“Okey
good job Nad...” puji Puan Maimun. Nadrisa menghembus nafas lega mendengar
pujian dari Puan Maimun. Takut juga sekiranya maklumat yang diberi belum lagi
mencukupi.
“So
puan... puan nak saya buat apa sekarang? Semua latar belakang Maslina puan dah
tau...”
“Awak
perhatikan jer dia dulu... ape-ape hal nanti saya beritahu kemudian. Pastikan awak siasat
betul-betul sedalam mana hubungan mereka.” Arah Puan Maimun. Nadrisa mengangguk
tanda faham walaupun dia masih belum tahu lagi tujuan sebenar puan Maimun
meminta dia menyiasat latar belakang kekasih Ilham. Adakah dengan tujuan yang
baik atau sebaliknya?
“Saya
pergi dululah puan... masa lunch pun dah nak tamat.” Minta Nadrisa selepas
melihat jam yang melilit pada tangannya.
“Tunggu
dulu...” bantah puan Maimun pendek. Nadrisa tidak jadi bingkas dari tempat
duduknya. Matanya merenung wajah puan Maimun yang turut memandang kearahnya.
“Saya
dah bank in duit upah... Nanti awak boleh check dalam bank ada ke tak... Saya
ada bagi advance sikit. Upah awak kerja bersungguh-sungguh untuk dapatkan maklumat
Maslina.” Ucap Puan Maimun. Sejurus selepas meluahkan kata-kata itu dia meneguk
kopi panas yang dipesan sebentar tadi. Nadrisa terdiam. Entah kenapa hatinya
tidak seronok mendengar berita yang disukai ramai itu. Sepatutnya dia gembira
bila gajinya sebagai pekerja sambilan telah masuk. Tetapi kenapa hatinya tidak
tenteram. Adakah duit itu tidak berkat? Salah ke pekerjaan yang dibuat
sekarang?
“Kenapa
macam tak happy je?” soal Puan Maimun perlahan. Agak perasan perubahan wajah
Nadrisa yang tiba-tiba menjadi muram.
“Eh
tak de la Puan. Mestilah gembira duit gaji dah masuk..” Gurau Nadrisa. Namun
gurauan itu tetap tidak mampu menutup rasa tidak tenang dihatinya. Ada rasa
lain yang menetap dihatinya saat ini.
“Bagus
la tu sebab saya tak nak terhutang budi pada awak..” Balas Puan Maimun penuh
makna. Nadrisa terdiam. Hatinya makin tidak tenteram mendengar jawapan yang
diberikan oleh puan Maimun. Dia akhirnya bingkas bangun. Mahu pulang ke Motel
memandangkan waktu makan tengahari hampir tamat.
“Terima
kasih puan. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Minta Nadrisa lembut. Dia pergi
setelah mendengar salamnya dibalas puan Maimun.
******
Nadrisa
termenung dimeja kerjanya. Walaupun banyak kerja yang perlu disiapkan namun
hatinya tidak ada pada kerja-kerja itu. Tuntutan klaim yang bertaburan
dimejanya dipandang sepi. Mood untuk bekerja hilang. Dia tahu berdosa dia buat
begitu namun bagaimana dia mahu memaksa dirinya untuk bekerja didalam keadaan
dirinya yang tiada semangat. Segala semangatnya hilang mengingatkan perbualan antaranya
dan Puan Maimun tengahari tadi.
“Weh
korang... tadi cik Atirah datang lagi...” Nadila yang sedang mengadap komputer
tiba-tiba sahaja mengeluarkan topik gossip panas untuk hari ini. Bosanlah tu
kot. Nadrisa sekadar memasang telinga.
Tidak berminat untuk menyampuk perbualan mereka.
“datang
lagi? Aii sudah-sudah la tu cik Atirah.” Sampuk Rosmah yang mula mara kearah
Nadila. Nak start gosip la tu.
“kalau
aku lah jadi si Atirah tu, tak naknya aku kat encik Ilham tu. Atirah tu
bukannya kurang apa-apa. Cantik, bijak, kaya.... apa yang dia nak dengan encik
Ilham yang banyak scandal tu.. nak kata kaya, si Atirah punya family lagi kaya
kowt.”. Amna yang sedang menyusun klaim yang sudah selesai diproses ke dalam
fail.
“Tu
la pasal... harap rupa je encik Ilham tu. Perangai gatal betul. Akak masa
mula-mula masuk kerja dulu pun dia pernah nak try tau. Nasib baik akak dah
berlaki...” Sokong Nadila dengan kata-kata Amna yang sibuk dengan fail dan
tuntutan klaimnya.
“kenapa
kak? Kalau tak berlaki akak pon cair ke dengan encik Ilham tu?” usik Amna.
Rosmah tersengih-sengih sambil menyandarkan badannya yang agak gempal pada meja
Nadila.
“Of
course la dear... pakej lengkap kowt.” Seloroh Nadila. Nadrisa sekadar
tersenyum mendengar jawapan dari Nadila.
“pakej
memang lengkap tapi memang tak tenanglah hidup kalau berlakikan encik Ilham
tu... Kalau boleh 24 jam nak berkepit pasal takut ade orang caras.” Sambung
Rosmah pula.
“Tahu
tak pe... Akak dah bersyukur dengan laki akak sekarang ni... Walaupun boroi
janji setia... tak de la hari-hari nak makan hati.” Balas Nadila senang.
Teringat suaminya yang bertugas sebagai pembantu tadbir di PPD Kuantan .
Walaupun suaminya bukanlah orang berada namun tetap yang terbaik buatnya.
“Memang
la kak... tapi suami saya walaupun agak hensem dia tetap setia kat saya. Akak
jangan ingat orang hensem ni suka berscandal kat luar macam encik Ilham tu.”
Amna membalas lembut. Bukan nak berbangga dapat suami yang hensem namun sekadar cuba untuk
memperbetulkan tanggapan Nadila yang seolah-olah berpendapat lelaki kacak
biasanya tidak setia.
“Yang
tu akak tahu la... Nak curang ni bukan tengok rupa pon... Adakalanya yang hodoh
tu la ramai benor scandalnya kan...”
“Hah
Nad... Kau tu bujang lagikan.. Encik Ilham tak ada ke nak mengayat kau?” sergah
Rosmah pula. Dia tahu sangat perangai Nadrisa yang pendiam dan kurang bercampur
tapi gadis itu tidak sombong. Cuma kurang bercakap je.
“Tak
ada lah kak Mah... Saya ni mana sesuai dengan taste dia tu... Pandang pon tak.”
“Ye
la kau tu pendiam sangat sebab tu dia tak pandang... Cuba la kau belajar
bersosial sikit, dress up macam orang muda-mudi yang sebaya dengan kau tu...
baru lah dia pandang.” Tegas Nadila pula. Nadrisa bukanlah kategori hodoh cuma
selekeh ajer. Tak pandai bersosial pulak tu. Kalau tak memang dah ramai yang
nak masuk isi borang.
“Bagus
jugak dia tak pandang si Nad ni kak Dila... Buatnya dia jadikan si Nad ni macam
scandal-scandalnya yang lain kesian pulak... cari orang lain je la Nad..” ujar
Amna pula.
“Saya
pun tak berminat kak Am. Kita nak kahwin kena lah cari orang yang sepadan. Dia
dan saya memang tak sepadan pon.” Jelas Nadrisa.
“Betul
tu Nad... Ada cinta sahaja tak cukup kalau nak kawin... Kena ade keserasian
jugak. Kalau kita dah tahu dia dan kita ni dari dunia yang berbeza, tak payah
lah gatal-gatal cari penyakit. Buat merana jiwa je nanti.” Sokong Nadila. Yang
lain sekadar menganguk. Mengiakan kata Nadila yang paling senior antara mereka.
*****
“ Jauh benor termenung... Fikir apa tu?” Sapa Dahlia setelah melabuhkan punggung
disofa dalam rumah sewa mereka. Nadrisa memandang kearah Dahlia yang sedang
mencari siaran televisyen menggunakan remote. Dipautnya lengan Dahlia perlahan.
“Kenapa
ni...” Soal Dahlia tatkala melihat Nadrisa lain macam sahaja malam ini. Ada
masalah la kalau perangai macam ni.
“Gaji
yang halal tu macam mana yer Lia?” Soalan Nadrisa menambahkan lagi kebingungan
Dahlia. Apa pula pasal gaji ni.
“Gaji
yang halal tu apabila kau buat kerja bersungguh-sungguh. Tak memonteng masa
kerja dan yang pasti bukan pekerjaan yang ditegah dalam Islam. Kenapa?”
“Gaji
akan halalkan kalau kita buat kerja dengan usaha dan mempunyai niat yang
baikkan...” soal Nadrisa lagi.
“Kau
ni kenapa... Apa yang kau dah buat sebenarnya?” Dahlia menyoal lembut. Dia
perasaan perubahan pada Nadrisa dua tiga menjak ini. Nadrisa sering pulang
lewat malam, berpakaian gelap dan berspek mata hitam. Bila ditanya katanya buat
part time. Tetapi tidak pernah diberitahu apa part time yang dibuat.
“Hmmm.... Tak ada apa-apa la Lia...”
“Ke
kau buat kerja tak senonoh? Kau jangan... karang aku report kat mak bapak kau
baru kau tahu.” Tembak Dahlia sesuka hati.
“Hoi
mak cik... Apa kau baru kenal aku hari ni... Tak adanya aku buat kerja tak
senonoh.”
“Habis
tu... Part time apa yang kau buat?”
“Kerja
kuli-kuli je... Ala nanti-nanti aku citer la kat kau. Aku nak masuk tido la... Besok nak kerja.. Good night.” Balas Nadrisa lalu bingkas bangun meninggalkan
Dahlia yang cuba mengorek rahsianya. Dahlia menggeleng-gelengkan kepalanya
melihat tingkah laku Nadrisa. Nak melarikan diri la tu. Tapi tak apa kalau kau
tak nak bagitau sebab aku akan cari sendiri kebenaran tu.