Bab 10
Faezah mara ke arah bakul pakaian yang mengandungi baju
kotor miliknya. Diangkat bakul baju tersebut lalu dibawa ke bilik mandi untuk
dicuci. Soffiya yang sedang menonton televisyen dipandang, tergeleng-geleng
kepalanya melihat telatah anak daranya itu. Dulu, Soffiya bukan begitu
orangnya. Soffiya sentiasa ceria, mudah tersenyum, rajin belajar namun kini
tidak lagi. Soffiya suka memberontak, mudah naik darah dan tidak lagi
mementingkan pelajaran. Sudah banyak aduan yang diterima daripada pihak sekolah
mengenai anaknya. Dia sendiri sudah tidak tahu apa perlu dibuat untuk
mengembalikan Soffiya yang dulu.
“Piya...” Laung Faezah dari bilik air. Soffiya yang ralit
dengan cerita yang terpampang pada dada televisyen tersentak. Matanya
mencari-cari kelibat ibu.
“ ye mak...” balas Soffiya dengan nada yang kuat.
“dah basuh ke belum baju sekolah kamu? Esokkan sekolah.”
Soal Faezah yang kini sudah pun muncul disisi Soffiya.
“belum lagi mak... tapi tak apa, Piya ada sehelai lagi
baju. Hujung minggu nanti baru Piya basuh baju tu.”
“kalau macam tu biar mak basuh sekali je la baju Piya...
mak pon memang nak basuh baju ni.” Usul Faezah.
“tak pelah mak... nanti Piya basuh sendiri.
Susah-susahkan mak jer. Mak kan penat, baru balik kerja.” Tolak Soffiya. Tak
tergamak rasanya untuk menyusahkan satu-satunya wanita dan manusia yang paling
disayangi diatas dunia ini. Faezah menggariskan senyuman nipis, satu-satunya
sikap anak daranya yang masih belum berubah adalah sikap prihatinnya.
“tak susah pon Piya... baju mak pon berapa helai sangat.
Dah pergi ambil baju kotor tu. Biar mak basuh sekarang.” Arah Faezah tegas.
Soffiya mengeluh perlahan. Arahan yang diterima daripada Faezah diikut. Dia
menuju kearah baldi yang diisi dengan baju kotor miliknya lalu ditarik sepasang
baju sekolah yang elok dibenamkan kedalam baldi tersebut. Terkedek-kedek
Soffiya kembali kepada emaknya lalu diserahkan baju itu kepada emaknya.
“nah mak... terima kasih. Nanti biar Piya jemur baju tu
semua.” Minta Soffiya. Faezah mengaggukkan kepalanya dengan senyuman kecil. Dia
menuju kembali ke bilik air untuk menyambung sesi membasuh baju. Namun
langkahnya yang lebar tiba-tiba sahaja terhenti. Dia berkalih semula kearah
anaknya yang sudah menyambung menonton televisyen.
“ Piya...” Teriak Faezah sekali lagi.
“apa lagi mak?”
“ kenapa baju Piya bau rokok ni? Piya berkawan dengan
budak-budak tak senonoh ke?” tinggi suara Faezah. Soffiya terperanjat dengan
soalan ibunya. Terus mulutnya terkunci. Cuak perasaannya seketika. Apa yang
perlu dijawab pada emak. Air liur yang cuba ditelan terasa kesat didalam tekak.
“Piya...” makin meninggi suara Faezah. Matanya mencerlung
kearah anak daranya.
“ Eh tak ada la mak... Piya pon tak tahu macam mana ada
bau asap rokok tu. Mungkin kebetulan Piya lalu sebelah perokok kot tadi. Piya
pon tak perasan sangatlah pasal tu.” Tipu Soffiya dengan nada yang paling
yakin. Matanya tidak berani menatap sepasang mata ibunya. Dia memang tidak
pandai menipu. Tiba-tiba sahaja ingatannya singgah pada cikgu Nazim. Macam mana
cikgu tahu aku merokok? Siapa yang bocorkan rahsia aku? Dalila ke? Siapa lagi
yang tahu pasal ni? Matilah aku kalau emak tahu aku merokok. Soffiya bermain
jari sendiri... perasaan gelisah bertebaran dalam dadanya.
“betul ni?” tanya Faezah untuk mendapatkan kepastian. Dia
tidak yakin dengan jawapan yang meluncur keluar daripada mulut Soffiya. Macam
ada yang tak kena sahaja reaksi muka gadis itu.
“be...betullah mak... takkan Piya nak tipu pulak.” Jawap
Soffiya sedikit tergagap. Dengupan jantungnya terasa laju membelah dada.
“ mak tak nak Piya kawan dengan orang yang bukan-bukan...
kalau mak dapat tahu Piya sembunyikan apa-apa dari mak siap Piya.” Ugut Faezah.
Habis sahaja ayat itu dia mara semula kearah bilik air untuk menyambung
kerjanya yang tertangguh. Soffiya yang tegak berdiri didepan televisyen melepas
keluhan lega. Nasib baik rahsianya masih belum terbongkar. Kalau tak masaklah
dia malam ini.
Soffiya bingkas bangun daripada kerusi didalam kelasnya
setelah masa cikgu Raudhah telah tamat. Sebentar lagi akan tiba masanya kelas
paling dibenci iaitu kelas matematik. Mengingatkan sikap cikgu Nazim yang
berlagak bagus itu membuatnya geram sahaja. Dia mahu segera keluar daripada
kelas itu, dia tak rela untuk mengadap wajah guru muda yang cukup menyakitkan
hati. Baru beberapa tapak Soffiya bergerak, bahunya berselisih dengan Johan
yang kebetulan baru pulang daripada tandas. Lelaki itu langsung tidak memandang
kearahnya. Mungkin berkecil hati dengan sikapnya semalam.
“Johan...” seru Soffiya. Langkah Johan yang kian hampir
pada tempat duduknya terhenti. Dipandang wajah Soffiya dengan perasaan teruja.
Kali pertama sepanjang tempoh pengenalan antara mereka Soffiya terlebih dahulu
memanggilnya. Johan menghampiri Soffiya yang memandangnya dengan perasaan yang
tidak dapat ditafsirkan. Gadis itu kelihatan serba tidak kena.
“ aku minta maaf pasal semalam...” minta Soffiya
perlahan. Johan terperanjat. Terkejut dengan ucapan maaf daripada Soffiya.
“aku tak suka orang masuk campur urusan hidup aku. Harap
kau faham dan kau tak akan buat lagi perkara macam tu.” Sambung Soffiya lagi
bersama peringatan. Dia tak nak mengulang kesilapan yang sama dengan memarahi
Johan atas kebaikkan lelaki itu. Jadi ada eloknya dia jelaskan pendiriannya
agar Johan tidak masuk campur urusan hidupnya lagi. Johan tersenyum manis. Gembira bukan kepalang setelah
mendapat ucapan maaf daripada Soffiya. Sekurang-kurangnya dia tahu, Soffiya
turut menghargai perasaannya, menjaga hatinya daripada terluka dengan
kelakuannya.
“saya tak ambil hati pun pasal semalam... kalau awak ada
masalah, awak boleh minta tolong saya bila-bila masa sahaja dan saya akan cuba
membantu sedaya mungkin.” Balas Johan senang. Soffiya menganggukkan kepala.
Langsung tidak diendahkan kata-kata akhir Johan. Cukuplah dia tahu Johan sudah
memaafkannya. Tanpa sebarang kata, Soffiya beredar meninggalkan Johan untuk ke
markas rahsianya. Dia mahu memonteng kelas Matematik yang amat membosankan ini.
“awak nak pergi mana tu? Kelas dah nak mula ni...” tegur
Johan. Dia seakan boleh membaca niat Soffiya yang cuba memonteng kelas
Matematik yang bermula sebentar lagi. Soffiya diam sahaja. Tidak membalas. Dia
meneruskan perjalanannya. Johan cepat-cepat menghalang perjalanan Soffiya. Dia
tidak mahu Soffiya meneruskan sikap buruknya ini.
“jangan ponteng kelas Piya... awak tahukan lepas ni kelas
cikgu Nazim. Nahas awak kalau dia tahu awak ponteng kelas dia.” Pujuk Johan.
Soffiya merengus kasar. Mula naik angin dengan sikap penyibuk Johan. Baru
sahaja diberi peringatan dah buat balik perangainya tu.
“ketepilah Johan... suka hati akulah nak ponteng ke apa
ke.”
“Piya... awak tak takut ke kalau cikgu Nazim laporkan
pada pengetua perangai awak ni. Dah banyak sangat kelas awak ponteng, saya takut nanti awak kena gantung sekolah.” Nasihat
Johan lagi. Soffiya tarik nafas dalam-dalam. Cuba menahan rasa sabar yang kian
menipis melihat sikap Johan yang tidak faham bahasa.
“Johan... sementara aku cakap elok-elok dengan kau ni
baik kau berhenti membebel pada aku. Aku tak nak marahkan kau macam semalam.
Kau tak payah ambil tahu apa yang aku nak buat.” Desis Soffiya dengan suara
yang ditahan-tahan. Sedaya upaya disabarkan dirinya daripada memaki hamun Johan
yang suka menyibuk.
“Soffiya, Johan... korang buat apa dekat luar ni. Jom
masuk kelas.” Sampuk suara mengganggu perbualan Soffiya dan Johan yang kian
hangat. Soffiya mengerling pada penegur tak diundang. Keluhan kasar dilepaskan
tatkala wajah Nazim melayar pada pandangan matanya.
“baik cikgu...” balas Johan penuh hormat. Dia masuk kelas
seperti yang disuruh. Tinggallah Soffiya yang masih kaku di tepi pintu kelas.
“awak berangan apa lagi tu Soffiya... ayuh kita masuk
kelas sekarang.” Arah Nazim sekali lagi. Dengan langkah yang malas Soffiya
mengekor jejak gurunya untuk ke kelas. Nak tak nak dia terpaksa mengikut.
Mustahil rasanya untuk melawan terang-terangan begitu.