Cinta yang sedang mekar berkembang diantara Ifran dan Atikah
musnah ditengah jalan dek sahabat baiknya sendiri. Kerana dengki dan cemburu, Umairah
sanggup menghancurkan kebahagian orang yang sangat menyayanginya...mampukan
cinta antara Ifran dan Atikah berpaut kembali setelah Umairah telah mencemari
cinta suci mereka? segalanya dalam TETAP
KAU YANG SATU.
BAB 1
Pantulan cahaya masuk kedalam biji matanya yang bewarna
hitam pekat langsung tidak menyilaukan. Dia merenung objek yang memantulkan
cahaya lampu biliknya kedalam matanya dalam-dalam. Tidak pernah disangka
perkara sebegini akan terjadi. Tidak pernah sekali dia terfikir akan berkahwin diusia semuda ini. Umairah menghela
nafas panjang. Hati gadisnya sedikit mengeluh. Melempiaskan rasa yang dia
sendiri tidak pasti.
Dia melihat lagi ketulenan objek itu. Emas tulen ke tidak?
Bisik hatinya. Tapi meski pun tidak tulen, dia tidak kisah. Apa yang dikisahkan zaman bujangnya kini sudah
tamat. Dia baru sahaja dinikahkan minggu lepas oleh tok kadi yang popular
dikampungnya itu. Diusia yang mencecah 22 tahun, baginya terlalu muda untuk
menjalani kehidupan rumah tangga meski pun keputusan itu diambil sendiri tanpa
paksaan orang lain.
Suaminya, Ifran sudah pulang ke rumahnya di rembau , negeri
sembilan semalam. 3 hari lagi, mereka berdua akan kembali ke universiti
kebangsaan Malaysia demi menyambung pelajaran yang hanya tinggal 2 semester
lagi. Dia berbaring seketika dibilik pengantin yang masih berhias itu. Mahu
merenung dan merancang masa depan yang kelihatan samar –samar dimatanya.
Dia tidak tahu apa rancangan suaminya, tetapi dia harus
ada rancangan sendiri. Hatinya tidak yakin dengan hubungan antara dia dan suami
akan bertahan sampai bila. Kalau diikutkan, dia akan dicop perempuan miang
kerana menikam sahabat sendiri dari belakang dan memang itu yang dilakukan.
Memang suaminya itu kekasih kepada sahabatnya dahulu dan memang juga dia yang
menggoda suaminya supaya lelaki itu meninggalkan kekasihnya.
Jadi dia tidak
kisah sekiranya orang mengata dia macam-macam termasuk suaminya sendiri. Tapi,
tidak sangka pula rancangannya begitu berjalan lancar sehinggakan dia sekadar
mengambil masa 6 bulan untuk menggoda suaminya dan keluarga. Terdengar suara
azan berkumandang di surau berdekatan membuatkan lamunan Umairah berkecai. Dah isyak
rupanya. Bisik hatinya lagi.
Dia bergegas
bangun demi menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslimah. Baru sahaja dia
mahu masuk ke bilik air, dia melihat ibunya sedang minum kopi sendirian di meja
makan. Dia tahu masalah ibunya meskipun wanita tua itu berlagak seperti tiada
apa-apa. Ibunya sering mengatakan tidak kisah dan redha tapi dia tahu jauh
disudut hati tua wanita itu ada rasa marah dan benci diperlakukan begitu. Dia
mara kearah ibunya. Rancangan untuk mengambil wuduk tergendala buat seketika.
Dia mahu berbual sebentar dengan ibu yang banyak berjasa pada dirinya itu.
“ Amboi ibu... Jauh termenung.”. Usik Umairah. Puan Zaleha
sedikit tersentak namun dia tersenyum ceria memandang kearah anak sulungnya.
Anaknya kini sudah bergelar isteri orang tetapi sikit pun tidak berubah perangainya.
Dia merenung mesra wajah cerah milik gadis itu.
“ Ibu ingat Mai tido... Senyap aje rumah kite dari tadi”.
Balas puan Zaleha ringkas. Cepat-cepat tangannya mencapai cawan lalu dituang
air kopi yang sudah suam itu kedalamnya. Puan Zaleha menolak lembut cawan
berisi air kopi itu dihadapan Umairah.
“Memang pon.. Tapi dah lama bangun. Sarah dah sampai ke
kat u dia bu?” Soal Umairah sambil menarik kerusi lalu dihempas punggungnya
disitu. Sarah adik perempuan yang beza dua tahun dengannya kini belajar di
universiti utara Malaysia. Mereka memang rapat seolah-olah kawan karib. Puan Zaleha
sekadar mengangguk sebelum membalas pertanyaan anaknya.
“ Dia sampai pagi tadi. Ada dia mesej dekat ibu tadi. Ifran
dah sampai belum kat rumah dia?”
“ Dah. Dia ada bagitau pagi tadi.” Tipu Umairah. Suami
yang tak seperti suami itu mustahil akan memberitahunya tentang perkara remeh temeh
sebegitu. Bukankah lelaki itu bencikan dirinya kerana menjadi orang ketiga
dalam hubungannya dan Atikah. Tapi dia tidak kisah. Segala-galanya boleh
berubah termasuk perasaan suaminya terhadap dirinya.
“ Mai pergi u bila?” Soal puan Zaleha lagi. Tidak pasti
berapa kali sudah soalan yang sama diutarakan.
“Pagi esok. Abah mana bu? Tak nampak batang hidung pun.”Umairah
bertanya sambil memandang sekeliling. Sumpah dia tidak tahu kemana pergi
abahnya tapi sekiranya dia tahu jawapan ibunya, pasti tidak akan bertanya
soalan itu.
“ Ke rumah mak uda kamu la.” Balas puan Zaleha tanpa
sebarang emosi. Tepat sekali jangkaan Umairah, ibunya sangat pandai
menyembunyikan perasaanya. Umairah terdiam. Tidak mampu berkata apa-apa. Air
kopi yang dihidang disisip laju. Dia kemudiannya bingkas bangun. Mahu menunaikan
solat isyak yang tertangguh. Ibunya pun juga sudah kelihatan mahu beredar dari meja
makan itu.
“Mai”. Panggilan Puan Zaleha menghentikan langkah Umairah
yang sudah berada dihadapan pintu tandas. Dia memandang kearah wajah yang kian
dimakan usia itu dengan pandangan ingin tahu. Puan Zaleha memandangnya dengan
pandangan lembut.
“ Ibu nak pesan sesuatu.” Puan Zaleha memulakan bicara. Sedikit
teragak-agak. Dia terasa segan namun perkara itu harus diluahkan. Untuk
kebaikan Umairah juga.
“ apa dia bu?” Soal Umairah. Dia memandang wajah lembut
ibunya dengan dahi yang berlapis-lapis. Entah dimanalah cacat cela wajah lembut
itu sehingga abahnya sanggup menduakan ibunya.
“ Kalo boleh jangan mengandung masa belajar. Tamat
belajar dulu yer. Nanti susah pulak nak kena tangguh pelajaran bagai.” Pesan
puan Zaleha. Umairah terkejut namun cuba dikawal riak mukanya yang terasa
hangat. Perasaan malu terasa menebal dalam diri. Dia sekadar mengangguk tanpa
sebarang jawapan sebelum menghilangkan diri disebalik bilik air.
Umairah mempercepatkan langkah. Dia betul-betul sudah
lambat. Kelas sepatutnya bermula jam 10 pagi dan kini sudah jam 10.10 pagi.
Mungkin kerana terlalu penat mengemas semalam menyebabkan badannya terasa amat
penat sekali. Dia nampak kelibat seseorang yang amat dikenali berhampiran
perpustakaan. Gadis itu bersama teman-temannya sedang bergelak ketawa sambil
bertepuk tampar. Macam lucu benar perbualan diatara mereka.
‘Tak habis-habis buat gaya cute. Macam la dia tu comel
sangat.’ Rungut Umairah dengan bibir yang terjuih. Pantang dia nampak gadis
itu, pasti mulutnya akan membuat dosa percuma. Dia mempercepatkan langkah.
Malas memikirkan tentang wajah yang cantik itu.
‘Tiada kelaskah dia pagi ni? Aah.... Bukan urusan aku.’ Tingkah
hatinya lagi seterusnya cuba melenyapkan wajah Atikah daripada mencemarkan
minda. Masuk sahaja kekelas, terus sahaja raut wajah pensyarah subjek
multivariable calculus menyapa pandangan. Dr.Ahmad sekadar menjelingnya yang
lambat pada hari pertama kelas. Seakan mengerti maksud jelingan itu,
lekas-lekas Umairah menghampiri pensyarahnya.
“ Saya minta maaf dr.” Pinta Umairah. Itu lah yang
lazimnya pelajar akan lakukan meski pun tiap-tiap hari datang lewat. Dr Ahmad
sekadar mengangguk dan meneruskan pengajaran pagi itu. Umairah duduk di sebelah
rakannya yang dari tadi melambai kearahnya. Takut dia tidak nampak barangkali.
“ Kau bangun pukul berapa? Sekarang baru nampak batang
hidung. Kelas dah nak habis dah”. Soal Zizie sambil matanya tepat memandang
skrin putih didepan. Tangannya pula ligat menyalin nota yang penting dihadapan.
Umairah terkocoh-kocoh mengeluarkan barang yang diperlukan. Dia mengambil pen
biru dan mencatit mana yang sempat.
“ Aku bangun pukul 9.45 tadi. Roomate aku langsung tak
kejutkan aku.” Bebel Umairah. Zizie menjeling sahabat baiknya disebelah. Dia
menunduk kembali sebelum menjawab kata-kata Umairah.
“Ye ke dia tak kejutkan. Entah-entah kau yang tido mampus
kot. Mana lah nak sedar orang kejutkan
kau.” Sela Zizie sinis. Umairah tidak menjawab. Dia kusyuk dengan pengajaran
didepan. Nanti-nanti lah dia bersembang dengan sahabatnya tu. Bukannya tak de
masa lain dah. Zizie faham. Dia turut sama menumpukan perhatian pada pelajaran
didepan. Entah macam mana, pemadam yang digunakan Umairah terjatuh. Mahu
mengambil agak sukar malah ia berada dibawah kerusi pelajar didepan sebelah
kanannya. Dia memandang lelaki itu untuk meminta pertolongan namun tidak jadi.
Ifran. Bisik hatinya. Macam mana dia lupa bahawa suaminya juga satu kelas
dengannya.
‘Ahh.. Lantaklah pemadam tu.’ Putus Umairah lalu meneruskan
pembelajaran yang dirasa sedikit kurang konsentrasi demi melupakan wajah
suaminya itu.