“
Nad... Mintak tolong akak sekejap
boleh?” Minta Nadila yang sedang mengadap komputer. Nadila yang bertugas sebagai
pembantu akauntan memberikan satu
dokumen kepada Nadrisa.
“
Nad nak pergi unit pentadbirankan...”
“Ye...
Kenapa?” Soal Nadrisa perlahan.
“
Tolong ambik tandatangan Encik Ilham... Akak busy sikit.. Alang-alang Nad nak pergi unit sana tolong kak Dila
ek. Bolek tak?” Minta Nadila sopan.
“Eh
boleh je kak... Ada tak lagi dokumen lain yang nak kena sign?”
“Itu
je... Thank yer Nad.” Ucap Nadila.
Nadrisa sekadar mengangguk. Dia segera bergerak menuju ke unit pentadbiran.
“Masuk”. Jawab Ilham dari dalam. Nadrisa
masuk setelah di beri kebenaran.
“Cik
Nadrisa... Kenapa?” Soal Ilham bersama senyuman nipis. Senang hati melihat
kehadiran Nadrisa.
“Saya
nak mintak Encik Ilham tandatangan bajet Hari Keluarga yang Motel kita nak buat
hujung tahun ni.” Jawab Nadrisa. Dia menghulurkan kertas kerja yang diberikan
oleh Nadila seketika tadi.
“Bila
program ni berlangsung?” Soal Ilham sambil melihat bajet perbelanjaan yang
dibuat.
“10
Disember.”
“Dah
check belum tarikh ni? Kot-kot ada
pertembungan tarikh dengan program lain. Dah check schedule saya dan Encik Johari.” Tanya Ilham lagi. Dia
menatap wajah Nadrisa yang tidak memandang kearahnya.
“Dah...”
Ringkas sahaja jawapan Nadrisa. Sebenarnya dia tidak selesa malah tidak akan
selesa untuk bertemu dengan Ilham sampai bila-bila. Selagi dia masih bergelar
pengintip Puan Maimun, selagi itulah hatinya tidak tenang.
“Cuba
awak pandang wajah saya...” Arah Ilham. Pemalu sungguh Nadrisa ni. Dari awal
dia mengenali gadis ini sampai ke hari ini, Nadrisa seolah-olah mengelak dari
bertentang mata dengannya. Nadrisa mengerutkan dahinya mendengar arahan dari
Ilham. Apa yang pelik sangat arahan ni. Nadrisa memandang wajah majikannya.
“Kenapa?
Encik dah sign ke belum?” Soal
Nadrisa lagi lebih kepada mahu menggesa. Apa dia ingat aku tak ada kerja nak
duduk lama-lama dalam biliknya ni.
“Awak
sukakan saya yer?” Persoalan dari Ilham membuatkan mata Nadrisa membulat. Mula
nak mengayat la tu... Desis hati Nadrisa yang mula naik menyampah dengan
perangai buaya tembaga Ilham.
“Apa
pulak encik Ilham merepek ni...” Sela Nadrisa. Ilham tersenyum menggoda.
Berdiri tegak bulu roma Nadrisa melihat perangai Ilham. Seram betul.
“Kalau
awak tak ada perasaan kat saya, kenapa awak selalu mengelak dari buat eye contact dengan saya?” Ilham masih
lagi cuba menguji pekerjanya ini. Entah kenapa, semenjak pemergian Rania ini
kali pertama dia mula mengambil tahu tentang seorang wanita. Nadrisa ada satu
aura yang membuatkan dia sentiasa ingin tahu. Nadrisa mula kecut perut. Apa
pula yang ingin dijawab dengan persoalan Ilham. Takkan nak mengakui kenyataan
yang dia takut lelaki itu akan cam dirinya yang selama ini mengekorinya.
“Saya
pemalu. Sebab tu saya macam ni.”
“Biasanya
seseorang itu akan rasa malu bila berdepan dengan orang yang special buatnya...” Usik Ilham. Nadrisa
mengeluh kecil mendengar jawapan Ilham. Kuat menjawab betullah mamat sorang
ni... Mahu sahaja aku karate mulutnya supaya bisu seumur hidup. Sabar je la
duhai hati.
“Suka
hati encik la nak fikir apa...” Akhirnya Nadrisa mengalah. Malas dia mahu
melayan buaya tembaga sorang ni. Makin dilayan makin menjadi miangnya. Meluat
bila dipandang lama-lama.
“Saya
gurau je... Jangan ambil hati. Nah...” Pujuk Ilham sambil menghulur semula
kertas kerja yang diberikan oleh Nadrisa. Tidak berniat untuk terlalu mengusik
hati Nadrisa. Karang kalau tersentap, susah pula dia! Nadrisa menyambutnya lalu
bingkas untuk keluar dari bilik itu
“Terima
kasih... Saya keluar dulu.” Minta Nadrisa dan dia bergerak keluar apabila Ilham
mengangguk.
Nadrisa
tersenyum puas melihat segala bukti yang berada digenggamannya kini. Mudah sungguh misi kali ini berjaya. Dia
berazam selepas misi memutuskan hubungan Ilham dan Maslina berjaya, dia mahu
bersara buat selama-lamanya dalam bidang pengintipan. Tidak akan dia buat
perkara ini lagi. Untuk merosakkan hubungan Maslina dan Ilham pun dia separuh
rela. Terasa berdosa untuk merosakkan kebahagiaan orang. Namun hatinya
dikuatkan. Setelah mengetahui Maslina juga merupakan seorang playgirl sama seperti Ilham perasaan
bersalah itu menjadi semakin berkurang. Namun, dia berjanji dia tidak akan buat
semua ini lagi. Nadrisa memasuki bilik Ilham secara perlahan-lahan. Segala
bukti kecurangan Maslina di letakkan didalam sebuah sampul surat. Dia
meletakkan sampul tersebut diatas meja lelaki itu. Setelah selesai, Nadrisa
dengan segera keluar dari bilik tersebut sebelum ada mana-mana pekerja mahupun
Encik Ilham nampak kelakuannya yang mencurigakan.
“Awak
buat apa kat sini?” Soal Ilham tiba-tiba yang muncul dari pantri unit
pentadbiran. Nadrisa menelan air liur sebiji-sebiji. Dadanya berombak tsunami.
Wajahnya berubah pucat. Adakah Ilham nampak dia baru keluar dari biliknya.
Mampus la aku.
“Err...
Saya datang fotostat dokumen.” Balas Nadrisa spontan.
“Mana
dokumennya?” Tanya Ilham lagi.
“Haa
tu la masalahnya... Saya tertinggal pulak dokumen tu kat unit sana...”
“Kenapa
tak guna mesin fotostat kat unit sana je?” Ilham masih belum berpuas hati. Dia
menghidu kesangsian dalam jawapan Nadrisa.
“Err
rosak...”Jawab Nadrisa lagi. Banyak lagi ke soalan mamat nih...
“Kenapa
tak mintak Nizam tolong tengokkan? Nanti susahlah kalau mesin kat sana tak
boleh pakai.”
“Mesin
tu baru rosak masa lunch ni... Lepas lunch nanti saya suruh dia tengokkan.”
Nadrisa membalas mudah. Hatinya masih kerisauan melihat wajah Ilham yang
merenungnya penuh curiga.
“Dah
lunch?”
“Belum...”
“Jom
lunch dengan saya...” Ajak Ilham
tanpa sempat Nadrisa menghabiskan kata-katanya.
“Sorry... Saya puasa hari ini... Encik
Ilham saya pergi dulu la... Nak solat zohor.” Minta Nadrisa. Dia mahu segera
hilang dari pandangan Ilham.
“Jom
pergi solat sama-sama... Boleh berjemaah.” Ajak Ilham lagi. Nadrisa diam.
Sekadar mengangguk. Dia mengekori Ilham untuk ke surau.