Bab 9
Suasana kelas sunyi sepi... tinggal Soffiya seorang
sahaja yang sedang bertungkus lumus menyiapkan karangan bahasa inggeris
bertemakan keluarga. Buntu otaknya yang kurang cerdik ini untuk memikirkan idea
yang bernas untuk menyudahkan karangan yang masih belum menampakkkan rupa itu.
apatah lagi tema esei yang perlu disudahkan sangatlah tidak kena dengan
hidupnya.
“tap..tap... tap...” terdengar tapak kasut berlaga dengan
simen lantai. Soffiya mengangkat wajahnya yang sedia menunduk daripada tadi.
Dipandang sekitar tatkala terdengar bunyi orang berjalan.
“ awak nak minta saya tolong ke?” tegur satu suara
dibelakang Soffiya. Soffiya mengerling kearah Johan yang kini sudah berada
disebelahnya.
“kenapa tak balik lagi? Suka tengok aku kena denda?”
tempelak Soffiya. Dia cukup menyampah dengan pelajar kelasnya. Dia tahu semua
pelajar kelas 4 Sains 2 benci padanya. jadi tak perlulah Johan tunjuk baik
didepannya.
“Piya... sa.. saya da... datang nak tolong awak... bu...
bukan nak gelakkan awak.” Ujar Johan tersekat-sekat. Meski pun hatinya cukup
segan dengan Soffiya, namun dilawan juga perasaan malunya itu demi membantu
Soffiya.
“tak payah nak tunjuk baiklah... dah kau pergi balik
sekarang. aku boleh buat kerja sendiri.” Marah Soffiya tanpa memandang wajah
Johan. Dia meneruskan penulisan eseinya yang belum selesai. Johan terdiam.
Kecewa dengan sikap Soffiya yang menolak mentah-mentah pertolongan yang cuba
diberikan. Entah apa silapnya sehingga Soffiya melayannya cukup dingin
sedangkan mereka tidak pernah bergaduh antara satu sama lain.
“Piya... saya...”
“kau tak paham bahasa ke Johan... aku cakap berambus
sekarang, berambus je la. Kau ada masalah apa lagi dekat sini?” Soffiya mula
naik hantu. Penat mahu melayan Johan yang tidak reti bahasa. Johan
terkulat-kulat apabila dimarahi Soffiya. Wajahnya yang sedia menunduk makin
menunduk. Dengan rasa terkilan dia beredar meninggalkan Soffiya sebelum gadis
itu makin berbulu dengan kehadirannya. Melihat pemergian Johan dengan riak yang
cukup sedih dan kecewa buat Soffiya mendengus kasar. Diraut perlahan wajahnya.
Terasa bersalah pula melepaskan amarah kepada Johan yang sememangnya baik
padanya selama ini.
“aduyai... semak sungguh kepala otak aku ni.” rungut
Soffiya sambil menampar-nampar lembut kedua belah pipinya. Mahu menyedarkan
diri dari perasaan yang mengganggu gugat ketenteramannya.
“tak elok anak dara mengeluh sangat...” tegur satu suara
mengejutkan Soffiya yang masih lagi dilambung rasa bersalah. Soffiya memandang
sekitar kelasnya, mencari wajah yang menyapanya secara tiba-tiba.
“kenapa tak balik lagi?” soal Nazim sambil menarik kerusi
lalu duduk dihadapan Soffiya. Gadis itu kelihatan merenungnya tajam. Jelas riak
tidak senang terpancar pada sinar mata Soffiya.
“ kena denda...” ujar Soffiya pendek. Wajahnya kembali
ditundukkan untuk memberi tumpuan kepada kerja sekolah yang belum siap lagi.
Sedikit sebanyak memberi isyarat kepada Nazim supaya meninggalkannya dengan segera.
Suasana menjadi sunyi buat seketika. Nazim hanya melihat tingkah laku Soffiya
yang berpura-pura sibuk didepannya.
“ awak patut fikir kesan setiap tindakan yang awak
ambil... barulah hidup awak tak akan penuh dengan penyesalan.” Tiba-tiba sahaja
Nazim bersyarah. Soffiya mengangkat wajahnya. Memandang lama raut wajah Nazim
dengan penuh tanda tanya.
“cikgu merepek apa ni?” Soffiya tidak mengerti. Berkerut
seribu dahinya dengan kata-kata penuh makna daripada Nazim.
“ awak tengah rasa bersalahkan... awak menyesal marah
kawan awak tadi tu, betul tak?” tembak Nazim. Matanya merenung sepasang mata
Soffiya. Gadis itu kelihatan menggigil menahan rasa amarah.
“cikgu curi dengar perbualan saya?”
“bukan curi dengar tapi terdengar...” Nazim
memperbetulkan tanggapan Soffiya padanya.
“cikgu... saya masih hormatkan cikgu sebagai cikgu
saya... jadi saya harap cikgu pon hormat saya sebagai pelajar cikgu. Urusan
peribadi saya bukan hak cikgu untuk ambil tahu semua tu.” balas Soffiya dengan
nada yang tertahan-tahan. selama ini dia cuba untuk tidak berkurang ajar, dia
cuba untuk tidak melawan setiap amarah dari guru-gurunya tapi kali ini dia
sudah tidak dapat bertahan. Dia benci dengan manusia-manusia yang sibuk
mencampuri urusan peribadinya, berlagak memahaminya padahal mereka tidak.
“ saya bukan mencampuri urusan peribadi awak Soffiya...
saya Cuma nasihatkan awak. Saya tak nak awak ulang kesilapan yang sama dan
rasai perasaan yang sama.”
“saya tak perlukan nasihat cikgu... hidup saya, tahulah
saya uruskan.” Nazim tergelak sinis. Kelakar dengan jawapan yang dihadiahkan
oleh Soffiya padanya.
“macam ni awak kata awak tahu uruskan hidup? Ponteng
kelas, hisap rokok, masuk kelas tak buat apa-apa... macam ni ke cara awak
uruskan hidup awak?”
“hisap rokok? Cikgu jangan nak memandai fitnah saya yang
bukan-bukan. Lagi pon, suka hati sayalah nak uruskan hidup saya macam mana...
cikgu tak payah nak menyibuklah. Kalau rosak pun hidup saya, bukan hidup
cikgu.”
“ awak tak payah nak berpura-pura depan sayalah Soffiya.
saya tahu awak merokok... saya nasihatkan awak ni pon sebab saya tak nak hidup
anak murid saya rosak sedangkan saya ada tapi tak buat apa-apa... saya tak nak
menyesal macam tu Soffiya. Jadi, awak pon patut buat sesuatu yang awak tak akan
menyesal dikemudian hari.” Tutur Nazim lembut. Soffiya mengeluh kasar. Hilang
segala mood dan niatnya untuk meneruskan penulisan esei yang belum selesai. Dia
mengemas barang-barang miliknya dengan kasar lalu disumbat kedalam beg galas.
Tanpa sebarang kata, Soffiya meninggalkan Nazim yang masih memandang kearahnya.
Soffiya menghempaskan badannya yang melekit diatas tilam
nipis yang dihampar didalam bilik yang dikongsi bersama ibunya. Terjuih-juih
bibirnya memaki hamun Nazim yang cukup menyakitkan hati.
“poyo punya cikgu... kau ingat kau siapa nak masuk campur
urusan hidup aku. macam bagus jer.” Bebel Soffiya geram. Baju sekolahnya masih
lagi lengkap ditubuh. Belum berniat untuk menukar dengan pakaian lain.
“ kau dengan teacher Elfira sama jer. Konon nak
nasihatkan aku... padahal kau sebenarnya nak kutuk aku, nak cakap hidup aku ni
teruk, nak kata aku ni budak yang tak berguna, hidup menyusahkan orang... kau
nak tunjuk yang aku dengan kau manusia yang berbeza, kau tu orang bertaraf
mulia tak macam aku ni manusia hina. Itu tujuan kau yang sebenarnyakan.
Bukannya ikhlas pon nak beri nasihat pada aku.” bentak Soffiya dengan rasa
marah yang tidak dapat dibendungkan lagi. Kenapa semua orang atas dunia ni
bersikap kejam padanya? kenapa semua orang atas dunia ni benci padanya? tak
layakkah aku untuk disayangi oleh semua orang? Air mata Soffiya mengalir
setitik demi setitik. Ada rasa perit membelah dadanya.
“ Soffiya... kau jangan menangis hanya untuk
manusia-manusia yang membenci kau. kau jangan sia-siakan air mata untuk perkara
bodoh macam ni. bukan kau tak biasa dengan perkara macam ni.” bisik hati
Soffiya cuba memberi ketenangan pada diri sendiri. Jauh disudut hatinya memang
dia amat menyesal melayan Johan dengan teruk, dia juga ingin percayakan
kata-kata cikgu Nazim yang mungkin ikhlas menasihatinya. Tapi, dia takut untuk
percayakan semua itu. dia tiada keyakinan untuk menyerahkan hatinya untuk
menyayangi orang lain. Dia takut dikecewakan lagi. Dia tidak boleh percayakan
manusia atas muka bumi ini. Kalau ayahnya sendiri boleh buang dirinya inikan pula
orang luar, orang yang tiada ikatan darah dengannya.
Soffiya yang asalnya
terlentang diatas tilam nipis bingkas berdiri. Perlahan-lahan dia menghampiri
beg galas yang dibawa kesekolah. Diseluk poket beg berkenaan lalu mengeluarkan
sebatang rokok bersama pemetik api. Dia perlukan ketenangan buat masa ini.
memikirkan manusia-manusia disekelilingnya hanya menambahkan beban dalam
jiwanya sahaja.
No comments:
Post a Comment