Ilham
membaca surah Yassin dengan penuh sayu. Beberapa titik air mata jatuh ke
pipinya. Hari ini genap dua tahun Rania meninggalkannya sendiri. Memang sudah
menjadi rutin hidupnya setiap hari khamis malam jumaat membaca surah Yassin
kepada arwah Rania. Cinta dan kasih sayangnya terhadap gadis manis itu tidak
pernah berubah selama ini. Namun mungkin sudah tiada jodoh. Allah lebih
sayangkan Rania.
“
Sayang... Kalau kita kawin nanti, sayang nak berapa orang anak?” Soal Rania
manja.
“10...
Boleh?” Usik Ilham. Rania menarik muka masam. Berpura-pura marah.
“Abang
ingat saya ni kilang ke nak beranak banyak-banyak.” Marah Rania.
“Dapat
banyak pahala tau kalau beranak banyak-banyak ni...”
“Dah
kalau macam tu abang je la yang beranak... Banyak sikit pahalakan...”
“Kalau
ikutkan memang abang nak beranak... Tapi dah tak boleh, nak buat macam
manakan.” Balas Ilham selamba. Rania tersenyum kecil.
“Abang
ni kan... Ada-ada je...” Rania mengalah akhirnya. Kalau berlawan kata dengan
Ilham dia tak akan pernah menang. Ilham mesti ada sahaja idea untuk mematahkan
kata-katanya.
“Abang
sayang sangat kat Rania... Abang rasa
abang tak boleh hidup kalau tak ada Rania. Rania janji tak akan tinggalkan
abang yer...” Luah Ilham. Matanya merenung wajah manis milik Rania yang turut
merenungnya. Rania meletakkan tangannya diatas tangan Ilham.
“InsyaAllah...
Selagi hayat dikandung badan, hanya abang dihati saya. Hanya ajal boleh
pisahkan kita.”
“
Tapikan bang...” Celah Rania tiba-tiba. Ilham mengangkat kening sebagai isyarat
meminta Rania menyambung kata-kataya.
“Kalau
Rania pergi dulu sebelum abang, abang jangan menangis tau. Abang kena kuat.
Kalau boleh Rania nak abang selalu sedekahkan ayat suci al Quran kat Rania.”
“Apa
ni cakap macam tu sayang... Jangan cakap macam ni lagi.. Abang tak nak dengar.”
Tinggi suara Ilham. Berdegup kencang dadanya mendengar kata-kata dari Rania.
Bagaimana dia mahu meneruskan hidup kalau tiada Rania. Rania sudah menjadi
sebahagian hidupnya. Dia kini hanya menunggu kebenaran ibunya untuk menyunting
Rania sebagai isteri.
“Abang...
Saya cakap kalau... Ajal ni rahsia Allah. Kita tak akan tahu apa yang akan
berlaku kelak. Dan satu lagi saya nak abang buka hati abang untuk cinta yang
baru kalau saya dah tiada lagi... Tapi saya nak abang cari perempuan yang
betul-betul cintakan abang dan mampu jaga abang dengan baik. Abang janji dengan
saya.” Minta Rania lagi.
“Enough sayang... Okey abang janji semua
tu tapi sayang please stop talking
pasal mati... Abang tak sanggup nak dengar...”
“Mati
itu pasti...” Tegur Rania.
“Yes i know mati itu pasti... Tapi... Okey
kita cakap pasal lain. Bukan perkara ni.” Aju Ilham sedikit kelam kabut. Rania
tersenyum lembut memandang kearah Ilham. Dia tahu kasih sayang Ilham
terhadapnya terlalu utuh. Hanya berbual tentang perkara ini sudah cukup buat
Ilham kalut apa lagi kalau perkara ini menjadi kenyataan. Doanya supaya Ilham
mampu hidup tanpanya disisi.
“Minum Ilham?” Sapa Puan Maimun sambil
mengangkat teko berisi kopi panas ke cawan anak terunanya.
“No... Ilham dah lambat. Ilham pergi
dulu.” Tolak Ilham lalu bergerak kearah pintu rumahnya. Puan Maimun mengeluh
sayu melihat sikap anaknya yang masih sama. Tidak pernah berubah semenjak
kematian Rania.
“
Apa yang dikejar tu Ilham... Bukannya ada mesyuarat pon pagi ni.” Tegur Encik
Johari setelah melihat kekecewaan yang terlukis pada wajah Puan Maimun dengan
sikap acuh tak acuh Ilham.
“Kat
pejabat tu banyak kerja papa...” Dalih Ilham.
“Kerja
tu takkan habis Ilham... Sekarang temankan
papa dan mama minum.” Arah Encik Johari tegas. Dia sudah lama perasaan ada
perubahan yang berlaku kepada Ilham. Ilham sudah tidak sama seperti dulu lagi. Ilham akur dengan arahan orang tuanya. Dia
malas bergaduh pagi-pagi buta macam ni.
“Minum
kopi yer Ilham...” Aju Puan Maimun sekali lagi. Setelah melihat anggukan Ilham,
barulah Puan Maimun menuang kopi panas kedalam cawan. Segala urusan menguruskan
anak dan suami, jarang sekali Puan Maimun serahkan kepada bibik. Dia lebih
selesa melakukannya sendiri.
“Auntie Suraya ajak kita dinner kat rumah dia malam ni... Ilham
balik awal yer...” Minta puan Maimun.
“
Malam ni Ilham kena jumpa client.”
Tipu Ilham. Dia sudah tahu apa agenda kalau ibunya mengajak makan malam dirumah
Auntie Suraya. Nak berbincang tentang
dia dan Atirah la tu. Padahal dia dan Atirah sama-sama tidak setuju dengan
cadangan kedua belah keluarga ini.
“Cancel la. Lagi pon, kita nak bincang
pasal pertunangan kamu dengan Tyra.”
“Siapa
yang nak bertunang dengan Tyra? Papa ke?” Sela Ilham geram. Tak cukup-cukup
mamanya buat dia merana. Kenapa mama suka seksa anak sendiri.
“Ilham....”
Keras suara Encik Johari. Memberi amaran supaya Ilham menjaga kata-katanya.
“Mama
tak kira, kamu nak ke tak nak ke, 3 bulan lagi kamu dan Tyra akan bertunang.”
“Ilham
tak nak mama... Mama faham tak? Ilham anggap Tyra tu macam adik je. Tyra tu pon
tak ada perasaan kat Ilham. Nak buat apa satukan kami... Kitorang boleh
cari sendiri pasangan hidup masing-masing. Mama dan Auntie Suraya tak payah masuk campur boleh tak?” Tinggi suara Ilham.
Penat dia melayan sikap Puan Maimun yang terlalu menggesa. Kenapa dia nak
sangat Atirah menjadi menantunya pon Ilham tak faham. Sampai semua perempuan
lain tidak diterima.
“Cari
pasangan masing-masing? Boleh ke kamu cari orang yang lebih baik dari Tyra tu? Jangan
ingat mama tak tahu kamu bercinta dengan siapa sekarang. Perempuan murahan
macam tu kamu nak buat jadi isteri Ilham?”
“
Oooo... Jadi sekarang mama upah pengintip la intip Ilham...” Tengking Ilham.
Segala memori 2 tahun yang lalu mula mengasak-ngasak kedalam mindanya. Kenangan
yang tidak akan dia lupa sehingga dia mati!
“Ilham...
Cakap elok-elok sikit dengan mama... Lagi pon betul apa cakap mama tu.” Marah Encik
Johari. Pantang dia melihat anak meninggikan suara dengan ibunya. Kurang ajar
itulah ayat yang sesuai.
“Apa
yang betulnya papa... Papa lupa ke apa yang mama dah buat kat Ilham dan Rania
dulu. Kalau bukan kerana mama dan pengintip mama tu, Rania masih hidup. Rania
tak akan tinggalkan Ilham.”
“Ilham...
Mama bukan tuhan. Ajal maut tu Allah dah tetapkan... Dah memang ajal Rania.”
Pujuk Encik Johari. Memang dia sendiri pon tidak berkenan dengan sikap
isterinya yang terlalu memilih calon isteri untuk anaknya. Tetapi, Ilham perlu
juga disedarkan. Semuanya sudah tersurat. Siapa mereka untuk menghalang ajal
Rania yang sudah tiba?
“Yer...
Memang sebab ajal Rania dah sampai tapi penyebabnya adalah mama... Dan sampai
sekarang Ilham tak maafkan mama sebab pisahkan Ilham dan Rania. Kalau mama nak
teruskan jugak pertunangan Ilham dengan Tyra... Mama teruskan. Tapi, mama
jangan menyesal kalau mama dah tak dapat jumpa Ilham lagi selepas ini. Dan mama
pesan kat pengintip mama berhati-hati... Sekali Ilham tahu siapa dia, nahas dia
Ilham kerjakan.” Habis sahaja ayat itu terus Ilham meninggalkan mama dan
papanya. Hatinya sakit mengingatkan
perbuatan mamanya dan pengintip jahanam itu. Setelah pemergian Rania, pengintip
itu turut menghilang entah ke mana setelah teruk dibelasah olehnya.