Ainna
menolak perlahan daun pintu biliknya yang kini sudah mula dikongsi bersama sang
suami yang baru dinikahi pagi tadi. Hatinya dilanda pelbagai rasa, gementar,
takut, cemas, namun sedikit sebanyak rasa gembira turut terpalit disanubari.
Dia dan suami bukanlah berkahwin atas dasar cinta, mahu pun suka sama suka
tetapi atas pilihan keluarga masing-masing. Bagi dia isu kahwin atas pilihan
keluarga bukanlah suatu isu yang besar, cukuplah dia percaya akan pilihan
ibubapanya seterusnya suaminya ini bukanlah hak milik sesiapa. Tanpa berfikir
lama, dia terus sahaja menerima lamaran keluarga suaminya. Itu kisah 3 bulan
yang lalu, kini mereka sudah disatukan dengan satu ikatan yang suci iaitu tali
perkahwinan.
Ainna
pandang belakang tubuh suaminya yang tegap disisi tingkap. Jejaka itu seakan
tidak sedar kehadirannya saat ini. Lama Ainna merenung suaminya yang ralit
dengan telefon bimbit ditelinga. Nafas ditarik panjang agar rasa gementar yang
kian memuncak dapat dihilangkan.
“
Sayang…. Sayang tahukan abang sayangkan sayang. Perkahwinan ni bukan untuk
abang, tapi untuk kita. Percayalah sayang.” Luah Izzat bersungguh-sungguh pada
telefon yang digemgam saat ini. Ainna yang tegak dibelakang tertelan liur,
nyaris dia tersedak. Rasa gementar baru sahaja mahu menghilang kini timbul
kembali. Kali ini perasaan itu turut membawa rasa ingin tahu yang meluap-luap.
“
isteri nombor 1, nombor 2, nombor 3 dan seterusnya tak penting, tak bermakna
sayang. It just a number. Apa yang penting abang sayangkan sayang. Kalau abang
tak kahwin dengan perempuan ni, keluarga abang tak akan benarkan abang kahwin
dengan sayang. Apa guna kita bercinta bertahun-tahun, apa guna kasih sayang
abang pada sayang kalau kita tak boleh bersama. Percayalah cakap abang, abang
kahwin dengan dia hanya untuk dapatkan kebenaran dari ibu dan abah untuk abang
kahwin dengan sayang. Abang hanya
cintakan sayang, bukan perempuan tu.” Tegas Izzat lagi memujuk kekasih hati di
talian sana. Ainna kepal jemari, perlahan-lahan jemari itu dibawa kedada untuk
lalu diurut dadanya yang terasa cukup perit waktu ini.
“
sayang, walaupun sayang hanya jadi nombor 2 lepas ni itu tak bermakna kasih
sayang abang terhadap sayang jatuh tempat ke dua. Abang tetap akan cintakan
sayang, sayang tetap nombor 1 dihati abang. Dia tak akan dapat cantas kedudukan
tu, trust me sweetheart. Dan dia hanya akan jadi isteri sahaja, isteri diatas
kertas. Tak lebih dari itu.” Pujuk Izzat setelah diam hampir beberapa minit.
Penat berdiri mengadap tingkap yang terbuka itu, Izzat mengubah cara kedudukan.
Dipusingkan badannya yang tinggi lampai untuk mara ke katil pengantin. Matanya
membulat, terkesima sekejap tatkala memandang wajah isteri yang baru
dinikahinya sedang merenung tajam kearahnya.
“
abang call sayang semula lepas ni…” cepat-cepat talian dimatikan setelah sedar
kehadiran si isteri. Izzat simpan telefon tangannya kedalam poket seluar. Dia
cuba berlagak selamba meski pun didalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.
Ainna masih seperti sebelumnya. Merenungnya seperti singa yang kelaparan.
“
awak dah dengarkan tadi perbualan saya dengan kekasih saya.” Izzat memulakan
bicara. Rasa debar dan takut yang
bermain didalam dada disimpan kemas-kemas agar rasa itu tidak keluar dan
memalukannya. Dia bukan takutkan Ainna, apa yang dia takut adalah tembelangnya
kini sudah pecah dan bakal diketahui oleh ibu bapanya dan juga ibu bapa Ainna.
“
Jadi ini sebab awak kahwin dengan saya?” Soal Ainna meski pun tahu soalan itu sudah punya jawapannya. Wajah tak bersalah Izzat dipandang
dalam-dalam. Meluap-luap rasa amarah yang kini semakin tidak dapat dibendung
lagi. Terasa maruahnya sebagai seorang wanita kini berada dibawah tapak kaki
sang suami sahaja.
“
dah tu? Awak ingat saya kahwin dengan awak sebab jatuh cinta pandang pertama?
Naifnya awak. Patutlah senang-senang je terima lamaran keluarga saya.” Bidas
Izzat seolah-olah sengaja menuang minyak kedalam api yang marak. Ainna cuba kawal penafasan yang terasa sesak
didalam jiwa. Perasaannya yang hancur luluh, kecewa, geram dan terhina buat
bibirnya terkunci. Dia hilang kata-kata untuk memaki hamun Izzat dek rasa yang
terlampau banyak bermain diminda. tanpa fikir panjang, Ainna membuka langkah
untuk keluar dari biliknya. Biliknya yang dulu terasa luas kini semakin sempit.
Dia mula sesak nafas dengan biliknya sendiri. Melihat Ainna mahu pergi
meniggalkannya buat Izzat cepat-cepat menarik tangan si gadis. Tubuh gadis itu
kembali terhenti dari menghayunkan langkah.
“
Apa lagi awak nak cakap…” keras suara Ainna. Langsung wajah Izzat yang
dirasakan kacak sebelum ini tidak dipandang. Dia tidak rela untuk memandang
wajah lelaki yang baru sahaja meletakkan maruahnya dibawah tapak kaki. dia
geli, dia jijik.
“
pastikan hal ini tak sampai pada pengetahuan ibu dan abah kita.”
“
kalau sampai jugak macam mana? Kau nak buat apa dengan aku?” soal Ainna
seakan-akan cuba mencabar kesabaran Izzat.
Matanya masih lagi tepat pada dinding bilik sendiri. Langsung tiada hati
untuk memandang wajah Izzat yang menyakitkan hati. Izzat terdiam, dia sendiri
tidak tahu apa yang perlu dilakukan agar mulut isterinya mampu ditutup. Tanpa
buang masa, Ainna tarik kuat tangannya yang berada dalam genggaman Izzat. Terus
langkah diatur untuk keluar dari bilik yang terasa cukup asing buatnya saat
ini.