar dapat semula berat Eniey setahun yang lepas.

Eniey bukan apa, kawan-kawan sekerja Eniey yang dahulunya menggajah kini sudah semakin mengecil. malu Eniey sebagai ratu diet tetapi badan makin lama makin bersaiz tong dram. harapnya diet Eniey kali ini benar-benar berjaya. target Eniey kali ni nak buat sebulan ( biasa endingnya diskaun 50 percent jadi 2 minggu je). harap tiada aral la yang mengganggu kali ini. masalah Eniey untuk diet ada dua je: balik kampung/ atau berjalan2 bercuti dan STRESS. Eniey kalau tertekan, mahu semua jenis makanan nak telan. Stress katanya. memang dasar pelahap! harapnya Eniey berjayalah percubaan untuk kali ke 2 juta ni.

ikut dalam perancangan Eniey, tarikh diet akan berlangsung pada 2/9/2018 iaitu pada hari ahad (lusa). sebab apa bukan esok, sebab Eniey tak habis menggajah lagi. makan dulu puas-puas, lusa nanti Eniey diet. harap sangat Eniey berjaya. Amin. kalau ada yang baca blog Eniey dan bercadang untuk diet sekali Eniey doakan korang pon berjaya menempuhi hari-hari diet yang mendatang. dalam kepala Eniey dah ada menu untuk seminggu. rancangan Eniey, untuk minggu pertama Eniey nak makan sup ayam je. dalam sup tu nak masuk sayur hijau siap-siap (dah nampak ciri-ciri pemalas tahap kritikal). harapnya, tekak ni lalu la nak makan sup tu nanti. Eniey bukannya malas nak masak menu lain, tetapi sebab Eniey dah selalu sangat masak menu Atkins jadi tekak ni dah mula mual bila fikir menu2 yang biasa Eniey buat waktu diet. jadi kali ni Eniey nak buat versi low profile je. makan sup ayam bersama sayur hijau je untuk tempoh seminggu pertama. minggu yang berikutnya mungkin Eniey akan ubah versi atkins yang kurang ketat.

untuk persediaan awal, Eniey dah tempah siap-siap ketone strip dari Shopee.My. kalau ade yang nak tahu pasal apa ketone strip tu dan apa kaitannya dengan diet atkins, nanti Eniey cerita lagi di entry yang berikut. sebab apa Eniey beli benda ni supaya diet Eniey sentiasa on track, tak mudah terbabas. kurang-kurang dengan adanya ketosis ( nanti Eniey cerita pasal ni dalam entry ketone strip) Eniey bersemangat sikit nak diet dan sayang sikit nak cheat. jadi, sesiapa yang baca luahan Eniey nih minta tolong doakan Eniey berjaya mendiet lalu mengurus dengan jayanya.

Insyaallah kalau ada kelapangan Eniey akan cerita tentang ketosis dan ketone strip dalam entri berikut. sesambil tu, rasanya pengunjung blog Eniey memang sedia maklum yang Eniey ni kaki berangan. untuk pengetahuan korang, Eniey dalam proses mencipta manuskrip (poyo je, padahal karangan je pon) kisah cinta yang baru. doa-doakan Eniey rajin, bersemangat, bermotivasi, dan mempunyai idea yang mencurah-curah untuk mengarang kisah romantik tersebut. dan Insyaallah, Eniey akan kongsikan kisah itu kalau ada yang sudi membaca. itu je coretan ringkas hari ni. bye2...

selingan: sesiapa yang berminat nak bermalam di kuantan, Pahang. Eniey nak syorkan korang menginap di carlton Inn ( jangan kata Eniey dibayar oleh empunya hotel ni). nanti ada masa Eniey up entry tentang hotel ni. ok adiossss.

No comments:

Post a Comment